|
Sebanyak 18 keluarga di estet Ladang Taku mengakui bimbang setiap kali musim tengkujuh tiba kerana penempatan mereka terperangkap akibat air sungai yang melimpah.
Tambahan pula, mereka perlu menaiki feri atau bot merentas Sungai Nal jika mahu keluar ke pekan atau bandar.
Tinjauan NSTP ke estet terbabit mendapati, penduduk jarang menoreh getah sepanjang bulan November dan Disember susulan cuaca hujan selain berdepan banjir gelombang pertama pada akhir bulan lalu.
Penduduk, P Logeswary , 35, berkata, setiap kali sebelum tiba musim tengkujuh dia sekeluarga membuat persiapan awal dengan membeli barangan dapur serta keperluan harian. |
|