View: 1408|Reply: 1
|
Tawar Khidmat Tangkap Ular Kerana Minat
[Copy link]
|
|
Kalau tidak membelai ular dalam sehari memang tidak sah, jika tidak menangkap ular liar saya akan bermain dengan ular latihan bomba.
Itu kata Malek Denan.
Malek, 39, dari Kampung Bukit Kulim, Pengkalan Berangan antara penangkap ular tradisional yang masih aktif menjalankan tanggungjawab secara sukarela itu di sekitar Marang dan Kuala Terengganu.
Katanya, dia aktif dalam kegiatan menangkap ular liar sejak 20017 selepas mendapat bimbingan Jurulatih Pengendalian Haiwan Berbisa Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai.
Katanya, dia semakin aktif dan berkeyakinan menjalankan perkhidmatan itu selepas mendapat bimbingan seterusnya mempunyai pengetahuan luas berkaitan ular.
Katanya, jurulatih banyak memberi tunjuk ajar dalam teknik menangkap ular berbisa terutama ketika berhadapan ular tedung selar.
Sehingga kini lebih 200 pelbagai jenis ular termasuk 10 ekor ular tedung selar yang sudah ditangkap.
Katanya, paling besar dan bahaya pernah ditangkap ialah ular tedung selar sepanjang empat meter pada tahun lalu . |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
wah...bagusnye....sukarela pulak tu... |
|
|
|
|
|
|
| |
|