View: 1936|Reply: 7
|
Kerana Sayang, Kak Yam Belanja Kos RM32,000 Sebulan
[Copy link]
|
|
Lebih dari berpuluh-puluh kucing dan anjing bersaing untuk mendapatkan perhatian Maryam al-Balushi ketika dia berada di atas katil di rumahnya di ibu kota Oman, Muscat.
Wanita yang memelihara 480 kucing dan 12 anjing itu, mengakui hidupnya lebih ceria dan menganggap kesemua hiawan peliharaannya sebagai sahabat yang lebih baik daripada manusia.
“Saya dapati haiwan, terutama kucing dan anjing, lebih setia daripada manusia,” katanya.
Ads by AdAsia
Maryam yang menjadi anak yatim pada usia muda, mula mengumpul kesemua haiwan kesayangannya yang banyak diselamatkan dari jalanan, lebih daripada 10 tahun lalu.
Malah, dia perlu membelanjakan sebanyak AS$7,800 (RM31,859) setiap bulan bagi keperluan makanan dan perubatan haiwan peliharaannya.
Atas kemuliaan hati Maryam, dia juga sanggup memikul tanggungjawab menjaga 17 ekor daripada haiwan peliharaannya yang buta dan memerlukan kos dan penjagaan rapi.
Menurut pegawai negeri yang sudah bersara dan berusia 51 tahun itu, minatnya terhadap kucing bermula ketika anaknya membawa pulang seekor kucing parsi.
”Semuanya bermula pada tahun 2008 ketika anak saya membeli seekor kucing Parsi kecil.
“Seperti banyak ibu, saya enggan menjaganya kerana saya tidak menyukai haiwan dan anak saya tidak terlalu memperhatikan atau menjaga kebersihannya,” katanya.
Maryam Al Balushi feeds her pets in her home Oman’s capital Muscat on November 20, 2020. – Despite complaints from neighbours and mounting expense, she has accumulated 480 cats and 12 dogs, describing her pets as a mood-lifter and better companions than her fellow humans. (Photo by MOHAMMED MAHJOUB / AFP)
Tetapi, dua tahun kemudian dia mula menjaga kucing lain dan pendekatannya juga berubah.
“Saya mendapati diri saya benar-benar berubah. Saya menjaga sepenuhnya, memberi makan, memandikannya dan menghabiskan banyak masa dengannya,” katanya.
Maryam mula mengambil lebih banyak kucing setelah berpindah dengan membeli rumah sendiri pada tahun 2014.
Sumber: Daily Mail |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
make sure neuter ye kak yam.. kalau tak, bertambah la populasi & tak terkawal.. |
|
|
|
|
|
|
|
ahahahhahaha..tu dia pun tah2 takde modal nk membela haiwan2 jalanan ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
Walaupun banyak tapi nampak terjaga kesemuanya |
|
|
|
|
|
|
|
kak yam ingatkan ayam..pehal ayam belanja rm32k. |
|
|
|
|
|
|
|
Allahu.... Penyayanggg sungguh |
|
|
|
|
|
|
|
inikah ayam ph, tt???
aku bela 16 ekor pun dah kalut weh
petang balik keja sampai ke maghrib duk cara ke kucing je
ntah bila nak jogging balik haaiiihhh |
|
|
|
|
|
|
| |
|