View: 1285|Reply: 3
|
Sambut Hari Natal Di Kandang Kerbau 'Mowgli Malaysia' - Harian Metro
[Copy link]
|
|
Muhammad Syukur membawa Eva (dua kiri), Nicole (tiga kanan) dan Henry (kanan) bersiar dengan perahu di kawasan paya berdekatan kandang kerbaunya. FOTO Ahmad Rabiul Zulkifli
Ahmad Rabiul Zulkifli
[email protected]
Kuala Terengganu: Sambutan Hari Natal tiga sekeluarga dari Latvia berbeza tahun ini apabila menyambutnya di kandang kerbau keluarga 'Mowgli Malaysia' Muhammad Syukur Khamis, 14, di sini, hari ini.
Eva, 38, bersama anaknya, Nicole, 15 dan Henry, 11, meluangkan masa lebih lima jam bersama Syukur dengan menjalankan pelbagai aktiviti termasuk bermain dengan kerbau, mengelilingi paya dengan perahu dan menikmati makanan tradisional tempatan.
Eva berkata, dia pertama kali menyambut Hari Natal di luar Kuala Lumpur.
"Sejak tinggal di negara ini 10 tahun lalu, saya biasanya menyambut Krismas bersama keluarga dan suami, Uldis, 40, di Kuala Lumpur.
"Tetapi pada tahun ini saya terpaksa ke Terengganu kerana urusan kerja seterusnya mengambil keputusan menyambut Krismas di negeri ini.
"Saya sudah lama terbaca dan mengetahui mengenai Syukur tetapi tidak pernah menemuinya. Oleh itu mengambil peluang berada di negeri ini untuk berjumpa dengannya," katanya ketika ditemui di Kampung Kubang Bujuk, di sini.
Tambahnya, sambutan Hari Natal ini antara yang paling seronok dan akan diingati sampai bila-bila.
"Banyak aktiviti yang dijalankan sepanjang berada di kandang kerbau itu dan paling seronok ketika dibawa bersiar-siar di kawasan paya dengan perahu sambil melihat kumpulan kerbau berkubang di paya berkenaan.
"Saya juga pertama kali berpeluang bermain dengan kerbau termasuk menyentuhnya selain menikmati hidangan tradisional kampung yang disediakan.
"Selalunya pada Krismas, kami makan masakan barat tetapi kali ini mencipta kelainan dengan menikmati hidangan yang disediakan keluarga Syukur yang bercirikan kampung," katanya.
Menurutnya, dia dan anak-anaknya memang merindui keluarga di Kuala Lumpur tetapi kerana terlalu seronok, kerinduaan itu terubat.
Sementara itu, Syukur berkata, dia berasa teruja apabila Eva sekeluarga sudi meluangkan masa bersamanya di kandang kerbau.
"Pertama kali keluarga dari Latvia berkunjung ke kandang kerbau kami dan lebih istimewa kerana mereka menyambut Krismas di sini.
"Sebelum ini pernah dikunjungi pelancong luar tetapi berbeza dengan kunjungan yang diterima kali ini pada Krismas," katanya.
Menurutnya, pengunjung yang datang ke kandang kerbau biasanya hanya untuk merakam gambar tetapi berlainan dengan keluarga itu yang datang untuk meraikan Krismas dengan aktiviti di kandang kerbau. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan HKK Hospital Kandang Kerbau.
|
|
|
|
|
|
|
|
arap dia tak ucapkan..."merry x'mas"..... |
|
|
|
|
|
|
|
Cam best jah rasa orang datang semata2 nak jumpa dek Syukur dan kerbau2. Feeling loved gittew iols tolong feeling untuk dek Syukur |
|
|
|
|
|
|
| |
|