Ombak besar serta angin kencang yang melanda sebahagian besar pantai di Terengganu bermula malam Jumaat mengakibatkan beberapa kawasan terjejas terutama di pesisir pantai.
“Fenomena air pasang tinggi menyebabkan sehingga ke atas jalan raya dan turut membadai kawasan kediaman. Ia turut menyebabkan sebuah keluarga di Pantai Mengabang Telipot, Kuala Nerus dipindahkan ke kawasan lebih selamat.
“Limpahan air laut turut berlaku di Pantai Teluk Lipat, Dungun serta jalan utama di pantai Seberang Takir yang membawa sebahagian sampah sarap, pasir dan batu kecil.