CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1290|Reply: 4

Alah Makan Nasi Sejak Berusia 6 Tahun - Harian Metro

[Copy link]
Post time 21-12-2020 12:44 PM | Show all posts |Read mode

Nor Shaf Reeka mengalami alahan terhadap nasi sejak berusia enam tahun. FOTO Nor Shaf Reeka Lizawardi


Redzuan Muharam
[email protected]

Kuala Lumpur: Nasi sinonim sebagai makanan ruji kebanyakan masyarakat khususnya di negara ini, namun lain kisahnya bagi remaja, Nor Shaf Reeka Lizawardi, 19, yang mengalami alahan terhadap nasi.

Bercerita lanjut, Nor Shaf Reeka yang menetap di Tanah Merah, Kelantan berkata, dia mengalami alahan terhadap nasi sejak berusia enam tahun.

Menurut Nor Shaf Reeka, doktor juga mengesahkan badannya mempunyai alahan tetapi tidak menyebut khusus ia berpunca daripada nasi atau makanan tertentu.

"Bukan tidak pernah makan nasi langsung cuma boleh dikira iaitu hanya dua atau tiga kali saja dalam setahun.

"Semuanya kerana alahan dialami kerana selepas makan nasi, saya akan sakit perut dan lebih teruk lagi timbulnya bintik merah pada badan.

"Sejak itu, saya cuba elakkan dan setakat ini tiada masalah menjalani hidup tanpa menjamah nasi," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Selain nasi, Nor Shaf Reeka yang juga anak kedua daripada empat beradik itu tidak memakan ayam, daging dan beberapa makanan laut seperti udang, ketam dan sotong.

"Bukan soal geli tetapi entah kenapa saya berasa bentuk makanan itu seperti organ manusia jadi sukar untuk menelannya.

"Alhamdulillah, keluarga memahami malah ibu (Siti Sahara Nordin, 47) yang bekerja sebagai jururawat pernah bertanya kepada doktor mengenainya.

"Namun, doktor memaklumkan tiada sebab tertentu jika bukan kerana alahan sebaliknya ia atas pilihan saya sendiri," katanya.

Mengulas mengenai kisahnya yang mula tular sejak memuat naik video pendedahan mengenai alahannya di TikTok, Nur Shaf Reeka akur dengan semua komen diberikan oleh warganet.

"Ada yang mengecam dan menganggap saya mengada-ngada kerana tidak tahu kisah di sebaliknya.

"Namun, banyak juga komen positif diterima malah ada warganet berkongsi masalah sama iaitu tidak boleh memakan makanan tertentu.

"Secara peribadi, saya tidak berasa rugi tidak dapat menjamah nasi khususnya seperti orang lain sebaliknya menerima kekurangan itu dengan seadanya kerana banyak lagi makanan lain boleh dimakan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2020 01:38 PM | Show all posts
okay dah buat ke immunologicalassay atau screening tentang alahan pada beras atau juga mencakupi bijirin tertentu???

keluarga bijirin lain?

dan hal tak makan daging organ lain tu itu macam psychogenic origin


tapi  terpulang pada tuan punya badan untuk meunaskan tanggungjawab mendapatkan makanan yg seimbang pada tubuh,  macam mana tubuh dia dapat carbs  - ubi kayu pun ade, ubi birin lain pun ade atau zat besi?

hmm...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2020 02:10 PM | Show all posts
mungkin alah nasi putih.. ramai gak kengkawan daku alah nasi.. tp beras perang mereka ok ja...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2020 02:50 PM | Show all posts
Tak makan nasi pon takpe. Asalkan sihat.

Bukannya manusia seluruh dunia ni makan nasi. Berbeza setiap negara.

Amenda yg netizen nak kecam sgt
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2020 04:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah agak dah mesti founder timbang kilo.
Jual produk tah bahan tah pape xelergik pulak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.052331 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list