View: 2688|Reply: 14
|
Peluang rentas negeri. Di Pantai Batu Buruk ada menu viral kerang saiz AAA, AA d
[Copy link]
|
|
Edited by R2D2 at 17-12-2020 03:22 PM
Kerang 'gasi' juadah istimewa di Pantai Batu Buruk
NORHASPIDA YATIM | | 17 Disember 2020
KUALA TERENGGANU - Saiznya yang luar biasa besar serta jarang ditemui menjadikan menu kerang gasi (gergasi) bakar di gerai Penyu Corner yang beroperasi di Pantai Batu Buruk di sini istimewa sekali gus menarik perhatian pengunjung.
Uniknya, saiz kerang di gerai makan itu ada yang mencecah saiz 20 sentimeter menjadikan ia antara kerang terbesar pernah dijual di sini.
Pemilik gerai makanan Penyu Corner, Rohana Omar, 48 berkata, terdapat tiga saiz kerang yang dijual di gerainya iaitu besar (AAA), sederhana besar (AA) dan sederhana (A).
"Permintaan terhadap kerang bergantung kepada citarasa pelanggan, ada yang gemar kerang saiz kecil, ada juga yang sukakan kerang bersaiz besar kerana rasa dagingnya lebih kenyal dan isinya yang tebal.
"Saiz hidangan sama sahaja kerana di sini kita memang jual kerang gasi. Bagi pelanggan yang tidak gemarkan kerang terdapat menu lain yang turut disediakan di sini," katanya.
Rohana berkata, kerang yang dijual pada harga RM15 semangkuk itu biasanya habis dijual sebaik gerai beroperasi bermula jam 4 petang hingga 10 malam.
"Jualan bergantung pada keadaan, biasanya hari biasa dalam 50 hingga 60 kilogram (kg), tetapi bila hari minggu kuantiti lebih banyak dan pernah cecah 90 hingga 100 kg," katanya.
Bagaimanapun, katanya, kerang gasi bersaiz besar agak sukar diperoleh dan hanya bergantung kepada bekalan yang dihantar pembekal.
Menurutnya, bekalan kerang biasanya diperoleh daripada tiga pembekal secara bergilir-gilir iaitu dari Sabah, Perak dan Klang.
"Untuk dapatkan stok kerang saiz besar agak sukar kerana kebanyakan pembekal yang ditemui tidak sanggup hantar kerana ia sukar diperoleh. Tambahan pula, kerang ini kita dapatkan yang betul-betul segar dan berkualiti sebab itulah harganya juga agak mahal.
"Ada hari-hari tertentu bekalan kerang terputus, kita terpaksa tutup operasi kerana tidak mahu mengecewakan pelanggan. Biasanya kalau yang datang dari jauh, kita galakkan mereka untuk telefon terlebih dahulu," katanya.
Rohana yang berasal dari Kampung Durian Burung, Kuala Terengganu turut dibantu suaminya, Ahmad Zikri Che Ali, 39 selain tujuh lagi pekerjanya.
Dia berkata, minat untuk berniaga kerang gasi kerana gemarkan sesuatu yang unik untuk dikongsi bersama pelanggan.
"Sebenarnya saya sekeluarga memang suka makan kerang. Daripada situ kami berusaha cari bekalan ini di merata-rata tempat sehinggalah bertemu dengan tiga pembekal yang sanggup terima tempahan.
"Kini sudah masuk tahun kedua gerai ini beroperasi sejak 2019 dan sambutan diterima amat memberangsangkan," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Terdapat tiga saiz kerang gasi iaitu saiz AAA, AA dan A dijual di gerai Penyu Corner yang beroperasi di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Selalunya yg oversized ni kurang sedap.. ikan oversize dari yg sepatutnya pun, tak berapa sedap . Kerang ni, kenapa tak ada pic yg dah dikoyak cengkerang?nak tgk juga labia majora/minora dia kala apa... |
|
|
|
|
|
|
|
Rajinnya sental bagi putih. Aku suka makan kerang tapi nak beli dengan kulit pastu nak kene basuh bagi putih tu renyahnye...ada petua tak |
|
|
|
|
|
|
|
agree... yang oversized memang tak sedap... kerang ni aku suka yang sedang2 je...
|
|
|
|
|
|
|
|
eyansss replied at 19-12-2020 02:20 AM
agree... yang oversized memang tak sedap... kerang ni aku suka yang sedang2 je...
Kann..sotong oversize pun tk sedap daging dia. Selalu kat KK sotong kat pasar besar2 betis...tp bila masak kurang sikit kesedapan dia. Better yg size2 moderate jer. |
|
|
|
|
|
|
|
dulu masa awal2 duduk sabah, kami macam seronok gila tengok seafood nesae gabak... bila dah beli beberapa kali memang rasa saiz sedang2 lagi sedap... jadinya lepas tu kalau order dengan nelayan, memang mintak yang saiz sederhana besar je... |
|
|
|
|
|
|
|
eyansss replied at 19-12-2020 04:28 PM
dulu masa awal2 duduk sabah, kami macam seronok gila tengok seafood nesae gabak... bila dah beli ...
Kann..mula2 nampak ala2 teruja....semua beli yg besar2...bila makan...tak berapa sedap compared yg size2 biasa. |
|
|
|
|
|
|
|
gosok dengan sabut kelapa tp laa ni sabut pun org jual ke kilang perabot
kerang kot besar sgt liat laaa. yg org panggil kerang bulu tu.
kalau musim nya dpt yg besar tu buat masak rendang..
|
|
|
|
|
|
|
|
Nampak bersih ia dicuci yang minat pasti tak akan lepaskan peluang |
|
|
|
|
|
|
| |
|