|
Setiap petang, kelihatan tiga beranak mengemudi bot kecil di sepanjang sungai di Kampung Lapang Pari, Pengkalan Chepa mencari lokasi sesuai untuk mencari tiram.
Sebaik menemui lokasi, suami isteri, Roslina Zakaria, 43, dan Mat Robi Omar, 49, akan turun ke sungai itu sambil 'meraba-raba' di dasar mencari tiram untuk dijual.
Sambil mengikat satu atau dua besen di badan agar tidak dibawa arus, mereka akan berada dalam sungai antara dua hingga tiga jam untuk mendapatkan tiram demi kelangsungan hidup mereka sembilan beranak.
Roslina berkata, setiap petang dia dan suami dengan ditemani seorang daripada tujuh anaknya, Mohd Syukri Mat Robi, 14, yang bertindak sebagai jurumudi bot fiber mereka akan menyusuri sungai sehingga lima kilometer untuk mencari tiram. |
|