CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1151|Reply: 3

Skrol Dihantar Guna Kurier, 'Konvo' Ringkas Di Rumah Sahaja - Harian Metro

[Copy link]
Post time 3-12-2020 10:00 AM | Show all posts |Read mode


Murnaena Muhammad Nasir
[email protected]

Kuala Lumpur: "Kakak serta abang yang lain dapat merasa istiadat konvokesyen dengan memakai topi petak dan menyarung jubah, namun tidak bagi saya," kata graduan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Perniagaan (Pengurusan Keusahawanan Komputer) Ahmad Nabil Ismail, 25.

Graduan Institut Teknologi Maklumat Malaysia, Universiti Kuala Lumpur (UniKL MIIT) itu berkata, usaha keluarga mengadakan 'majlis' konvokesyen ringkas di rumahnya di Kepong, di sini, sedikit sebanyak mengubat kekecewaan dalam dirinya yang tidak dapat meraikan hari paling dinanti bagi setiap penuntut itu.

Kisah Ahmad Nabil itu tular di laman sosial selepas dia memuat naik video 'majlis' konvokesyen ringkas di rumahnya di Kepong, di sini, di akaun Twitter miliknya.

Video berdurasi 1 minit 8 saat itu menarik perhatian warganet apabila ibunya yang juga pesara pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Alimah Aburi, 60, sebagai penyerah skrol dan suara latar panggilan namanya pula dilakukan kakaknya, Farah Hanan Ismail, 30.

Bercerita lanjut, Ahmad Nabil berkata, dia sudah mengetahui lebih awal skrol ijazah sarjana muda hanya akan diberi melalui perkhidmatan kurier.

"Ibu dan kakak yang memberi idea majlis konvokesyen di rumah itu sebagai tanda menghargai penat lelah usaha saya selama dalam tempoh pengajian.

"Malah, ibu juga sanggup menyarung kembali pakaian seragamnya demi menampakkan majlis itu lebih formal," katanya kepada Harian Metro.

Anak bongsu dari empat beradik itu berkata, dia berharap perkongsiannya itu memberi kegembiraan kepada penuntut yang senasib dengannya berikutan penularan Covid-19 .

"Tidak sangka video itu juga tular di media sosial sehingga ramai rakan pencen ibu menghubungi berkongsi kisah.

"Pada awalnya sedih tetapi sekurang-kurangnya ada juga memori konvokesyen bersama keluarga yang boleh disimpan walaupun diadakan secara tidak formal," katanya yang tamat pengajian Oktober lalu.

Menurutnya, dia kini menjalankan perniagaan dalam talian dengan menjual pakaian sementara menunggu peluang pekerjaan tetap.

"Saya sudah menghadiri temu duga secara dalam talian di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

"Tidak mudah sebenarnya menghadiri temu duga secara dalam talian dan ada cabaran tertentu namun saya berharap permohonan kerja antara dua syarikat itu diterima," katanya.

Terdahulu, perkongsian Ahmad Nabil itu tular di Twitter sehingga ditonton hampir 250,000 kali dan mendapat lebih 17,000 tanda suka dan 7,000 ulang ciap setakat ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2020 10:06 AM | Show all posts
tengok pada uniform mak tu mcm cerah je peluang nak join gomen
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib lah yang grad zaman covid ni. Tak merasa majlis konvokesyen
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 01:20 PM | Show all posts
Majlis konvokesyen tak penting yang penting ijazah yang diterima yang bantu untuk dapatkan pekerjaan bukan gambar di majlis konvokesyens.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.126942 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list