View: 17964|Reply: 36
|
Cara ‘Boost’/Stabilkan Signal Rangkaian Bermasalah Untuk Melajukan Internet
[Copy link]
|
|
Tips Dan Tutorial Android
Kebiasaannya, bila tempat/kawasan anda ADA rangkaian 4G tetapi lemah (1 bar), smartphone akan ‘turunkan’ kualiti rangkaian kepada 3G.
Apabila ini terjadi, kelajuan internet akan menjadi sangat perlahan, dan biasanya telco akan dimaki ‘babi’ kerana memberikan ‘servis’ yang tidak memuaskan.
Tetapi, ada caranya untuk membantu sedikit sebanyak rangkaian yang lemah. Memaki bukan caranya. Berikut abam senaraikan beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk ‘boost’ dan stabilkan signal, supaya kelajuan internet anda juga secara tidak langsung menjadi stabil dan sebagai bonusnya ia menjadi laju.
1. Kunci/Lock signal 4G meskipun hanya ada 1 bar.
Ada dua kaedah bagi mengunci signal rangkaian kepada 4G.
a) pergi ke Device information -> dan setkan kepada LTE only.
b) Dengan menggunakan aplikasi ‘NetSwitch‘.
Aplikasi ini mudah dan ringkas. Hanya perlu pasang, buka, dan setkan.
Muat turun dan pasangkan: saylor-netswitch-v4.apk
Setelah anda berjaya mengunci signal 4G, cuba layari internet dan gunakan mana-mana aplikasi yang memerlukan kepada sambungan internet. Ada perubahan atau masih cenggitu?
Cara ini juga boleh digunakan jika di tempat anda mempunyai rangkaian 3G yang tidak stabil, atau hanya mempunyai rangkaian 3G sahaja, atau mempunyai rangkaian 4G ‘sipi-sipi’.
Caranya ialah dengan mengunci rangkaian kepada ‘WCDMA only‘.
2. Gunakan aplikasi ‘signal booster’.
Tetapi ada satu lagi aplikasi yang boleh membantu peranti anda boost signal rangkaian, terutamanya anda yang menggunakan Digi atau U Mobile. Memang signal hampeh di dalam kawasan bangunan, jadi apa yang boleh anda lakukan? Troll orang?
Tidak, anda boleh gunakan aplikasi HSPA+ Tweaker (3G booster).
Muat turun: HSPA+ Tweaker (3G booster)
Kemas kini artikel: Aplikasi di atas nampaknya telah dibuang dari Play Store. Tidak pasti sama ada Google yang membuangnya, atau pembangun itu sendiri. Saya gantikan pautan ke APKPure.
Dengan aplikasi ini, rangkaian 3G akan ‘dikunci’ kepada tahap optimum bagi penggunaan yang intensif. Tetapi jika anda tidak menggunakan ia, eloklah dinyahaktifkan (disable) kerana aplikasi ini agak kuat juga mentekedarah tenaga bateri.
*Kalau dah tempat encik takde signal U Mobile (contohnya), tak payah la pakai jugak U Mobile tu.
Apapun ini juga bergantung kepada peranti yang anda gunakan. Kalau pakai phone low end, janganlah mengharapkan modem yang ada padanya berkualiti tinggi dan mampu mendapatkan signal yang kuat.
--------------------------------------------------------------
ini untuk Androidlah hehe,korang nak try boleh lah
tapi,kalau dah area rumah korang ada 1 bar aje coverage
untuk 1 telco tu,apa jadah lagila nak guna yang itu.
mungkin kena guna atok booster lah,tapi saya tak
pernahlah guna hehe..bolehlah siasat2 dulu
sebelum beli.
https://shopee.com.my/Mobile-signal-booster-for-2G-GSM-900-3G-2100-4G-DCS1800mhz-signal-improve-i.291427972.5252831979
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Iols kim salam je la.. tepon iols ni bknnya spec baru.
Kalau pakai phone low end, janganlah mengharapkan modem yang ada padanya berkualiti tinggi dan mampu mendapatkan signal yang kuat.
|
|
|
|
|
|
|
|
tak perasan la tu hehe..kan atas sekali tu ada tulis
untuk android
|
|
|
|
|
|
|
|
trunks replied at 22-11-2020 06:30 PM
tak perasan la tu hehe..kan atas sekali tu ada tulis
untuk android
Iols mmg pakai android la kaka...
Iols mana mampu pakai apple.
Specs android iols yg lama2 punya sbb iols beli yg murmur bawah rega 1k. Lebih drp tu iols rasa membazir.
Smlm iols tak dpt masuk porem, sbb mmg ada maintenance ke sbb tepon iols takde coverage dek ujan? Iols tanya kaka sbb kaka smod, patut tau kalau porem tgh maintenance.
Lagi satu, kalau masa ujan, line coverage tak stabil ialah perkara normal ke tak normal? Iols prasan jaman covid ni, tenet tepon slalu tak stabil. Mak iols pon komplen benda sama. |
|
|
|
|
|
|
|
haha, kan bolehlah nak main2 buang masa dari tak ada.
apa cerita yo haritu? dah beli belum tab idaman
|
|
|
|
|
|
|
|
trunks replied at 22-11-2020 06:47 PM
haha, kan bolehlah nak main2 buang masa dari tak ada.
apa cerita yo haritu? dah beli belum ...
Dah beli.. Hihi.. Nak buat video tutorial.. Sy nak tempek kat bod ni.. Senang mak bapa boleh nampak cara nak jadikan mini laptop.. Hihi. |
|
|
|
|
|
|
|
smartphone murah bukan bermakna kurang baik tau hehe
kalau awak duduk area coverage full bar,pakai smartphone
cap ayam pun still dapat masuk internet laju gitu.
semalam memang ada tak lamalah juga tak dapat masuk forum ni hehe
adalah tu kat mana2, tapi bukan maintenace,itu waktu pagi2 aje,
masa dulu2,saya guna Gprs ,dulu lama dah,waktu itu,bila internet ok
masa saya keluar area bandar,saya akan simpan dalam PC ni,banyaklah
page by page thread saya suka baca, mungkin,awak pun boleh buat
begitu.kalau2 forum ni down kan..dan lagi ,internet awak kalau hujan
selalu agak lembab,biasa tu,saya pun kadang2 kena.lagi pun
kalau hujan petir ni,saya memang switch off handphone,modem unifi semua
bahaya tu
|
|
|
|
|
|
|
|
wah syabas betty dah beli haha
ok ,kalau nk buka thread,pastikan saya Mod nya,iaitu board Internet ni
kalau nak buka tentang handphone ke games pun,buka di sini saja,sebab board lain
saya bukan Mod nya ekeke
|
|
|
|
|
|
|
|
trunks replied at 22-11-2020 06:57 PM
wah syabas betty dah beli haha
ok ,kalau nk buka thread,pastikan saya Mod nya,iaitu board In ...
Baik.. Mengikut arahan.. Ingat ada bajet lebih nak beli printer.. Nak cuba print word dokumen dari tab. |
|
|
|
|
|
|
|
trunks replied at 22-11-2020 06:55 PM
smartphone murah bukan bermakna kurang baik tau hehe
kalau awak duduk area coverage full bar,paka ...
Kaka, iols pakai tenet bkn utk porem je la...
Awat bahaya ribut petir sampai kena tutup sumer benda? Kadang2 iols takleh tutup sbb kena keje. |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 22-11-2020 06:16 PM
Iols kim salam je la.. tepon iols ni bknnya spec baru.
Kalau pakai phone low end, janganlah mengh ...
tinot...kalau utk network...semua phone sama..yg beza sesuatu phone yg jadi mahal adalah processor yg digunakan, RAM, camera dan sama ada fast charging atau tidak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 22-11-2020 06:37 PM
Iols mmg pakai android la kaka...
Iols mana mampu pakai apple.
semlm tak boleh masuk forum sebab server ada problem...bukan sebab network atau phone kita. |
|
|
|
|
|
|
|
Urm..boleh cuba nasib ni..kt sini line celcom bagus..line unifi je sedih..hrp2 boleh boost line..hihihi~ |
|
|
|
|
|
|
|
wah dah ada pun Unifi,dah siap pasang ke kat rumah awak?
kalau ya,boleh pula awak sedih dengan performance dia keke
|
|
|
|
|
|
|
|
ok meh baca ni hihi
7 Perkara Perlu Elak Semasa Hujan Lebat & Ribut Petir
angkat kain jemuran, hujan dah turun!”. Dialog ikonik dalam cerita Pendekar Bujang Lapok ini sudah pasti akan membuat kita ketawa hingga kering gusi, kan? Sebenarnya, dialog ini sangat sesuai diungkapkan oleh masyarakat kita kini kerana musim tengkujuh sedang melanda.
Hakikatnya, musim hujan adalah musim yang sangat tidak disukai oleh orang ramai. Ini kerana ia akan mengehadkan setiap aktiviti seharian kita. Dalam pada itu, ada beberapa perkara yang kita perlu elak semasa ribut petir melanda. Nak tahu apa perkara tersebut? Jom baca artikel ini!
Perkara perlu elak semasa hujan lebat & ribut petir
Selain mendapat penyakit seperti demam dan selesema, kita perlu mengelakkan diri dari hujan lebat dan ribut petir agar kita tidak terkena renjatan elektrik!
Untuk pengetahuan anda, renjatan elektrik terhadap manusia adalah berbahaya kerana ia boleh mendatangkan maut. Pernah lihat kartun di televisyen yang memaparkan watak animasi terkena renjatan elektrik lalu terenjat dan menjadi abu? Ya, gambaran ini mungkin ada benarnya. Kecuali bahagian di mana mereka bertukar menjadi abu dan ajaibnya, masih hidup. Namun, kita masih perlu berhati-hati okay?
Menurut panduan mengenai bahaya elektrik yang diterbitkan oleh Occupational Safety and Health Administration (OSHA), arus elektrik yang berukuran 1 milliamps (MA) boleh mengakibatkan sensasi sesemut dan sekiranya arus tersebut mencecah sehingga 75 MA, ia boleh menyebabkan serangan jantung, lantas membawa maut.
Perkara ini boleh terjadi ekoran pergerakan arus tersebut menuju ke jantung. Sekiranya seseorang itu terenjat, kebiasaannya sukar untuk mereka melepaskan punca renjatan tersebut kerana otot mereka alam mula mengecut dan tangan mereka akan menggenggam dengan lebih kuat lagi.
Buat anda yang belum tahu, renjatan elektrik ini akan menjadi lebih bahaya sekiranya ada kehadiran air. Disebabkan itu, ramai pakar tidak menggalakkan anda untuk menyentuh segala peralatan elektrik semasa tangan sedang basah, begitu juga ketika sedang banjir.
Bagaimana pula ketika hujan lebat dan banjir kilat? Hakikatnya, ada beberapa perkara yang anda perlu elak sekiranya cuaca sebegini menimpa tempat tinggal anda. Menurut The Center for Disease Control and Prevention (CDC), berikut adalah perkara yang diperkatakan:
#1. Berlegar di luar rumah
Perkara paling penting yang anda perlu lakukan ketika ribut petir adalah berlindung di dalam rumah. Jangan sesekali berada di kawasan terbuka seperti jalan raya, padang, taman atau pangkin. Sebaik sahaja terdengar atau terlihat kilat sabung-menyabung, segera masuk ke dalam rumah untuk berlindung.
#2. Mandi menggunakan shower
Jika rumah anda disambar kilat ketika anda sedang mandi menggunakan shower, maka anda dalam bahaya! Ini kerana voltan yang terhasil daripada ribut petir ini boleh mengalir melalui saluran paip air. Rancangan Myhtbuster pernah melakukan eksperimen mengenai perkara ini dan akibatnya, shower yang digunakan meletup dan terbakar.
#3. Menyentuh struktur konkrit
Setiap struktur konkrit seperti bangunan, dinding atau lantai mempunyai wayar besi di dalamnya. Sama seperti paip air, voltan juga boleh mengalir melalui besi-besi ini. Jadi, jangan sentuh apa-apa sahaja struktur konkrit yang berada berdekatan ketika ribut petir sedang melanda untuk mengelakkan anda terkena renjatan.
#4. Menggunakan telefon berwayar
Telefon berwayar tidak lagi relevan kini. Jika anda masih mempunyainya, elakkan daripada menggunakannya ketika ribut petir kerana voltan boleh mengalir melalui sistem elektrik dan menyambar apa-apa peranti yang bersambung dengannya. Jika anda menggunakan smartphone pula, pastikan ia tidak bersambung dengan wayar pengecas, ya?
#5. Berbaring
Mungkin ramai dalam kalangan kita tahu bahawa kilat akan menyambar sesuatu yang tinggi terlebih dahulu. Pun begitu, berbaring adalah pilihan yang kurang tepat kerana kilat yang telah menyambar permukaan bumi masih berbahaya kepada anda. Posisi yang lebih tepat adalah anda perlu duduk bertinggung dengan kepala ditundukkan dan tapak tangan menekap telinga.
#6. Berlindung di bawah pokok
Jangan berlindung di bawah pokok semasa ribut petir kerana pokok terutamanya yang tinggi berisiko tinggi disambar petir. Dalam pad itu, kilat tersebut boleh melompat dari satu pokok ke pokok yang lain. Disebabkan manusia adalah konduktor elektrik yang baik, maka kilat tadi mungkin akan melompat kepada anda. Menakutkan, bukan?
#7. Segala perkakas elektrik
Paling penting, anda perlu jauhkan diri daripada segala perkakas elektrik seperti televisyen, radio, pemain dvd, permainan video dan sebagainya. Ini kerana kilat sudah pasti boleh melalui kabel perkara elektrik seperti ini. Anda mesti pernah lihat kotak suis rumah anda menendang dan rumah anda blackout seketika, bukan? Ia bertujuan untuk melindungi isi rumah dari renjatan kilat.
Sekiranya terkena renjatan kilat, apa perlu dilakukan?
Sudah tentu, orang yang terkena renjatan pasti tidak mampu berbuat apa-apa. Jadi, individu yang berada dekat dengan mereka perlu memainkan peranan. Berikut merupakan langkah utama yang boleh dilakukan untuk membantu mangsa:
#1. Jangan menyentuh mangsa
Jika anda terlihat ada individu yang cedera akibat renjatan kilat atau elektrik, jangan segera menghampirinya kerana mangsa mungkin masih mempunyai arus elektrik di dalam badan, atau anda juga akan menerima padahnya.
#2. Jauhi sumber elektrik
Selain menjauhi kilat semasa ribut petir dengan berlindung di dalam rumah, anda juga perlu menjauhkan diri dari segala sumber elektrik yang lain seperti wayar atau bahan pengalir elektrik seperti besi, dawai dan lain-lain. Pastikan anda menjauhinya kira-kira jarak 6 meter (20 kaki).
#3. Hubungi talian kecemasan
Jangan panik, dan seterusnya terus hubungi talian kecemasan 999. Tunggu sehingga bantuan tiba okay?
#4. Pastikan mangsa berada pada kedudukan yang betul
Ini adalah langkah yang berisiko, jadi pastikan anda benar-benar tahu apa yang anda bakal buat sebelum melakukannya. Sementara menunggu bantuan tiba, anda perlu alihkan sumber tenaga elektrik dari mangsa secepat mungkin. Anda boleh mematikan kuasa utama di kotak fius. Sekiranya tidak berhasil, cuba pintas sumber tenaga elektrik ini menggunakan bahan penebat seperti kayu atau getah.
#5. Jangan tinggalkan mangsa
Sementara menunggu bantuan tiba, jangan tinggalkan mangsa. Ini kerana anda masih perlu memantau keadaan mereka kerana renjatan yang dialami mungkin akan menyebabkan keadaan yang dikenali sebagai electroporation, di mana sel dalam badan pecah lalu mematikan tisu. Lebih menakutkan, ia juga mungkin menyebabkan luka terbakar, otot rosak serta tulang patah.
#6. Guna RCD
Apa itu RCD? Ia adalah alatan yang dapat melindungi anda dari kejutan elektrik akibat kilat semasa hujan ribut petir. Jadi, Hello Doktor sangat mencadangkan agar setiap rumah memasang alatan di dalam rumah bagi melindungi anda sekeluarga.
Konklusi
Kesimpulannya, berlindung di dalam rumah anda adalah jalan yang terbaik untuk mengelakkan kilat menyambar anda atau segala yang berdekatan dengan anda. CDC turut menyarankan anda untuk gunakan peraturan 30-30 untuk menghadapi ribut petir. Jika anda terdengar atau terlihat kilat di langit, mula kira hingga 30 saat untuk anda memasuki rumah. Hadkan aktiviti anda sekurang-kurang 30 minit selepas kilat yang terakhir.
Jadi, jika ibu anda minta untuk angkat kain jemuran di luar rumah apabila ribut petir sedang melanda, lakukannya secepat mungkin dalam masa 30 saat, jika boleh. sumber
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by trunks at 24-11-2020 12:32 AM
saya ada search tadi Mini printer shopee, dan terjumpa
cute nya mini printer meaw ,tengok lidah dia
ni haha,kemain harge 95rm
tapi cute .poket printer
link
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 22-11-2020 08:20 PM
semlm tak boleh masuk forum sebab server ada problem...bukan sebab network atau phone kita.
Oh ye ke.. nasib baik bknnya nak membawang kaw2 smlm.. hehe |
|
|
|
|
|
|
|
trunks replied at 22-11-2020 09:29 PM
saya ada search tadi Mini printer shopee, dan terjumpa
cute nya mini printer meaw ,tengok lidah ...
Hihi.. Beli murah2 test.. Kalau ok boleh rekemen.. Wokies.. Masuk dlm wishlist nak beli utk review. |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 22-11-2020 09:31 PM
Oh ye ke.. nasib baik bknnya nak membawang kaw2 smlm.. hehe
Yap.. Dlm pukul 10 lebih rasanya.. Iols masuk nak baca citer hantu tapi x lepas.. Ingatkan kena sembunyi kat alam bunian.. Hahahaa. |
|
|
|
|
|
|
| |
|