CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3312|Reply: 2

[LAIN-LAIN] Robozeta Dapat Lamaran - Harian Metro

[Copy link]
Post time 21-12-2020 12:35 PM | Show all posts |Read mode

Kreativiti adalah tunjang utama pasukan animasi Robozeta yang diketuai Muhammad DZahiruddin Ahmad Zabidi (tengah), Alif Iman (dari kiri) selaku Modeler dan Animator, Muhammad Azri Hariz (Animator), Mohd Hafiz Abd Samad (Compositor & Editor), Azizol Rahman (Renderer, Penulis skrip & Editor) dan Muhammad Azri Hamidon (Animator).


Najiy Jefri
[email protected]

BIARPUN belum ditayangkan, animasi terbitan lokal, Robozeta berjaya mencuri perhatian negara luar apabila dilamar sebuah stesen televisyen antarabangsa.

Diterbitkan Red Circle Studio Sdn Bhd bersama barisan pasukan animasi yang berbakat besar, peluang keemasan itu diraih mereka tatkala seluruh dunia masih berdepan pandemik Covid-19.

Pengarah Robozeta, Muhammad Dzahiruddin Ahmad Zabidi, berkata, pihaknya berbangga dengan pencapaian itu kerana Robozeta adalah siri baharu yang belum diuji kehebatannya sebagaimana siri animasi popular yang lain seperti Ejen Ali, Upin & Ipin atau BoBoiBoy.

"Sebuah syarikat penyiaran TV popular antarabangsa berminat menjadikan Robozeta sebagai salah satu program siaran mereka. Bagaimanapun ketika ini kami masih terikat dengan kontrak bersama pihak Astro Ceria," katanya.

Tambah Dzahiruddin, pihaknya mengambil inisiatif sendiri untuk menghubungi syarikat penyiaran dan stesen TV antarabangsa itu untuk menguji sejauh mana Robozeta mampu mengembangkan pengaruhnya sebagai program kanak-kanak yang relevan untuk tontonan dunia.

"Oleh kerana dunia dilanda penularan pandemik Covid-19 sejak awal tahun ini, Red Circle Studio terpanggil untuk mengintai peluang mendekati syarikat penyiaran dan pengedar program antarabangsa untuk melihat sejauh mana Robozeta ini mampu diterima negara luar.

"Dengan cara itu, secara tidak langsung mewujudkan hubungan dua hala yang boleh dimanfaatkan pada masa akan datang. Tambahan pula, ketika ini banyak kerja produksi tergendala akibat pandemik Covid-19 menyebabkan banyak stesen TV ketandusan bahan siaran kerana tiada program baharu. Syarikat penerbitan antarabangsa sememangnya mengalu-alukan kandungan progrom dari luar bagi menampung kekosongan yang ada," katanya.

Bermula dari sebuah pertandingan, sekaligus muncul pemenang program IPCC 2016 MDEC, Red Circle Studio Sdn Bhd mengembangkan Robozeta daripada projek 'pilot' sebelum mengorak langkah lebih berani menghasilkan siri animasi 13 episod.

Dengan peruntukan dana hampir setengah juta diperoleh dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), yang boleh dianggap agak kecil berbanding dana diterima produksi lain, Red Circle Studio Sdn Bhd, membuktikan mereka mampu menghasilkan karya setanding antarabangsa.

Robozeta mengisahkan mengenai lima adiwira iaitu Riko, Jango, Rexx, Bepop dan Ely. Di mana kelima-lima Adiwira itu bersatu untuk mempertahankan Zenochip.

Semua 13 episod siri animasi itu sudah siap sepenuhnya dan tayangan perdananya bermula kelmarin di saluran Astro Ceria, jam 4.30 petang dan ia akan disiarkan setiap Sabtu dan Ahad.

"Robozeta adalah sekumpulan adiwira cilik yang melindungi bandar Zetania dari ancaman musuh iaitu geng Kalabera yang berhasrat merampas chip dikenali sebagai ZenoChip iaitu sumber kuasa yang mampu memenuhi segala impian mereka.

"Kelima-lima adiwira ini mempunyai perwatakan berbeza. Riko misalnya adalah kapten dalam pasukan yang memiliki sikap kepimpinan tinggi. Janggo pula adalah orang kanan Riko yang sangat terkenal dengan kegarangannya, paling handal namum pendiam dan baik hati.

"Sesuai dengan namanya, Bepop pula adalah seorang yang periang dan kelam kabut. Bepop adalah pencetus komedi dalam siri animasi ini. Sementara Rexx berbadan sasa, malangnya sedikit lembap akan tetapi kekuatannya terletak pada saiznya yang besar.

Terakhir sekali adalah Ely, satu-satunya perempuan yang sering menjadi penasihat dan penyejuk dalam pasukan ini setiap kali mereka berdepan masalah," katanya.

Menariknya juga, Robozeta menjadi siri animasi pertama di Malaysia yang memperkenalkan Mecha Robot yang banyak digunakan dalam siri animasi Jepun dan Eropah.

Tidak hanya menekankan lakaran dan efek animasi yang hebat, Dzahiruddin menyifatkan terapan nilai murni dan mesej khidmat masyarakat menjadi tunjang utama kekuatan Robozeta.

Dalam mempamerkan kehebatan Robozeta, pemahaman mengenai amalan membuang sampah yang betul, kepentingan mengawal pemakanan, limitasi menonton TV atau bermain gajet supaya tidak berlebihan, antara nilai yang diterapkan supaya dapat mewujudkan kepekaan tentang tanggungjawab si kecil pada diri, ibu bapa, persekitaran dan manusia sejagat.

"Topik yang dibawakan setiap minggu amat bersesuaian untuk tontonan setiap peringkat usia dan bangsa. Garapan cerita yang disesuaikan dengan adiwira cilik, kenderaan berkuasa tinggi serta mecha robot juga adalah sesuatu yang boleh dikaitkan dengan penonton dewasa seperti kegilaan kita menonton karya-karya transformers," katanya.

Berdurasi selama 22 minit, Robozeta adalah siri animasi 3D berbahasa Melayu dan bergenre aksi komedi. Informasi mengenainya juga boleh didapatkan menerusi media sosial Robozeta di Facebook, Instagram dan YouTube.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2020 02:14 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2020 11:39 AM | Show all posts
Edited by eddlisa_uyuk at 27-12-2020 01:45 AM

-----spam-----

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.646447 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list