CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1698|Reply: 1

Berapa Kali Anda Boleh Bercukur Menggunakan Pisau Cukur Yang Sama?

[Copy link]
Post time 18-12-2020 09:21 AM | Show all posts |Read mode

Pastikan pisau cukur anda cukup tajam sebelum menggunakannya bagi mengelakkan risiko yang tidak diingini. (Gambar Rawpixel)

Kaedah untuk cukur bulu di badan mahupun muka berbeza mengikut pilihan dan keselesaan setiap individu.

Bercukur menggunakan pisau cukur merupakan antara kaedah pilihan ramai kerana ia mudah dan cepat.

Jangka masa pertumbuhan bulu pula berbeza mengikut individu sama ada cepat atau lambat tumbuh.

Pisau cukur sering menjadi pilihan terutamanya bagi kaum Adam untuk mencukur janggut, misai mahupun jambang kerana faktor murah, mudah dan cepat.

Berapa kerap anda boleh guna pisau cukur sebelum membeli yang baharu?

Pisau cukur akan berfungsi pada tahap yang optimum sekiranya ia masih baharu dan tajam.

Ini kerana, pisau cukur yang tumpul mampu merengsa, menimbulkan ruam, radang malah mencederakan permukaan kulit anda.

Oleh itu, pastikan pisau cukur anda cukup tajam sebelum menggunakannya bagi mengelakkan risiko yang tidak diingini.

Sekiranya ia sudah mula tumpul selepas beberapa kali penggunaan, sudah tiba masanya untuk anda membeli pisau cukur yang baharu.

Tapi bagaimana pula jika anda masih boleh tercedera ketika bercukur walaupun sudah menggunakan pisau cukur yang tajam?

Usah risau, artikel ini akan mengupas tip bercukur yang selamat agar risiko anda tercedera dapat dikurangkan.

Tip mencegah kesan sampingan akibat bercukur

Jangan bercukur selepas bangun daripada tidur

Salah satu tip yang bagus untuk diamalkan jika mahu mula mencukur adalah dengan elak melakukannya sejurus bangun daripada tidur.

Ini kerana keadaan kulit setelah bangun tidur tidak sesuai untuk anda bercukur.

Tahukah anda, muka ketika bangun tidur lebih cenderung untuk membengkak sedikit akibat “fluid retention” ketika anda sedang tidur?

“Fluid retention” ini boleh terjadi akibat beberapa faktor seperti:

Makan makanan yang terlalu masin
Posisi tidur yang salah
Stres dan kegelisahan
Situasi perubatan
Oleh itu, amat disarankan agar anda mula bercukur beberapa minit setelah bangun daripada tidur.

Bulu-bulu akan lebih dekat kepada permukaan kulit dan ini akan memudahkan anda untuk bercukur.

Mencuci muka sebelum bercukur akan bantu mempersiapkan kulit anda untuk proses bercukur.

Pakar mencadangkan agar anda mencuci muka dengan pembersih muka terlebih dahulu sebelum memulakan proses mencukur.

Ini akan membantu untuk membuang minyak serta sel kulit mati pada permukaan kulit terlebih dahulu, barulah “smooth” hendak bercukur, kan?

Untuk menjamin pengalaman bercukur yang lancar, anda juga boleh menggunakan produk pembersihan pracukur bagi mengelakkan risiko daripada terluka.

Gunakan air suam sebelum memulakan proses bercukur

Tip ini bertujuan untuk membuka pori pada permukaan kulit supaya lebih senang untuk anda bercukur.

Nak senang, mandi sahaja dulu menggunakan “water heater” di rumah anda kemudian baru mulakan proses tersebut.

Jika anda mahu menyelitkan rutin penggunaan “shaving cream” ataupun sabun cukur dalam amalan bercukur, anda harus basahkan kulit terlebih dahulu sebelum meletakkan apa-apa produk.

Jika anda menggunakan produk berasaskan sabun, pastikan anda membeli produk yang berkualiti tinggi,

Ini kerana sabun yang kurang berkualiti akan mengeringkan lagi kulit anda lalu membuatkan proses untuk bercukur lebih sukar.

Cukur mengikut arah bulu, bukan bertentangan!

Anda dinasihatkan untuk mencukur bulu dalam keadaan yang tidak bertentangan dengan arah pertumbuhan bulu.

Jika anda melakukan mengikut arah yang bertentangan, pisau cukur akan berisiko untuk menangkap bulu anda dan menariknya lebih jauh daripada permukaan kulit.

Ini boleh akibatkan pertumbuhan bulu-bulu anda kelak terperangkap di dalam kulit atau turut dikenali sebagai “ingrown hairs”.

Ia akan dapat mengurangkan risiko anda terluka atau cedera akibat bercukur, dan teknik ini juga dapat mengurangkan pertumbuhan bulu yang terperangkap.

Selain itu, kaedah ini secara tidak langsung mampu membuat pengelupasan permukaan kulit anda dengan mengurangkan jumlah sel kulit mati.

Proses mencukur juga akan menjadi lebih lancar kerana tiada rintangan di atas permukaan kulit.

Rumusan

Sebelum anda mulakan proses cukur bulu, pastikan peralatan mencukur anda dapat berfungsi pada tahap yang terbaik.

Selain itu, lakukan kaedah pracukur yang dikupas dalam artikel ini untuk mendapat pengalaman bercukur yang lancar dan tidak berisiko mencederakan kulit anda.

* Artikel ini telah disiarkan di Hello Doctor. Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2020 02:19 AM | Show all posts

Hmmm...

[AceHand SPECTaceLAR]

Selagi tak tumpol guna jer...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.106424 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list