CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2503|Reply: 10

Youtuber Bunuh Kekasih Secara Langsung

[Copy link]
Post time 7-12-2020 07:21 PM | Show all posts |Read mode
Seorang Youtuber terkenal Russia iaitu Stas Reeflay (30 tahun) bakal berdepan hukuman penjara selama 15 tahun selepas membunuh teman wanitanya yang sedang mengandung secara siaran langsung melalui Youtube.


    Stas dilaporkan telah memaksa Valentina Grigoryeva untuk berdiri di luar rumah dengan hanya berpakaian seluar dalam di mana cuaca berada pada tahap yang begitu sejuk. Stas melakukan hal tersebut selepas menerima bayaran sebanyak $1000 daripada para penonton yang memintanya melakukan penderaan terhadap Valentina.

    Selepas menyedari Valentina berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di luar rumah, Stas tidak mematikan rakaman. Menerusi rakaman yang masih bersiaran langsung itu, kedengaran suara Stas berkata,
Valentina Grigoryeva
    "Valya, adakah awak masih hidup?"
    "Sayangku, kenapa dengan awak?"
     "Valya! Valya! Awak kelihatan seperti sudah mati."
    "Sayang... cepat beritahu saya sesuatu. Saya risau. Aduh... saya tak dapat rasa degupan jantungnya."
    "Korang... tiada denyutan. Muka dia pucat. Dia sudah tidak bernafas."
    "Saya cintakan awak!
    Dalam satu video secara langsung pada waktu sebelumnya, Stas dikatakan ada menyembur Valentina dengan penyembur lada. Selain itu, Valentina juga didakwa pernah mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan kesan lebam di mukanya akibat dipukul.

    Sementara itu, pihak Youtube mengeluarkan kenyataan bahawa mereka terkejut dengan insiden berkenaan serta menegaskan video kejam sedemikian adalah tidak dapat untuk diterima. Menurut mereka lagi, akaun pelaku telah pun ditamatkan serta merta. Namun pihak Youtube menafikan video asal kejadian itu telah bersiaran langsung melalui Youtube serta pada masa sama membuang video yang dimuatnaik semula oleh pihak-pihak berkepentingan.
The Sun
    Walau bagaimanapun, ramai saksi mendakwa telah melihat video kejadian tersebut menerusi Youtube. Namun apa yang pasti, Stas menggunakan platform lain untuk meraih derma secara dalam talian.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2020 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga Youtuber ni pun mati. Bersama followers heols terutama yang bayar heol untuk dera gilpren sendiri. Mati dengan dahsyat ya. Gilpren tu memang bodoh so selayaknyalah mati. No simpati for you same like mangsa rugul
dahi tahi.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2020 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh tengok video kat internet.

Jantan ni, deserves kematian paling dahsyat dunia mampo bagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2020 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 7-12-2020 07:39 PM
Boleh tengok video kat internet.

Jantan ni, deserves kematian paling dahsyat dunia mampo bagi.

Kat mana nk tgk sis? Mcm x jmpe je....
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2020 07:58 PM | Show all posts
demi duit...   coming soon budak malaysia pun akan buat jugak sebab content deme sekarang ni oun bodo2 bangang belaka...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2020 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada hikmah nya jgk bayi tu tak sempat dilahirkan oleh parents yg bodoh ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2020 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
bayar byk tu je??miskin beno ke youtuber ni?yg gf tu pun bodo yakmat.
skrg ni content youtuber mmg bangang2 ye, ke mmg lama dah gini, i je baru tau?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2020 08:43 PM | Show all posts
Skit nyer ganjaran utk jdi pmbunuh..x berbaloii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2020 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Xim replied at 7-12-2020 07:55 PM
Kat mana nk tgk sis? Mcm x jmpe je....

Aiol tengok yang media post. Tu pun tengok sikit je. Part dia pukul2 gf nak bagi sedar tapi sebenarnya gf tu dah mati pun. Ai tengok kejap je, sakit hati nampak.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2020 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 7-12-2020 08:27 PM
bayar byk tu je??miskin beno ke youtuber ni?yg gf tu pun bodo yakmat.
skrg ni content youtuber mmg ...

Artikel BM ni memang hanat. Penulisnya tak pass BI barangkali. Kalau baca artikel dalam BI, Youtuber ni bukan dibayar takat 1k tapi subscribers heols bayar heols dan ada antara meka bayar cecah 1k. Maksudnya bukan takat 1k dia dapat.

Part gf pakai suar dalam ja pun salah yahamat. Artikel BI guna perkataan undergarments : Maksudnya gf tu pakai pakaian dalam yakni bra dan suar dalam.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2020 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok jugak mati drp melahirkan anak kemudian dibunuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 03:56 PM GMT+8 , Processed in 0.051129 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list