View: 14584|Reply: 75
|
Rahmat mega miliki dua isteri kala PKP
[Copy link]
|
|
Rahmat miliki dua isteri kala PKP
MyMetroMutakhir
MD Fairuz Al Syafiq A Rahman, 34, bersama dua isterinya, Rafiah Mustafa, 34, (kiri) dan Rafidah Saidi, 29, (kanan) serta anak mereka, Muhammad Rafiq Ar Zafran, (kiri) dan Muhammad Rizqi Al Qadri (kanan). FOTO Ahmad Rabiul Zulkifli
Ahmad Rabiul Zulkifli
[email protected]
Kuala Nerus: "Punyai dua isteri yang saling memahami dan membantu di antara satu sama lain memang 'rezeki' kepada saya dalam menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini," kata Md Fairuz Al Syafiq A Rahman.
Md Fairuz, 34, berkata dua isterinya,Wan Rafiah Mustafa, 34, dan Rafidah Saidi, 29, saling bekerjasama membantunya menguruskan perniagaan barangan ternakan dan ayam kampung yang dijalankan.
"Alhamdulillah, saya mendapat dua isteri yang boleh berkongsi susah senang bersama sepanjang PKP dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sekarang. "Rafiah ditugaskan menjaga akaun keluar masuk wang dan Rafidah pula membantu mempromosikan perniagaan melalui atas talian (Online).
"Walaupun kedai ternakan tidak dapat beroperasi sepanjang PKP, namun perniagaan kami tetap berjalan seperti biasa dan jualan kekal laris," katanya ketika ditemui Harian Metro di rumahnya dekat Kampung Teluk Pasu di sini, semalam.
Tambahnya, dia bersama dua isteri dan dua anaknya iaitu Muhammad Rafiq Ar Zafran, dan Muhammad Rizqi Al Qadri yang masing-masing berusia dua tahun tinggal dalam satu rumah.
"Sejak mengahwini Rafidah pada 2017, saya bersama isteri pertama dan kedua itu tinggal dalam satu rumah.
"Bukan tidak mampu untuk menyewa dua rumah sekali gus, tetapi saya sengaja menempatkan mereka dalam satu rumah supaya saling memahami dan bekerjasama. "Malah, ia dibuat atas persetujuan mereka demi menjadikan kehidupan bermadu lebih indah dan bahagia seperti sekarang," katanya.
Menurutnya, dia tidak mengamalkan apa-apa ilmu atau petua untuk menyatukan hati ke dua isterinya itu supaya saling menerima dan berbaik-baik.
"Ada orang cakap saya pakai ilmu, tetapi sebenarnya tidak. Cukup sekadar menjadi suami yang bertanggungjawab, budiman dan sentiasa bertolak ansur dengan isteri. "Walaupun saya ketua keluarga, namun tidak semua pendapat dan keputusan saya betul oleh itu perlu juga mendengar dan menerima pendapat isteri-isteri.
"Jika ada masalah, kami terus bermesyuarat mencari jalan penyelesaian terbaik supaya masalah itu tidak berterusan dan menjadi lebih parah," katanya.
Rafiah berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan madunya malah saling tolong menolong dalam segala urusan.
"Sebelum saya memberi kebenaran kepada suami mengahwini Rafidah, saya terlebih dahulu berkawan dengannya selama setahun.
"Saya bersetuju suami berkahwin dengan Rafidah selepas yakin mempunyai keserasian untuk hidup bersama seperti sekarang.
"Berkat hidup bermadu, saya kemudian hamil dan dikurniakan anak sulung selepas enam tahun tidak dikurniakan anak," katanya.
Tambahnya, dia sekarang bukan saja mempunyai anak kandung tetapi juga anak tiri iaitu Muhammad Rizqi yang juga menjadi anak susuannya.
"Muhammad Rizqi menjadi lebih rapat dengan saya kerana dia juga dijaga dan disusukan oleh saya ketika kecil.
"Begitu juga dengan Muhammad Rafiq yang disusukan oleh Rafidah ketika masih bayi. Mereka dijaga dan disayangi seakan anak kandung oleh itu tidak timbul rasa cemburu dan sebagainya terhadap anak-anak," katanya.
Sementara itu Rafidah berkata, dia sentiasa mengingati pengorbanan Rafiah yang sedia menerimanya sebagai madu.
"Saya faham bukan senang seorang perempuan dengan rela hati menerima seorang madu.
"Oleh itu, dalam banyak perkara, saya tidak terlalu mengambil hati sekiranya suami melebihkan Rafiah berbanding saya.
"Bagaimanapun, suami tidak pernah berbuat demikian malah sentiasa adil dan menjaga perasaan ke dua-dua isterinya," katanya.
Tambahnya, dia seronok menjalani kehidupan bersama suami, Rafiah dan dua anaknya. "Kelebihan hidup bermadu ialah kami saling bekerjasama dan prihatin dengan prihal masing-masing.
"Kalau saya memasak, Rafiah yang akan menjaga anak-anak dan sebaliknya. Jika saya sakit Rafiah yang tolong jaga dan sebaliknya.
"Sebagai manusia memang ada perasaan cemburu dan sebagainya namun saya sentiasa positif dalam menanganinya, suami pula pandai mengambil hati sekiranya menyedari antara kami ada yang berasa cemburu," katanya.
Menurutnya, dia dan Rafiah tidak menghalang sekiranya suaminya ingin berkahwin lagi.
"Jika ditakdirkan suami berkahwin lagi, saya tidak marah asalkan suami boleh berlaku adil seperti sekarang.
"Bagaimanapun, calon ke tiga itu perlu lulus ujian daripada saya dan Rafiah terlebih dulu kerana jika dia boleh terima suami, dia juga perlu terima dua madunya dan anak-anak dengan seikhlas hati," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Disember 2020 @ 1:22 PM
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mega = sangat besar
|
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik baca artikel..
aku igt rahmat penyanyi tu baru nak komen bukan dia dah ceraikan ke bini kdua dia..
berani pulak nak kawin 2 lg.. |
|
|
|
|
|
|
|
kan aku pun ingat rahmat mega tgk gmbar lain plak
|
|
|
|
|
|
|
|
Takpe ke duk serumoh? Pastu kalau lepak2 kt sofa kiri kanan ler bini ada kan.
Pastu tidur malam cengganer? Bilik sebelah kruk krek kruk krek bunyi katil yg sorang lagi menjeruk perasaan je ke?
Kagum sungguh iols ngn orang yg sanggup hidup berpoligami nih. |
|
|
|
|
|
|
|
Masihkah memuja Nina Karina? |
|
|
|
|
|
|
|
set2 tak sekolah tinggi & artis suka betul letak nama anak gempak2 |
|
|
|
|
|
|
|
Wtf..
|
|
|
|
|
|
|
|
Nama bini dekat dekat dok serumah plak tu. |
|
|
|
|
|
|
|
aku prasan dalam akhbar ni
biasa penulis lelaki tulis bab2 laki kwin lebih, tapi
klu penulis perempuan tulis bab2 'hidup solo indah, punca pmpn tk kawin2, dah selesa, laki ramai gay, blabala, takde jodoh"
semua tu alasan aja... |
|
|
|
|
|
|
|
Choiii sgt. Aku ingatkn Rahmat mega put on weight. Muka hampir sama. |
|
|
|
|
|
|
|
Hrmm menarik..
Mlm2 camne yee hehe..
Ada kwn mcm gini jugak isteri2 serumah..
Kalau keluar ke apa2 majlis ke dgn yg 1st je..
Yg 2nd tu duduk rumah je jaga anak6..
Yg 1st berjalan merata mcm anak 5 semua yg 2nd jaga..
Yg 2nd tu sorang je anaknya..
2nd tu lebih kepada jadi free maid utk 1st wife..hehe
Ok done bzbody hal org |
|
|
|
|
|
|
|
muka suami dan isteri isteri pun macam nak sama. Elokla bahagia. harapnya begitulah. ni kes laki kaya kot pastu tak lokek beri isteri duit banyak2. Agaknyalah |
|
|
|
|
|
|
|
2 kali tgk gambar...nape lain pulak muka rahmat mega ni...
tajuk misleading sungguh la |
|
|
|
|
|
|
|
bekerjasama membantunya menguruskan perniagaan barangan ternakan dan ayam kampung yang dijalankan. tapi heols bukan retis tau...
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols takleh la hidup camni. Sanggup I mengalah. Memang respek la dgn dua2 wife sanggup menerima poligami
|
|
|
|
|
|
|
|
Tajuk thread mengundang kekeliruan...
|
|
|
|
|
|
|
|
cissss igt bethol la rahmat mega |
|
|
|
|
|
|
|
Ni mmg betul2 rahmat bahagia tuhan kurniakan kepada mereka |
|
|
|
|
|
|
|
Baca tajuk ingatkan Rahmat Mega.
Tahniah moga bahagia selamanya.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|