CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1745|Reply: 7

ISU gangguan ketuk pintu di EMPAT negeri selesai. Penduduk lena mcm biasa

[Copy link]
Post time 18-12-2020 10:29 AM | Show all posts |Read mode
Penduduk sudah boleh tidur lena
    Oleh KOSMO!
    18 Disember 2020, 9:15 am

PETALING JAYA – Penduduk di empat buah negeri yang sebelum ini hidup dalam ketakutan susulan gangguan ketukan pintu tanpa salam kini mula berasa lega apabila mereka tidak lagi dikejutkan dengan sebarang kejadian tidak diingini.

Di Selangor, rata-rata penduduk di sekitar Sabak Bernam mula menjalani rutin harian selain sudah tidak lagi takut untuk keluar rumah pada waktu malam.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Baharu, Mohd. Suhairi Machir berkata, selepas 22 hari dihantui dengan bunyi ketukan, penduduk mengakui mereka tidak lagi terdengar bunyi gangguan seperti sebelum ini.

“Kampung pun sudah aman dan penduduk tidak lagi dibelenggu ketakutan apabila malam menjelma.

“Rondaan juga telah dihentikan dengan aktiviti harian berjalan seperti biasa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Pengerusi MPKK Kampung Batu 37 Darat, Muhammad Nazri Saiman mengakui, kehidupan penduduk di kampung berkenaan mula berjalan seperti biasa.

“Sejak majlis bacaan Yasin dan solat Hajat pada 24 November lalu, tiada lagi berlaku ketukan dan penduduk berharap perkara itu tidak berulang lagi di kampung ini,” jelasnya.

Di Johor, Ketua Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, berkata, gangguan ketukan tidak lagi berlaku selepas penduduk membuat rondaan pada setiap malam untuk mengetahui ‘dalang’ kepada kejadian itu.

“Rondaan yang dilakukan penduduk kampung masih diteruskan sehingga hari ini dengan bantuan daripada anggota polis dan kakitangan pejabat daerah.

“Bagaimanapun, kami belum tahu punca sebenar kejadian sama ada ia berpunca daripada manusia atau membabitkan unsur mistik.

“Jika ia berkaitan sihir atau gangguan makhluk halus, memang sukar untuk dijelaskan,” katanya.

Di Melaka, gangguan ketukan pintu yang turut menggemparkan lima buah keluarga di Kampung Paya Rumput, Masjid Tanah juga didakwa tidak lagi berlaku sejak lebih seminggu lalu.

Penduduk kampung, Fatimah Kassim, 53, yang turut terke­na gangguan misteri itu berkata, pintu rumahnya tidak lagi diketuk selepas kejadian pada 3 Disember lalu,

“Itu kali pertama dan terakhir rumah saya diketuk, namun jiran ada memberitahu keesokannya rumahnya pula diketuk tetapi pada pintu dapur.

“Selepas itu, saya tidak dengar lagi kejadian sama berlaku di kawasan kampung ini sehinggalah sekarang,” katanya.

Di Pahang, gangguan ketukan tanpa salam dan diikuti bau busuk seperti bangkai yang berlaku di Kampung Perias, Jerantut tidak kedengaran dalam kalangan penduduk kampung.

Kali terakhir kejadian ketukan selama lima minit itu dilaporkan berlaku adalah pada 11 Disember lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, setakat ini, pihaknya menerima dua laporan polis berhubung kejadian itu yang dibuat di daerah Jerantut.

“Hasil laporan itu, anggota polis melakukan rondaan bersama pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung bagi memastikan keselamatan penduduk,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2020 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Oh diorg kena ketuk hari2 ke? Ingat sekali je..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2020 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti penduduk pun bosan kan.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2020 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau aku.. Lantak laaa
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2020 11:00 AM | Show all posts
Alhamdulillah tamat..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2020 02:16 PM | Show all posts
ooo tak jadi la turun kontan lepas jantet tu yek
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2020 01:05 AM | Show all posts
kat melaka tu dlm satu kampung lima rumah kena ketuk...suspect ni budak2 prank.  Bukan susah pun nak prank ketuk2 rumah orang.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2020 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Vaksin dah ada..jin covid dah masuk gua semula
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 04:04 PM GMT+8 , Processed in 0.439356 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list