CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12285|Reply: 10

[Tempatan] Harimau Malaya gagal ke separuh akhir Piala AFF

[Copy link]
Post time 21-12-2024 07:03 AM | Show all posts |Read mode
Harimau Malaya gagal ke separuh akhir Piala AFF
Oleh Zulfaizan Mansor dan Syafiq Aznan - Disember 20, 2024 @ 11:04pm
[email protected]

Pemain Malaysia, Jimmy Raymond cuba menghalang pemain Singapura, Muhammad Faris Ramli (dua dari kanan) pada perlawanan Kumpulan A Piala ASEAN 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. - BERNAMA

KUALA LUMPUR: Hasrat Malaysia melangkah ke separuh akhir Piala AFF 2024 tidak kesampaian selepas terikat tanpa jaringan menentang Singapura pada aksi terakhir Kumpulan A di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Keputusan seri sudah cukup untuk Singapura mengesahkan slot ke pusingan seterusnya, mengiringi Thailand selaku juara Kumpulan A selepas menewaskan Kemboja 3-2 sekali gus merakam empat kemenangan berturut-turut di peringkat kumpulan.

Pada aksi terbabit, Malaysia menghantar amaran kepada Singapura seawal minit kedua menerusi percubaan Sergio Aguero dan Endrick dos Santos pada minit keenam yang menuju tepat ke arah Mohamad Izwan Mahbud.

Malaysia terlepas peluang keemasan membuka jaringan pada minit ke-41 selepas lambungan Haqimi Azim Rosli gagal ditanduk kemas Daniel Ting di hadapan pintu gol Singapura.

Penguasaan bola yang lebih banyak dimiliki Malaysia dengan sekurang-kurangnya tiga percubaan tepat bagaimanapun tidak mengubah keputusan dengan kedudukan 0-0 kekal sehingga tamat babak pertama.

Bersambung babak kedua, Singapura tidak berubah dengan lebih banyak menyerap asakan dan mereka terselamat selepas pertahanannya mengeluarkan tandukan Haqimi Azim di atas garisan gol pada minit ke-50.

Tuah bagaikan tidak mahu berpihak kepada Malaysia apabila tandukan Paulo Josue pada minit ke-61 terkena palang sebelum tandukan Harith Haiqal Adam Afkar turut menerima nasib yang sama pada minit ke-68.

Penjaga gol negara, Haziq Nadzli yang jarang diuji kekal fokus memastikan gawang negara tidak bolos apabila menyelamatkan dua percubaan berturut-turut daripada Ryhan Euan Griffin Stewart di hujung permainan.

Kedudukan 0-0 kekal hingga wisel penamat untuk kedua-dua pasukan berkongsi satu mata dan menyaksikan Malaysia menamatkan kempen kali ini di kedudukan ketiga.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2024 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Buang masa je beriya2 perabis kt bola ni. Selamanya tetap bangang abadi
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2024 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Sembang lagik. Hoh.

Yang bunuh pompuan sebab nak tengok rimau takda taring beraksi tu hari, mesti tengah kecewa namampus.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2024 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Atlit bola kunun gaji belas/puluh ribu, tapi punya la hampas tiada berguna bila lawan negara lain.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2024 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
lebih kurang sama je prestasi dgn guna 100% tempatan dgn campuran. lps ni pakai je lah org tempatan  n kacuk/warisan je lah. kacuk/warisan ni pun kena tapis jugak, yg tul2 hebat je leh masuk naturalisasi dh x payah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2024 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
yg lelaki ngok membunuh+merompak pompuan kat kuching tu nak tgk bola kat kemboja yg ni la kan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-12-2024 10:06 AM | Show all posts
renko replied at 21-12-2024 08:44 AM
Buang masa je beriya2 perabis kt bola ni. Selamanya tetap bangang abadi

Kan.. Mujur la tak tgk, hatta ada siaran langsung di mana-mana saluran bukan berbayar.. Kalau musim bola Piala Dunia baru fikir pasal bola. Habis Piala Dunia, berhenti fikir pasal bola, fikir pasal benda lain pula terutama isu-isu penting di planet Bumi.

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2024 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
renko replied at 21-12-2024 08:44 AM
Buang masa je beriya2 perabis kt bola ni. Selamanya tetap bangang abadi

apa pulok????..tim lain pung nk menang jugok....Sb tu depa 'lwn'...ada menang,seri dan kalah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2024 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 21-12-2024 09:04 AM
Atlit bola kunun gaji belas/puluh ribu, tapi punya la hampas tiada berguna bila lawan negara lain.


kalo gaji rm1500 xnk la main...mana ada main bola sampai umuq 55-60...:
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2024 11:34 AM | Show all posts
Edited by nusaraya at 21-12-2024 11:56 AM

TRAGIK ....Betul-Betul Tragik ...Karena ini TERJADI di negara Mahawangsa  Penguat Kuasa Alam Melayu yang Maha Suchi, Maha Besar, Maha Kuat dan Maha Perkasa ....

Kekalahan Harimau Malaya  menunjukan kepada Dunia betapa Kampungannya  supporter Harimau Malaya menghadapi kegagalan mereka di AFF 2024 level Asia Tenggara ini ... Kami juga sedih melihat dan mendengarnya ketika Harimau Malaya sang Raja Hutan ternyata sekarang mengaum dan bersuara  Meong ... Meong... Meong ..










Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2024 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Nothing new.  Inilah level kita skrg.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.049001 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list