CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5947|Reply: 55

Alah makan nasi, Nor Shaf Reeka Lizawardi juga tidak makan ayam, daging dan udan

[Copy link]
Post time 24-12-2020 12:35 PM | Show all posts |Read mode
Alah makan nasi sejak berusia 6 tahun
MyMetroUtama



Redzuan Muharam
[email protected]

Kuala Lumpur: Nasi sinonim sebagai makanan ruji kebanyakan masyarakat khususnya di negara ini, namun lain kisahnya bagi remaja, Nor Shaf Reeka Lizawardi, 19, yang mengalami alahan terhadap nasi.

Bercerita lanjut, Nor Shaf Reeka yang menetap di Tanah Merah, Kelantan berkata, dia mengalami alahan terhadap nasi sejak berusia enam tahun.

Menurut Nor Shaf Reeka, doktor juga mengesahkan badannya mempunyai alahan tetapi tidak menyebut khusus ia berpunca daripada nasi atau makanan tertentu.

"Bukan tidak pernah makan nasi langsung cuma boleh dikira iaitu hanya dua atau tiga kali saja dalam setahun.

"Semuanya kerana alahan dialami kerana selepas makan nasi, saya akan sakit perut dan lebih teruk lagi timbulnya bintik merah pada badan.

"Sejak itu, saya cuba elakkan dan setakat ini tiada masalah menjalani hidup tanpa menjamah nasi," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Selain nasi, Nor Shaf Reeka yang juga anak kedua daripada empat beradik itu tidak memakan ayam, daging dan beberapa makanan laut seperti udang, ketam dan sotong.

"Bukan soal geli tetapi entah kenapa saya berasa bentuk makanan itu seperti organ manusia jadi sukar untuk menelannya.

"Alhamdulillah, keluarga memahami malah ibu (Siti Sahara Nordin, 47) yang bekerja sebagai jururawat pernah bertanya kepada doktor mengenainya.

"Namun, doktor memaklumkan tiada sebab tertentu jika bukan kerana alahan sebaliknya ia atas pilihan saya sendiri," katanya.

Mengulas mengenai kisahnya yang mula tular sejak memuat naik video pendedahan mengenai alahannya di TikTok, Nur Shaf Reeka akur dengan semua komen diberikan oleh warganet.

"Ada yang mengecam dan menganggap saya mengada-ngada kerana tidak tahu kisah di sebaliknya.

"Namun, banyak juga komen positif diterima malah ada warganet berkongsi masalah sama iaitu tidak boleh memakan makanan tertentu.

"Secara peribadi, saya tidak berasa rugi tidak dapat menjamah nasi khususnya seperti orang lain sebaliknya menerima kekurangan itu dengan seadanya kerana banyak lagi makanan lain boleh dimakan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Disember 2020 @ 8:59 PM


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2020 12:37 PM | Show all posts

Kalo

Edited by tumpanglalu74 at 24-12-2020 08:38 PM

Aku alah makan babi boleh cerite tak kat reporter?

Bengong..
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2020 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Harian Metro pun sudah cedok berita dari TikTok.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2020 12:50 PM | Show all posts
Ada je yang jenis macam ni bukan kes pertama pun tapi mereka tak ler gigih nak bercerita mengenainya
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2020 12:50 PM | Show all posts
pprt nye story metro..
ciduk dr tiktok blh jd news..
apoooo
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2020 12:52 PM | Show all posts
rugi la idop ko dekkk x merasa nikmat makan makanan tu semua....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2020 12:53 PM | Show all posts
whoryusss..muka tak lawa..tak makan nasik tapi muka montel bulat seropa makan nasik satu tong drum...done kecam
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2020 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus betol x mkn nasik muka msh chubby cantek je. Aku x mkn nasi terus cengkung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2020 12:56 PM | Show all posts
"Namun, doktor memaklumkan tiada sebab tertentu jika bukan kerana alahan sebaliknya ia atas pilihan saya sendiri," katanya.


mengada la tu citanya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2020 12:59 PM | Show all posts
Lizawardi tu nama dia ka atau sepatutnya .....Liza binti Wardi

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2020 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak bagitau pulak apa makanan harian ko..roti? Pulut? Spaggeti?
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2020 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak mkn nasi? Dia mkn apa utk gebu cenggitu?
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2020 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah tgk kat tv pompuan takut nk mkn toge...

Dia bygkan toge tu mcm kaki lipas.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2020 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari2 makan apa?
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2020 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 24-12-2020 12:43 PM
Harian Metro pun sudah cedok berita dari TikTok.

So saiful is not alone..hahahaa
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2020 02:21 PM | Show all posts
boleh jd vegan ... nasi tak makan, tp mee laksa pasta sume ok kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2020 02:24 PM | Show all posts
MadameOnion replied at 24-12-2020 12:53 PM
whoryusss..muka tak lawa..tak makan nasik tapi muka montel bulat seropa makan nasik satu tong drum.. ...

hahah.. kejamnya uols
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2020 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ex pakwe kawan iols pun jenis x mkn nasi. Tak boleh makan nanti muntah. Dlu2 kwn iols terfikir jgk nak masak apa lah lepas kawen nanti. X brp makan nasi n lauk-pauk. Tp tak sempat jadi laki bini, dah putus di tengah jalan

Macam anak sedara laki iols pun x mkn nasi. Skrg nak masuk darjah 5. Kalau makan nasi mesti muntah. Dia mkn roti, megi, jajan, minum air manis. Tubuh heols besar gebu. Kalau org tgk tak caya tak makan nasi. Iols risau mikir corak pemakanan heols. Ayam daging telur ikan seafood dan seangkatan pun tak makan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2020 02:50 PM | Show all posts
Cumikucingku replied at 24-12-2020 01:50 PM
Pernah tgk kat tv pompuan takut nk mkn toge...

Dia bygkan toge tu mcm kaki lipas.

iols pon tak makan taugeh dan bawang
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2020 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
makan la laksa replace nasi.boleh support bisnes sohai.tibeer
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 12:34 PM GMT+8 , Processed in 0.065503 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list