View: 1167|Reply: 1
|
Ulang Alik Sungai Nal 100 Kali Sehari
[Copy link]
|
|
"Lebih 100 kali sehari saya ulang alik mengendalikan feri di Sungai Nal, di sini, demi membantu penduduk sekitar yang keluar bekerja dan menyelesaikan urusan seharian" kata, Suhairi Che Yusof, 39.
Suhairi yang sudah lebih setahun menjadi pengendali feri berkata, kenderaan itu adalah satu-satunya pengangkutan utama yang menghubungkan penduduk di beberapa buah kampung dengan bandar Kuala Krai.
Katanya, hampir setiap hari bermula jam 7 pagi sehingga 11 malam, dia mengendalikan feri terbabit dengan berulang alik merentas sungai membawa penumpang selain pelbagai jenis kenderaan seperti kereta dan motosikal dari jeti Kampung Pasir Ira ke Kampung Pasir Kelang. |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah berkhidmat kepada masyarakat |
|
|
|
|
|
|
| |
|