View: 1608|Reply: 12
|
Air Mata Tukang Sapu Sara Keluarga Sendirian Selepas Suami Hidap Diabetes Kronik
[Copy link]
|
|
Mohd Suhaimi Mazli Marzuki sekeluarga tinggal di PPR Lembah Subang 2.
PETALING JAYA: Seorang tukang sapu menitiskan air mata apabila ditanya bagaimana dia akan melalui liku kehidupan apabila suaminya terpaksa dipotong jari kaki akibat kencing manis.
Normaizan Saminan, 36, yang menyewa dan bekerja di Program Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 2, tidak menyangka terpaksa menyara keluarga bersendirian selepas kesihatan suaminya, Mohd Suhaimi Mazli Marzuki, 34, semakin merudum.
“Sebelum ini, suami ialah ketua keluarga, tapi kini dia ada masalah kesihatan, saya terpaksa ambil alih tugasnya,” katanya kepada FMT.
Suami Normaizan sebelum ini berniaga roti canai di rumah secara “online”, kini tidak berupaya berdiri lama disebabkan penyakitnya semakin melarat.
Normaizan Saminan dibayar RM1,2000 sebagai tukang sapu di PPR disewanya.
“Suami menghidap kencing manis sejak empat tahun lalu, kebelakangan ini penyakitnya semakin teruk, dia selalu pening dan lenguh kaki,” katanya.
Wanita itu dibayar gaji RM1,200 sebulan dan mencari pendapatan tambahan dengan menjual jajan serta ais krim buatan sendiri di rumah PPR disewanya itu.
“Lebih kurang RM1,500 untuk belanja keperluan rumah, itu tidak termasuk alat cucian luka kaki suami berharga RM50 yang perlu dibeli dua minggu sekali,” katanya.
Kos mencuci luka kaki Mohd Suhaimi Mazli Marzuki berharga RM50 yang perlu dibeli dua minggu sekali.
Rutin harian Normaizan ialah menyediakan makanan untuk keluarganya sebelum ke tempat kerja setiap pagi.
Selain suami dan anak perempuan berusia tujuh tahun, ibunya yang mengalami masalah kesihatan turut tinggal bersama mereka.
Normaizan berharap suaminya akan kembali sihat dan mereka dapat meneruskan perniagaan roti canai “online” dan roti canai sejuk beku yang diusahakan sebelum ini.
Normaizan Saminan mencari pendapatan tambahan dengan menjual jajan dan ais krim buatan sendiri di rumah PPR disewanya.
Wanita itu juga bercadang mengembangkan perniagaan, jika suaminya pulih.
“Selain berniaga roti canai, saya berhajat menjual nasi minyak, nasi tomato secara ‘online’.
“Sebelum ini tiada sebarang bantuan diterima. Baru-baru ini, saya ada minta bantuan Zakat Selangor, tapi masih dalam proses,” katanya.
Normaizan Saminan tidak menyangka terpaksa menyara keluarga bersendirian, selepas kesihatan suaminya semakin merudum.
Sementara itu, Suhaimi amat terharu dan bangga kerana mempunyai isteri yang sanggup berkorban untuk keluarga.
“Saya tidak boleh buat apa, isteri saja yang bekerja sekarang,” katanya.
Suhaimi berharap dia akan mendapat kekuatan seperti dulu dan menyara keluarga dengan tenaganya sendiri.
“Harapan saya hanya satu, dapat sembuh macam dulu,” katanya sebak mengenangkan pengorbanan isterinya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dimurahkan rezeki... |
|
|
|
|
|
|
|
semoga dipermudahkan urusan. pusat zakat pun jgn la bertangguh nak proses.
bila kita pembayar zakat dah lunaskan tgjwab, |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkn rezeki kakak no dn keluarganya... |
|
|
|
|
|
|
|
Kawan aku ada sorg mengajar sekolah dekat ppr.
Mmg sdih klu demgar dia cerita.. mcm2 sgt masalah budak2 tu.
Tu yg ada dtg sekolh buat hal
Rupanya mmg ada problem di rumah..
Sedihnya lahai |
|
|
|
|
|
|
|
depresio replied at 20-12-2020 02:34 AM
Kawan aku ada sorg mengajar sekolah dekat ppr.
Mmg sdih klu demgar dia cerita.. mcm2 sgt masalah b ...
Yepp.. mmg betul.. jahat mcm binatang.. aku ni pun bknlaa jenis penyabar pung.. kalo dah terlalu melampau mmg aku maki balik kau kaww.. bkn tak kesian.. tp org pun tak kesian dekat aku pun.. kpm dia tau nak pandai pandai.. tahu maki aku je |
|
|
|
|
|
|
|
Aku dulu ade laa bg duit dgn harapan depa beli beras ke hape.. ujung ujung beli mercun mahai.. pas tuu aku tak bg dah.. tak payah pi jauh laa.. bpk aku ade duit beli kete..mulut asyik ckp kete kete kete.. jmbn tersumbat tak dulikk.. berak aje |
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 20-12-2020 12:09 PM
Yepp.. mmg betul.. jahat mcm binatang.. aku ni pun bknlaa jenis penyabar pung.. kalo dah terlalu m ...
Nak cakap macam x baik kan tapi betullah kan
Nak didik ajar punya susah dia kata kalau jenis family pon hardcore tu
Ada ygmiskin baik tapi rare spesis sgt
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesian bila baca. Tapi salute gak la wife tu rajin cari duit tambahan, tak melalak kat socmed minta bantuan bulat2 sana sini |
|
|
|
|
|
|
|
Ada juga usahanya sendiri taklah hanya harap bantuan sepenuhnya moga dengan keluarnya lapuran ni permohonan dia boleh segera diluluskan. |
|
|
|
|
|
|
|
Mujur anaknya sorang..
Jadi anaknya boleh tolong sikit sikit.mak ayahnya di rumah
Moga mudah urusan akak...
Amin.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lembah subang 2 dekat lrt ni ada nampak bersih sikit. Ada lagi satu lembah subang ppr jugak dekat masjid ara tu, rabak dia punya keadaan. Ada rumah sampai takda letrik, tak leh bayar bil. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ada kenalan duk ppr ni hidup susah. Kita ada berborak maybe dia nak upgrade diri laki bini dengan belajar skill baru. Bini nak belajar administration, laki nak belajar bawak crane. Tertanya pulak duit takda mcm mana nak upgrade? Tak tahu pulak kerajaan ada ker buat scheme kewangan bantu rakyat dewasa klu nak upgrade? Atau certain courses jer ker? Dorang tu dah ada semangat tapi bila bab duit tu jadi jammed. |
|
|
|
|
|
|
| |
|