CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3592|Reply: 10

Tun Salleh Abas - Bekas Ketua Hakim Negara

[Copy link]
Post time 16-1-2021 10:38 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Syd at 16-1-2021 10:43 AM

Tun Salleh Abas pulang ke rahmatullah

Diterbitkan 16 Jan 2021, 8:46 am
Dikemaskini 10:13 am


Bekas ketua hakim negara Tun Dr Mohamed Salleh Abas pulang ke rahmatullah hari ini dalam usia 91 tahun.

Allahyarham meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu dinihari tadi.
Anak allahyarham, Ahmad Johari Salleh memaklumkan hal ini pada hantaran di media sosial.

"Semoga Allah mengampuninya dan meletakkan ruhnya di kalangan orang-orang yang beriman. Moga Allah kurniakannya jannatul firdaus,," katanya.

Seorang lagi anak Allahyarham, Natlrah ketika dihubungi Bernama mengesahkan Mohamed Salleh, 92, meninggal dunia akibat pneumonia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sheikh Ibrahim di Jalan Pusara, Kuala Terengganu,” katanya.

Sementara itu Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus, mengesahkan berita dukacita tersebut.

Sebelum ini Mohamed Salleh yang juga Pengerusi as-Salihin Trustee Berhad mendapat rawatan di ICU selepas disahkan positif Covid-19.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif as-Salihin Trustee Berhad Abdul Aziz Peru Mohamed memaklumkan hal itu pada 14 Jan lalu.

Salleh pernah bertugas sebagai pendakwaraya, dilantik sebagai hakim pada 1984 dan menjadi presiden Mahkamah Persekutuan yang terakhir pada 1988.

Pada tahun sama, ketika era pentadbiran Dr Mahathir Mohamad, jawatan presiden mahkamah tertinggi negara itu ditukar dan digantikan namanya menjadi ketua hakim negara.

Salleh disingkir sebagai ketua hakim negara oleh tribunal yang dibentuk selepas peristiwa pengharaman Umno pada 1988.
Sebagai pendakwa raya, Salleh terkenal dalam pendakwaan terhadap Sultan Iskandar Ismail pada tahun 1973 ketika seri paduka baginda menjadi putera mahkota.
Salleh turut menceburi bidang politik juga. Pada 1995, sebagai calon Semangat 46, dia bertanding kerusi parlimen Lembah Pantai, tetapi tewas kepada Shahrizat Abdul Jalil.

Pada tahun 1999, Salleh berjaya menang kerusi DUN Jertih sebagai calon PAS.

Salleh berasal dari Besut, Terengganu.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2021 10:45 AM | Show all posts
Di sebalik penggubalan draf Rukun Negara
August 19, 2020


KUALA LUMPUR: Rukun Negara bukan digubal tanpa difikirkan secara mendalam, tegas Tun Dr Mohamed Salleh Abas, seorang daripada tokoh yang membantu mendraf Falsafah Kebangsaan Negara itu pada 1970.

“Semua yang termaktub dalam Perlembagaan (Persekutuan); telah dikaji secara teliti dan telah difikirkan secara mendalam,” katanya dalam temu bual untuk dokumentari khas Bernama TV bertajuk ‘Rukun Negara: A Nation United’ (Rukun Negara: Sebuah Negara Bersatu).

Dokumentari dua episod itu diterbitkan oleh Bernama bersempena dengan ulang tahun ke-50 Rukun Negara yang akan disiarkan antara 31 Ogos sehingga 19 September di BernamaTV di Saluran 502  ASTRO, Njoi 502, UnifiTV 631 dan MyFreeView 121, selain laman Facebook rasmi BernamaTV dan saluran YouTube.

“… penulisan dan draf asalnya dibuat oleh saya,” kata Mohamed Salleh sambil tersenyum, yang ketika itu merupakan Peguam Cara Negara, tetapi kemudiannya dilantik menjadi Lord President (kini Ketua Hakim Negara) di Mahkamah Agung (kini Mahkamah Persekutuan).

Mohamed Salleh, yang menyambut ulang tahun ke-91 pada 25 Ogos, berkata ahli jawatankuasa yang mendraf Rukun Negara turut mengambil kira semua agama yang dianuti rakyat Malaysia dan semua peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata “Kepercayaan Kepada Tuhan” dipilih sebagai prinsip pertama dengan mengambil kira Perkara 3 dan 11 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 3 (1) menetapkan Islam adalah agama Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan secara aman dan harmoni di mana-mana kawasan dalam Persekutuan manakala Perkara 11 (1) menetapkan tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya, jelasnya.

Mohamed Salleh berkata ini telah menjadi asas keharmonian dalam kalangan rakyat  Malaysia selepas peristiwa rusuhan kaum berdarah pada 13 Mei 1969.

Ia bukan tugas mudah, khususnya, untuk mencari cara terbaik bagi menyatukan rakyat pelbagai kaum di negara ini, katanya dan menurutnya hasil atau kesan daripadanya dapat dilihat pada kejayaan mengekalkan keamanan sehingga kini.

“Rukun Negara patut dianggap sebagai roh yang mengikat rakyat bersama-sama dan bukan sekadar (sesuatu) untuk menjadikan Malaysia sebagai tempat untuk orang menjana pendapatan untuk hidup, menjadikan mereka kaya-raya dan kembali ke negara asal mereka, sesuatu seperti itu.

“Kini, kita mahu mereka terus kekal dan membina negara ini, supaya anda boleh lihat dalam keadaannya sekarang,” kata Mohamed Salleh yang isterinya Toh Puan Junaidah Wan Jusoh turut hadir pada temu bual itu  di rumah mereka di Setiawangsa di sini. Pasangan itu mempunyai lima anak.

Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos, 1970, oleh Yang di-Pertuan Agong keempat, Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin.

Lima prinsipnya, mengikut susunan adalah Kepercayaan Kepada Tuhan; Kesetiaan Kepada Raja dan Negara; Keluhuran Perlembagaan; Kedaulatan Undang-Undang; dan Kesopanan dan Kesusilaan.

Mohamed Salleh menegaskan Rukun Negara sepatutnya menjadi roh dan jiwa yang menjadikan rakyat sedar betapa pentingnya mengekalkan keharmonian dalam kalangan tiga kaum utama dan kaum-kaum lain di negara ini.

Beliau turut mengimbas beberapa tokoh yang terlibat mendraf Rukun Negara 50 tahun lepas, dan menyebut seorang daripada mereka – Allahyarham Tun Muhammad Ghazali Shafie, lebih popular dikenali sebagai King Ghaz, yang merupakan menteri dalam negeri ketika itu.

“… beberapa orang lagi saya tak ingat … ,” katanya.

Hasil semakan daripada maklumat arkib bahawa tokoh lain yang membantu mendraf Rukun Negara termasuk mendiang Tun Tan Siew Sin; Tan Sri Leonard Linggi Jugah; Tan Sri Kamarul Ariffin; Allahyarham Datuk Harun Idris dan Allahyarhamah Tan Sri Aishah Ghani.

Berikutan rusuhan kaum pada 13 Mei, 1969, Parlimen telah digantung dan Majlis Operasi Negara (NOC) ditubuhkan untuk mengembalikan keamanan dan kestabilan di dalam negara. Perdana Menteri Kedua Tun Abdul Razak Hussein mempengerusikan NOC.

NOC berperanan penting dalam mengumpulkan tokoh terpilih untuk membantu mendraf Rukun Negara, yang selain menggalakkan perpaduan dalam kalangan rakyat, mahu mengekalkan cara hidup demokratik; mewujudkan masyarakat saksama; memastikan pendekatan liberal diambil terhadap adat resam dan budaya; dan membangunkan masyarakat progresif berasaskan sains moden dan teknologi.

Mohamed Salleh berkata tugas mendraf Rukun Negara amat mencabar dengan ahli jawatankuasa perlu mencari idea tentang bagaimana untuk menyatukan semula rakyat selepas insiden rusuhan itu.

“Pernah berlaku keadaan yang amat cemas (bagi saya). Saya dipanggil oleh Ketua Polis Negara pada waktu itu (Tun Mohamed Salleh Ismael). Beliau kata kepada saya, tengoklah, setiap 10 minit kami terima laporan (mengenai) rumah terbakar dan gaduh-gaduh,” katanya.

Beberapa hari selepas berlakunya rusuhan itu, wujud keperluan untuk mendraf ordinan darurat, dan sekali lagi Mohamed Salleh dipanggil untuk menyediakannya.

Ditanya apa yang beliau rasakan mengenai rakyat dan Rukun Negara ketika ini berbanding di masa lalu, Mohamed Salleh berkata disebabkan rakyat kini menikmati keamanan, mereka cenderung untuk melupakan falsafah kebangsaan negara itu.

“Sekarang, saya fikir disebabkan keamanan yang mereka nikmati, mereka lupa akan Rukun Negara. Anda pergi tanya orang apa itu Rukun Negara; mereka tidak faham … kerana mereka ambil mudah perkara ini. Rukun Negara sudahpun, boleh saya katakan, telah tertanam dalam hati dan amalan semua orang di negara ini.

“Mereka ambil mudah, disebabkan ia sudah ada; tetapi tidak pernah mengambil inisiatif untuk menoleh ke belakang dan lihat bagaimana ia didraf, kenapa ia didraf, kenapa ia perlu ada. Anda tidak jumpanya dalam Perlembagaan, tetapi Rukun Negara adalah selaras dengan Perlembagaan,” jelasnya.

Pengerusi as-Salihin Trustee Berhad itu berkata adalah menjadi harapannya agar Rukun Negara terus dihormati dan dijadikan pegangan supaya Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang stabil tanpa ada sesiapa yang curiga antara satu sama lain.

Mohamed Salleh, yang berasal dari Besut, Terengganu, juga berharap generasi muda akan melebarkan sayap mereka di peringkat antarabangsa, belajar bersungguh-sungguh dan mendapat pendidikan baik; dengan itu orang akan lebih menghormati Malaysia. – BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
innalillahiwainnailaihirrajioun
pernah bekerjasama dgn arwah utk satu project, humble orgnya, ada waktu dia sgt tegas dan ada masa dia boleh buat lawak
semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman dan beramal soleh
takziah buat family
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2021 11:29 AM | Show all posts
Kes bunuh (manslaughter), rujuk Public Prosecutor v. Tunku Mahmood Iskandar [1977] 1 MLJ 128

Akhbar Berita Harian, 18 April 1977

Sekali lagi, Raja Azlan Shah menjadi hakim dalam kes rayuan dalam perbicaraan kes bunuh oleh Tunku Mahmood Iskandar. Pihak pendakwaan pada ketika itu ialah Mohammed Salleh Abbas yang telah dilucutkan jawatan sebagai Ketua Hakim Negara semasa krisis perlembagaan dan ketika Sultan Mahmood Iskandar masih menjadi Yang Dipertuan Agong.


Berbalik kepada kes bunuh ini. Mengikut fakta kes, pada 15 Oktober 1976 Tunku Mahmood Iskandar sedang memandu kapal terbang Cessna dari Johor Bahru ke Seletar bersama pemandu kedua, Tunku Osman. Kira-kira jam 3.30 petang mereka ternampak sebuah bot yang penuh dengan barang-barang bergerak laju menuju ke satu tempat di tebing Sungai Tebrau dimana terdapat 3 buah kereta sedang menunggu. Mengesyaki itu adalah bot penyeludup, Tunku Mahmood Iskandar mengelilingi bot itu dari jarak 500 kaki dari udara.

Kemudian, Tunku Mahmood mendaratkan kapal terbang di padang polo berhampiran dan berkejar ke arah keretanya yang terketak di sana.  Tunku Mahmood terus bergegas ke tebing sungai tadi di mana ketiga-tiga buah kereta telah pun mula bergerak. Tunku Mahmood Iskandar berteriak mengarahkan mereka berhenti. Kereta pertama dan kedua tidak berhenti tetapi kereta ketiga berhenti dan pemandunya keluar daripada kereta. Pada ketika inilah Tunku Mahmood Iskandar melepaskan tembakan mengenai kepala dan bahu kiri mangsa yang dikenali sebagai Teo Ah Bah. Mangsa mati di tempat kejadian.

Mahkamah mendapati Tunku Mahmood Iskandar bersalah dan dijatuhkan hukuman 6 bulan penjara dan denda $6,000.  Walau bagaimanapun, sama seperti kes yang berlaku pada tahun 1973, Tunku Mahmood Iskandar terlepas daripada hukuman apabila diampun oleh bapanya, Sultan Ismail.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2021 11:34 AM | Show all posts
KISAH TUN SALLEH

1. Apabila Kerajaan memberi bayaran ex-gratia kepada para hakim yang terlibat di dalam penyingkiran Tun Salleh Abas sebagai Ketua Hakim Mahkamah Malaysia, persoalan yang perlu dijawab ialah adakah ianya kerana Kerajaan kesal terhadap sesuatu yang berlaku di zaman sebelum Kerajaan ini berkuasa atau adakah ianya langkah terdesak untuk mengembalikan sokongan selepas keputusan buruk Pilihanraya Umum 2008.

2. Jika Kerajaan hari ini merasa kesal, bayaran ex-gratia (memandangkan tiada lagi perkataan yang lebih sesuai) sepatutnya dibuat selepas ianya mula berkuasa. Jelas sekali ia hanya merasa kesal baru-baru ini, selepas Menteri baru yang dipertanggungjwabkan ke atas hal-ehwal kehakiman (yang juga pernah digantung kerana penglibatan dalam politik wang) mencadangkannya sebagai langkah untuk memenangi hati Majlis Peguam.

3. Tetapi apakah yang menyebabkan perasaan kesal “politik” di pihak Kerajaan ini? Adakah kerana berlaku ketidak adilan? Atau adakah Kerajaan yang sebelumnya berlaku berat sebelah atau melanggar undang-undang?

4. Kebanyakan orang tahu tentang penyingkiran Tun Salleh tetapi tidak ramai yang mengambil berat tentang apa yang sebenarnya berlaku. Sesetengah pihak percaya yang tindakan terhadap Tun Salleh disebabkan cadangannya membentuk panel 12 hakim untuk mendengar rayuan terhadap keputusan Hakim Harun Hashim yang telah mendapati UMNO sebagai sebuah organisasi haram. Ada pihak lain yang percaya ianya kerana beliau tidak menyebelahi UMNO di dalam penghakimannya.

5. Tidak ada satu pun yang benar. Tun Salleh tidak berat sebelah terhadap Kerajaan. Dia telah menolak permohonan Lim Kit Siang di dalam kes yang melibatkan UEM dan Kerajaan, terhadap injunksi sementara yang dibuat mahkamah rendah di dalam keputusan penghakiman yang panjang yang dibuat olehnya sebagai Presiden Mahkamah Agong (sekarang Mahkamah Persekutuan). Di dalam kes-kes lain penghakiman beliau banyak berpihak kepada Kerajaan. Berkenaan dengan panel untuk mendengar rayuan terhadap keputusan Hakim Harun Hashim, panel yang lebih besar mungkin lebih baik bagi UMNO yang hanya mahukan pengesahan keputusan pemilihan yang akan menjadikan saya Presiden dan (Tun) Ghafar Baba Timbalan Presiden. Samada panel menolak atau menerima keputusan Hakim Harun, ianya tidak akan memberi kesan terhadap UMNO dan UMNO Baru.

6. Sebenarnya kes terhadap Tun Salleh tercetus kerana surat-suratnya kepada Yang di Pertuan Agong yang baginda anggap melanggar tatasusila serta menghina.

7. Di dalam surat pertamanya, Tun Salleh telah menulis kepada DYMM YDP Agong untuk mengadu berkenaan bunyi bising kerana kerja-kerja baikpulih di Istana YDP Agong yang terletak berdekatan dengan rumah Tun Salleh.

8. Ini sahaja boleh dianggap melanggar tatasusila. Seseorang yang begitu kanan kedudukannya boleh meminta izin untuk mengadap YDP Agong dan menyampaikan aduannya secara lisan.

9. Untuk memburukkan lagi perbuatan menghina Istana dia telah menghantar salinan suratnya kepada Raja-Raja lain. Ini seolah-olah menunjukkan yang dia tidak punyai keyakinan terhadap YDP Agong dan menghendakkan Raja-Raja Melayu lain untuk mengadakan tekanan terhadap YDP Agong.

10. Ini kemudiannya disusuli dengan satu lagi surat kepada YDP Agong yang mengadu berkenaan tindak-tanduk eksekutif iaitu Perdana Menteri. Salinan surat ini juga telah dihantar kepada Raja-Raja.

11. Di dalam surat ini, Tun Salleh telah menyatakan antara lain; “All of us (the judges) are disappointed with the various comments and accusations made by the Prime Minister against the judiciary not only outside but inside Parliament.” [Kami (para hakim) kecewa dengan pelbagai kenyataan dan tuduhan yang dibuat Perdana Menteri terhadap badan kehakiman bukan sahaja di luar malahan di dalam Parlimen]

12. Dia seterusnya berkata di dalam suratnya “the accusations and comments have brought shame to all of us and left us mentally disturbed to the extent of being unable to discharge our functions orderly and properly.” [tuduhan-tuduhan dan kenyataan-kenyataan yang dibuat telah memalukan kami semua dan telah meninggalkan kesan kekacauan mental sehinggakan kami tidak dapat menjalankan tugas kami dengan tertib dan teratur].

13. Dia menegaskan yang dia dan para hakim semua “do not like to reply to the accusations publicly because such action is not compatible with our position as judges under the Constitution …. And as such it is only proper for us to be patient in the interest of the nation.” [tidak mahu membalas secara terbuka tuduhan kerana tindakan tersebut tidak bersesuaian dengan kedudukan kami sebagai hakim di bawah Perlembagaan…dan oleh itu adalah lebih baik kami bersabar demi kepentingan Negara].

14. Kenyataan ini nyata tidak benar kerana sebelum surat tersebut diutuskan, di dalam satu ucapan di Universiti Malaya di mana dia dianugerah ijazah doktor kehormat, dia telah merungut berkenaan “the judiciary being placed in the social service category” (badan kehakiman ditempatkan di bawah kategori perkhidmatan sosial) dengan membuat kesimpulan bahawa ini tidak bertepatan dengan “the rule of law” (kedaulatan undang-undang) dan oleh itu “priority of the courts should be altered so that freedom is guaranteed and work is not disturbed” (keutamaan mahkamah harus diperbetulkan agar kebebasan dijamin dan kerja tidak terganggu).

15. Dia seterusnya berkata “the officers of the public service (i.e. judges) do not have a lesser role and function to play then the roles played by the politicians” (pegawai perkhidmatan awam iaitu para hakim tidak memainkan peranan yang kurang pentingnya berbanding yang dimainkan ahli politik).

16. Beliau juga berkata, “This matter becomes aggravated if the rights involved in a decision made by an official are related to judicial matters because this will result in a very important question that is interference with the independence of the judiciary” (Keadaan ini diburukkan lagi jika hak yang terlibat dalam keputusan yang dibuat para pegawai adalah berkaitan soal penghakiman kerana ini akan menimbulkan soalan penting iaitu campur tangan dalam kebebasan kehakiman.

17. Sekali lagi apabila berucap semasa melancarkan buku “Law, Justice and the Judiciary, Transnational Trends” Tun Salleh berkata, antara lain, “The vital constitutional principle is so settled that no question should really arise concerning the position of the judiciary under the Constitution. But recently this guardianship has been made an issue and our independence appears to be under some kind of threat.” (Prinsip Perlembagaan yang penting sudahpun termaktub oleh itu tidak timbul soal kedudukan kehakiman di bawah Perlembagaan. Tetapi baru-baru ini perlindungan ini telah menjadi satu isu dan kebebasan kita ternampak seolah-olah sedang dicabar) Beliau menambah, “This is amply borne out by some of the comments made recently which embarrassed the judiciary a great deal. These remarks not only question our neutrality and independence but the very value of it as an institution ….. Our responsibility of deciding the case without fear or favour …. does not mean that the court decision should be in favour of the Government all the time…….” (Ini terhasil daripada sesetengah kenyataan yang dibuat baru-baru ini yang telah benar-benar memalukan badan kehakiman. Kenyataan tersebut bukan sahaja mempersoalkan keberkecualian dan kebebasan kita, tetapi juga nilai badan kehakiman sebagai sebuah institusi…tidak semestinya keputusan mahkamah harus sentiasa menyebelahi Kerajaan)

18. Selain itu beliau menyambung, “the problem of maintaining judicial independence is further complicated by the fact that the judiciary is the weakest of all the three branches of the Government.” (Masalah mengekalkan kebebasan kehakiman dibuat lebih rumit kerana badan kehakiman adalah yang paling lemah diantara ketiga-tiga cabang Kerajaan).

19. “What matters most in order to enable us to save the system from disastrous consequences is that we judges must act with responsibility and dignity and not be drawn or tempted into an impulsive action which could only result in aggravating the situation.” (Apa yang penting untuk selamatkan system ini daripada malapetaka ialah kita para hakim mesti bertindak dengan penuh tanggungjawab dan hormat dan tidak dipengaruhi tindakan gelojoh yang mungkin akan memburukkan lagi keadaan)

20. Kedua-dua ucapan tersebut disampaikan pada 1hb Ogos 1987 dan 12hb Januari 1988. Tetapi surat Tun Salleh kepada YDP Agong bertarikh 26hb Mac 1988. Seperti yang saya nyatakan tadi adalah tidak benar beliau tidak bercakap berkenaan tuduhannya terhadap Kerajaan di hadapan khalayak ramai hanya kerana dia mempertahankan yang “tindakan tersebut tidak bersesuaian dengan kedudukan kami sebagai hakim di bawah Perlembagaan” dan “oleh itu adalah lebih baik kami bersabar demi kepentingan Negara”.

21. Semua kenyataannya di dalam dua ucapan yang disampaikan jelas mengandungi kecamannya terhadap Perdana Menteri dan Kerajaan, jauh lebih lama sebelum dianya menulis surat kepada YDP Agong.

22. Satu lagi perkara yang dibangkitkan di dalam suratnya kepada YDP Agong ialah “the accusations and comments have brought shame to all of us (judges) and left us mentally disturbed to the extent of being unable to discharge our functions orderly and properly.” [tuduhan-tuduhan dan kenyataan-kenyataan yang dibuat telah memalukan kami dan telah meninggalkan kesan kekacauan mental sehinggakan kami tidak dapat menjalankan tugas kami dengan tertib dan teratur].

23. Di bawah Seksyen 125 Perlembagaan Persekutuan, klausa (3) peruntukan untuk memecat hakim, selain daripada salahlaku termasuk ketidakupayaan tubuh badan atau pemikiran atau lain lain sebab, untuk menjalankan tugas-tugas jawatan dengan saksama.

24. Tun Salleh sendiri mengakui yang beliau tidak terdaya untuk melakukan tugas-tugasnya dengan teratur dan tertib. Oleh itu beliau tidak layak untuk terus menjadi hakim.

25. Seksyen 125, klausa 4 memperuntukkan kuasa YDP Agong melantik Tribunal dan boleh atas nasihat Tribunal menyingkirkan hakim daripada kedudukannya.

26. Kedua-dua surat daripada Tun Salleh dianggap YDP Agong sebagai tidak sesuai dan menghina terutamanya kerana salinannya dihantar kepada Raja-Raja Melayu lain.

27. Di dalam salah satu daripada mesyuarat mingguan saya dengan YDP Agong, baginda telah menyatakan ketidak puasan hatinya terhadap surat-surat tersebut dan telah meminta saya menyingkir Tun Salleh Abas daripada jawtan Ketua Hakim Negara. Baginda telah menulis sendiri permintaan baginda di ruangan tepi (margin) surat pertama Tun Salleh berkenaan dengan bunyi bising daripada kerja-kerja yang sedang dijalankan di kediaman YDP Agong.

28. Bagi YDP Agong ianya adalah perkara mudah. Baginda yang melantik Ketua Hakim dan mempunyai hak untuk menyingkirkan beliau. Saya fikir adalah lebih baik bagi saya merujuk perkara ini ke Kabinet dan nasihat Peguam Negara didapati.

29. Saya mengaku rungutan Tun Salleh terhadap saya di dalam suratnya juga menimbulkan ketidak puasan hati saya. Adalah benar yang saya telah mengkritik hakim-hakim kerana mentafsir undang-undang yang dilulus Kerajaan yang tidak menepati matlamat atau objektif undang-undang itu. Saya ada mencadangkan bahawa jika undang-undang yang ditafsirkan berlainan lain daripada matlamat asal sepertimana yang Kerajaan dan penggubal undang-undang harapkan, maka undang-undang tersebut akan dipinda. Di dalam satu mesyuarat Kabinet saya berseloroh dengan memetik kata-kata Shakespeare, “The first thing we do we hang the lawyers.” (Pertama sekali kita gantung semua peguam). Hanya orang yang dungu sahaja akan mengambil bulat-bulat apa yang saya katakan. Tetapi rupa-rupanya para peguam dan hakim telah merasa tersinggung akan apa yang saya kata dan telah menganggap saya sebagai musuh mereka (yang akan menggantung mereka agaknya!).

30. Saya juga telah mengkritik hakim kerana menggubal undang-undang sendiri menerusi tafsiran mereka dan kemudiannya mengguna tafsiran mereka untuk rujukan. Saya percaya pemisahan kuasa bermakna penggubal undang-undang akan menggubal undang-undang manakala hakim akan menggunapakai undang-undang tersebut. Sudah tentu jika undang-undang digubal melanggar peruntukan perlembagaan, yang merupakan undang-undang tertinggi Negara, maka hakim bolehlah menolaknya.

31. Didapati juga sesetengah hakim menolak membicarakan kes-kes melibat hukuman mati, dan diserah secara tidak adil kepada hakim-hakim lain.

32. Kebanyakan pakar undang-undang berpendapat “It is not wrong for any member of the public or the administration to criticise the judiciary. Justice is not a cloistered virtue.” (Tidak salah bagi sesiapa samada dianya orang awam atau ahli pentadbiran untuk mengkritik kehakiman. Keadilan bukan kesucian yang terkurung) - Peter Aldridge Williams QC

33. Penulis di atas juga telah memetik McKenna J “There is no difference between the judge and the Common Man except that one administers the law and the other endures it” (Tidak ada perbezaan di antara hakim dan orang ramai kecuali yang satu mentadbir undang-undang dan yang satu lagi menerima kesannya).

34. Tetapi Tun Salleh berpendapat bahawa saya cuba menghakis kebebasan kehakiman apabila saya menyatakan pandangan saya bagaimana hakim mengecewakan matlamat asal penggubal undang-undang.

35. Menerusi pelbagai sumber saya dengar akan kemarahan hakim-hakim terhadap saya. Tetapi saya tidak mengambil apa-apa tindakan, jauh sekali untuk menyingkir Tun Salleh. Saya hanya bertindak apabila YDP Agong menyatakan rasa tidak puas hati berkenaan dua surat tersebut.

36. Kabinet bersetuju yang peruntukan perlembagaan haruslah dipatuhi. Oleh itu saya telahpun menasihatkan YDP Agong bahawa Tun Salleh hanya boleh disingkir jika YDP Agong melantik Tribunal untuk mendengar segala rungutan terhadapnya (Tun Salleh) dan membuat cadangan kepada YDP Agong.

37. Selepas YDP Agong bersetuju, Kerajaan memilih enam hakim dan bekas hakim untuk pertimbangan YDP Agong. Ahlinya termasuk hakim Negara asing yang diwakili Yang Arif Hakim K.A.P. Ranasinghe, Ketua Hakim Sri Lanka dan Yang Arif Hakim T.S. Sinnathuray, Hakim Kanan Mahkamah Agong Singapura.

38. Pengerusi tribunal ialah Hakim Besar (Malaya), Tan Sri Dato Abdul Hamid bin Hj Omar. Lain-lain ahli terdiri daripada Dato Sri Lee Hun Hoe, Hakim Besar (Borneo) dan dua orang bekas hakim iaitu Tan Sri Abdul Aziz bin Zain dan Tan Sri Mohd Zahir bin Ismail.

39. Penyertaan hakim asing adalah untuk mempastikan yang tribunal tidak mengambil sikap berat sebelah.

40. Malangnya Tun Salleh Abas enggan hadir di hadapan Tribunal. Sebaliknya dia mengharapkan yang rakan-rakannya akan cuba untuk menghalang keputusan Tribunal daripada disampaikan kepada YDP Agong.

41. Apa yang dilakukan kelima-lima hakim yang bersimpati kepadanya sudah tentu melanggar apa yang Tun Salleh utarakan semasa berucap di majlis pelancaran “Law, Justice and the Judiciary. Transnational Trend” apabila dia berkata; “we as judges must act with responsibility and dignity and not be drawn or tempted into any impulsive action which could only result in aggravating the situation” (kita para hakim mesti bertindak dengan penuh tanggungjawab dan terhormat dan tidak dipengaruhi tindakan gelojoh yang mungkin akan memburukkan lagi keadaan).

42. Kelima-lima hakim tersebut telah mengenepikan peraturan dan prosidur dan keperluan untuk mendapat kelulusan Pemangku Ketua Hakim, disamping menunggu keputusan Hakim Ajaib Singh di atas perkara yang sama. Sebaliknya mereka membatalkan persidangan mahkamah di Kota Bahru yang telah dijadualkan untuk mereka dan telah mngadakan persidangan Mahkamah Agong di Kuala Lumpur untuk mendengar aplikasi Tun Salleh Abbas untuk mengenepikan prosiding bagi menentukan kedudukannya.

43. Lima hakim Mahkamah Agong yang diketuai Tan Sri Wan Sulaiman mendengar aplikasi ex-parte oleh peguam Tun Salleh, berehat seketika, dan kemudiannya kembali dan sebulat suara mengeluarkan arahan menghentikan Tribunal daripada menyerahkan apa-apa cadangan, laporan atau nasihat berkenaan siasatan kepada YDP Agong.

44. Berikutan itu, pemangku Ketua Hakim telah menubuhkan satu panel lima hakim Mahkamah Agong untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Wan Suleiman.

45. Saya ingin ulangi yang walaupun Tun Salleh mengkritik saya secara terbuka, saya tidak mengambil sebarang tindakan terhadapnya. Saya hanya berbuat demikian setelah dia menghina YDP Agong dan baginda meminta supaya dianya disingkirkan. Tentulah akan ada yang berkata bahawa saya telah mempengaruhi YDP Agong. Tetapi selama 22 tahun saya tidak pernah melibatkan Raja-Raja di dalam politik atau masalah peribadi. Rekod tertera untuk sesiapa menelitinya.

46. Saya amat mengambil berat terhadap penyingkiran Tun Salleh secara paksa. Saya telah cuba dapatkan Tun Salleh untuk meletak jawatan bagi mengelak sebarang skandal. Pada mulanya dia bersetuju, tetapi telah menarik balik keesokan harinya.

47. Saya telah mendapatkan kelulusan keahlian Tribunal. Saya telah mendapat nasihat Peguam Negara dan pihak lain yang rapat dengan hakim-hakim. Setelah Tribunal ditubuhkan, penglibatan saya berakhir.

48. Apabila Tun Salleh dan hakim-hakim yang lain diberhentikan perkhidmatan mereka, mereka tidak sepatutnya menerima pencen. Tetapi selepas menerima rayuan Peguam Negara, saya bersetuju yang mereka dibayar pencen penuh. Mereka tidak mengalami apa-apa kerugian wang ringgit dan pencen mereka dikira daripada tarikh mereka meninggalkan jawatan.

49. Inilah fakta bekaitan penyingkiran Tun Salleh. Beliau dan rakan-rakan hakimnyalah yang telah membawa penghinaan kepada badan kehakiman.

50. Saya menulis untuk merekodkan peristiwa sebagaimana ianya berlaku. Saya tidak harap pengkritik saya akan berhenti menuduh saya menghancurkan badan kehakiman. Mereka pendakwa saya dan mereka juga adalah hakim saya. Bagi mereka saya tetap Idi Amin Malaysia sebagaimana yang di dakwa Tun Salleh di dalam bukunya “May Day for Justice”. Malangnya ramai yang begitu tersedia mengutuk saya terdiri daripada hakim-hakim.


https://dr-chedet.blogspot.com/2008/06/tun-salleh-saga.html
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2021 11:43 AM | Show all posts
Kisah ini bermula apabila;

26 September 1986: Tun Mahathir, PM ketika itu turut memegang jawatan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah menggantung permit pengedaran The Asian Wall Street Journal (AWSJ) selama tiga bulan dan dua orang wartawan AWSJ yang bertugas di Kuala Lumpur, John Peter Berthelsen dan Rafael Roy Pura diusir keluar dari Malaysia kerana penerbitan rencana mendedahkan skandal salahlaku kewangan yang berlaku dalam Kerajaan.

Mereka berdua memohon di Mahkamah Tinggi agar perintah usir itu diketepikan.

Hakim Tan Sri Harun Hashim meluluskan permohonan Pura tetapi menolak permohonan Berthelsen.

11 November 1986: Mahkamah Agung menerima rayuan Berthelsen dan mengetepikan keputusan kerajaan membatalkan permit kerja Berthelsen dengan alasan bahawa peluang untuk didengar harus diberikan kepada wartawan itu.

24 November 1986: Dalam satu wawancara Majalah Time, Tun Mahathir mengkritik keras institusi kehakiman kerana Hakim mentafsir undang-undang tidak mengikut kehendak Parlimen yang membuat undang-undang.

11 Disember 1986: Lim Kit Siang memfailkan kes terhadap Tun Mahathir yang menghina Mahkamah sepertimana yang tersiar dalam wawancara Majalah Time.

Hakim Tan Sri Harun Hashim menolak permohonan itu, namun beliau ada berkata bahawa Perdana Menteri keliru dengan konsep pemisahan kuasa dan keperluan badan kehakiman yang bebas dalam sistem demokrasi.

24 April 1987: Tun Mahathir menang tipis iaitu majoriti hanya 43 undi mengalahkan Tengku Razaleigh Hamzah dalam perebutan jawatan Presiden Umno.

Dalam Pemilihan Umno tahun 1987, berlakunya pertembungan yang amat sengit antara Team A yang dipimpin oleh gandingan Tun Mahathir dan Tun Ghafar Baba ditentang oleh Team B yang dipimpin oleh gandingan Tengku Razaleigh dan Tun Musa Hitam.

Keputusan pemilihan ini akhirnya berpihak kepada Team A. Oleh sebab Team B tidak berpuas hati dengan kekalahan dalam pemilihan tersebut, Umno 11 (sekumpulan ahli Umno) yang pada asalnya 12 orang telah memfailkan kes di Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan pengisytiharan pemilihan Umno dibatalkan dan dibuat pemilihan baru kerana wujudnya ‘pengundi hantu’ iaitu 78 orang perwakilan daripada cawangan yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

25 Ogos 1987: Mahkamah Agung telah membenarkan rayuan Lim Kit Siang untuk menghalang United Engineers (M) Berhad (UEM), daripada menandatangani satu perjanjian dengan Kerajaan Malaysia untuk pembinaan dan pengswastaan Lebuh Raya Utara Selatan.

02 Oktober 1987: Dalam ucapan di Kota Bharu, Kelantan, Tun Mahathir telah menyamakan Badan Kehakiman dengan cawangan perkhidmatan Kerajaan seperti pihak Tentera dan Perkhidmatan Awam.

05 Oktober 1987: Hakim V C George menolak permohonan prosiding oleh UEM dan Kerajaan bagi mengenepikan injunksi interlokutori yang diberi oleh Mahkamah Agung.

Kes ini dibicarakan kembali di Mahkamah Agung dengan keputusan majoriti 3 lawan 2 bahawa Plaintif, Lim Kit Siang, tidak mempunyai locus standi dengan UEM oleh itu, saman tersebut tidak dapat diteruskan.

03 Disember 1987: Tun Mahathir membentangkan Rang Undang-undang Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 1987 bagi memperkukuhkan kawalan Kerajaan terhadap media.

Akta ini juga mengatakan dengan jelas bahawa “sebarang keputusan Menteri untuk menolak memberi atau membatalkan atau menggantungkan sesuatu lesen atau permit adalah muktamad dan tidak boleh dicabarkan oleh mana-mana Mahkamah atas apa juga alasan.”

RUU ini telah muncul sebagai tindak balas serta merta kepada keputusan Hakim Tan Sri Harun Hashim dalam kes Persatuan Aliran Kesedaran Negara v Minister of Home Affairs di mana Yang Arif Hakim telah memutuskan bahawa budi bicara Menteri untuk menolak sesuatu permohonan untuk lesen penerbitkan satu majalah yang diterbitkan dua minggu sekali tertakluk kepada semakan kehakiman.

04 Februari 1988: Dalam keputusan yang amat mengejutkan banyak pihak, Hakim Tan Sri Harun Hashim dengan beraninya memutuskan beliau tiada pilihan melainkan mengisytiharkan Umno sebagai pertubuhan yang tidak sah kerana wujudnya beberapa cawangan yang tidak didaftarkan dan dianggap tidak sah di bawah Akta Pertubuhan 1966. Umno pun diharamkan.

Namun, Umno 11 tetap membuat rayuan kepada Mahkamah Agung kerana mereka bukannya mahu mengharamkan Umno tetapi mahu pemilihan Umno dibuat semula.

Dua minggu selepas itu, Team A pimpinan Tun Mahathir mendaftarkan parti Umno Baru’ manakala Team B pimpinan Tengku Razaleigh menubuhkan parti Semangat 46 iaitu merujuk tahun penubuhan Umno asal pada 1946.

Tun Mahathir berjaya mengambilalih Umno asal dan membuang perkataan ‘Baru’ pada nama parti baru yang didaftarkannya.

09 Mac 1988: Hakim Peh Swee Chin telah membenarkan permohonan untuk habeas corpus dan memerintahkan supaya Karpal Singh dibebaskan dan dilepaskan dari tahanan ISA dengan serta merta.

Karpal Singh ditahan dalam Ops Lalang yang dilancarkan pada 27 Oktober 1987. Dalam operasi ini, seramai 106 ahli politik ditahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

17 Mac 1988: Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan dibentangkan oleh Tun Mahathir di Parlimen.

Dalam ucapan pembentangan, beliau meneruskan siri serangan terhadap institusi Kehakiman Negara.

Pindaan Perkara 121 (1) Perlembagaan inilah yang telah menyebabkan Institusi Kehakiman Malaysia kehilangan kuasa.

Sebelum pindaan itu, Perkara 121(1) Perlembagaan menyatakan, kuasa kehakiman Persekutuan terletak pada mahkamah.

Pindaan yang baru ini menyatakan kuasa kehakiman Persekutuan adalah setakat mana yang ditentukan oleh undang-undang Perlembagaan dan hal ini menjadikan mahkamah seperti berada di bawah Parlimen.

Maka, prinsip utama negara demokrasi iaitu ‘Independence of Judiciary’ dan ‘Separation of Power’ telah dilanggar secara nyata oleh Tun Mahathir.

25 Mac 1988: Rentetan daripada itu, 20 orang Hakim Mahkamah Agung dan Mahkamah Tinggi telah bermesyuarat untuk mencari jalan mengatasi ketegangan antara badan Kehakiman dan Eksekutif.

Dalam mesyuarat tersebut dipersetujui sebulat suara supaya Tun Salleh Abas sebagai Ketua Hakim Negara menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memaklumkan tentang adanya ketegangan antara badan Kehakiman dengan Eksekutif.

Surat keramat bertarikh 26 Mac 1988 itu turut dihantar salinannya kepada sekalian Ahli Majlis Raja-Raja Melayu.

Antara isi surat tersebut ialah;
“All of us (the judges) are disappointed with the various comments and accusations made by the Prime Minister against the judiciary not only outside but inside Parliament.”

17 Mei 1988: Tun Salleh Abas pulang dari luar negara atas urusan menjalani rawatan dan menunaikan umrah.

24 Mei 1988: The Lord President (Ketua Hakim Negara), Tun Salleh Abas memutuskan korum penuh panel 9 Hakim Mahkamah Agung akan mendengar rayuan kes Umno 11 pada 13 Jun 1988.

25 Mei 1988: Tun Mahathir menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong menasihatkan Baginda supaya Tun Salleh dipecat kerana “salah laku”. Kemudian dicadangkan juga penubuhan sebuah Tribunal untuk membicarakan Tun Salleh. Yang di-Pertuan Agong bersetuju atas nasihat Perdana Menteri.

27 Mei 1988: Tun Salleh dipanggil bertemu Tun Mahathir di Pejabat PM. Dalam pertemuan itu Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghaffar dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sallehuddin Mohammed turut hadir juga.

Tun Mahathir meminta Tun Salleh meletakkan jawatan dengan sendiri, jika enggan beliau akan dihadapkan di Tribunal untuk dipecat. Tun Salleh enggan berundur lalu beliau pun digantung tugas.

Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Hamid Omar dilantik sebagai Pemangku Ketua Hakim Negara.

28 Mei 1988: Tun Salleh mengutus surat kepada PM menyatakan kesediaan beliau meletakkan jawatan Ketua Hakim Negara dan menghabiskan cuti berkuatkuasa serta merta.

PM menyatakan persetujuan terhadap permohonan Tun Salleh.

29 Mei 1988: Tun Salleh berfikir semula dan menarik kembali surat perletakan jawatan beliau.

Dalam satu wawancara media BBC, beliau mendedahkan bahawa PM mengarahkannya meletakkan jawatan atas tuduhan berat sebelah dalam kes Umno.

Beliau turut mengeluarkan kenyataan media rasmi pada hari yang sama.

03 Jun 1988: Tun Salleh mendesak agar Tribunal yang ditubuhkan bagi membicarakan beliau itu terdiri daripada sekurang-kurangnya sama taraf kelayakan kehakiman dan perbicaraan seharusnya dijalankan secara terbuka.

11 Jun 1988: Penubuhan secara rasmi Tribunal Pertama setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Pengerusi: Tan Sri Abdul Hamid Omar (Pemangku Ketua Hakim Negara)
Ahli:
a) Tan Sri Abdul Aziz Mohamed Zain (bekas Hakim Mahkamah Persekutuan)
b) T.S. Sinnathuray (Hakim Mahkamah Agung Singapura)
c) Tun Mohd Zahir Haji Ismail (Yang di-Pertua Dewan Rakyat),
d) Justice K.A.P Ranasinghe Hakim Besar Sri Langka
e) Tan Sri Lee Hun Hoe (Hakim Besar Borneo)

21 Jun 1988: Raja Aziz Addruse, Peguamcara bagi pihak Tun Salleh telah menulis surat kepada Setiausaha Tribunal Pertama menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka atas komposisi Tribunal Pertama.

Hal ini kerana mereka akan membicarakan Ketua Hakim Negara sedangkan ahli tribunal itu berpangkat lebih rendah daripadanya.

Tan Sri Abdul Hamid Omar mempunyai konflik kepentingan kerana beliau yang akan dilantik menjadi Ketua Hakim Negara yang baru apabila Tun Salleh disingkirkan.

Tun Zahir adalah Speaker Dewan Rakyat, ini bercanggah dengan prinsip pemisahan kuasa.

Tan Sri Abdul Aziz pula menjalankan perniagaan dan seterusnya memiliki Sijil Amalan Guaman sebagai Peguambela dan Peguamcara.

28 Jun 1988: Tiada maklumbalas daripada pihak Tribunal Pertama terhadap surat peguamcara Tun Salleh.

Maka, Tun Salleh membuat keputusan untuk memfailkan permohonan ke Mahkamah Tinggi bagi memperolehi Perintah Penggantungan prosiding untuk menahan Tribunal Pertama daripada meneruskan siasatan dan mengemukakan laporan dan cadangannya.

Prosiding ini telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan ditetapkan untuk pembicaraan pada 1 Julai 1988.

29 Jun 1988: Tribunal Pertama menolak penangguhan prosiding Tun Salleh dan tidak mengendahkan berkenaan pemfailan prosiding penggantungan di Mahkamah Tinggi.

30 Jun 1988: Tribunal Pertama selesai menjalan prosiding. Terdapat empat pertuduhan yang dikenakan terhadap Tun Salleh;
a) Ucapan beliau di Universiti Malaya pada 1 Ogos 1987,
b) Ucapan beliau di Universiti Malaya pada 12 Januari 1988,
c) Penangguhan kes Teoh Eng Huat v Kadhi Pasir Mas yang melibatkan pilihan agama seorang di bawah umur
d) surat Tun Salleh kepada Yang di-Pertuan Agong bertarikh 26 Mac 1988

02 Julai 1988: Persidangan Khas Mahkamah Agung yang terdiri daripada 5 orang Hakim telah sebulat suara membenarkan permohonan Tun Salleh untuk penggantungan terhad yang menahan Tribunal Pertama daripada mengemukakan Laporan, cadangan dan nasihatnya kepada Yang di-Pertuan Agong sehingga perintah seterusnya.

Lima orang Hakim yang bersidang tersebut adalah;
a) Tan Sri Wan Suleiman bin Pawanteh
b) Datuk George Edward Seah
c) Tan Sri Mohd. Azmi bin Kamaruddin
d) Tan Sri Eusoffe Abdoolcader dan
e) Tan Sri Wan Hamzah bin Mohd. Salleh.

05 Julai 1988: Pemangku Ketua Hakim Negara Tan Sri Hamid Omar telah berunding dengan Perdana Menteri kemudian membuat cadangan secara bertulis kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menyingkirkan kelima-lima hakim yang menganggotai korum bagi perbicaraan pada 2 Julai 1988.

06 Julai 1988: Kelima-lima hakim Mahkamah Agung yang terbabit dalam perbicaraan 2 Julai digantung tugas. Hal ini menyebabkan Mahkamah Agung tidak dapat berfungsi kerana 6 daripada 10 hakimnya telah digantung tugas.

07 Julai 1988: Tribunal Pertama menghantar Laporan kepada Yang di-Pertuan Agong dan mencadangkan pemecatan Tun Salleh.

08 Ogos 1988: Surat rasmi pemecatan jawatan diterima oleh Tun Salleh

12 Ogos 1988: Penubuhan secara rasmi Tribunal Kedua setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi menyiasat 5 Hakim Mahkamah Agung.
6 orang Ahli Tribunal Kedua itu ialah;
a) Pengerusi: Tan Sri Hashim bin Yeop Sani, Hakim Mahkamah Agung
b) Mark Damian Hugh Fernando, Hakim Mahkamah Agung Sri Lanka
c) Tan Sri Edgar Joseph Jr, Hakim Mahkamah Tinggi Malaya
d) P. Coomaraswamy, Hakim Mahkamah Tinggi Singapura
e) Datuk Haji Mohd Eusoff bin Chin, Hakim Mahkamah Tinggi Malaya
f) Dato’ Lamin bin Haji Mohd Yunus, Hakim Mahkamah Tinggi Malaya

30 Ogos 1988: Setelah dibantah, Pengerusi Tribunal Kedua, Tan Sri Hashim menarik diri lalu diganti oleh Tan Sri Edgar Joseph. Tribunal diteruskan dengan korum 5 orang.

23 September 1988: Tribunal Kedua menyerahkan laporan kepada Yang di-Pertuan Agong. Mereka berpendapat Tan Sri Wan Suleiman dan Datuk George Seah bersalah dan wajar dipecat manakala Tan Sri Azmi, Tan Sri Eusoffe Abdoolcader dan Tan Sri Wan Hamzah tidak bersalah dan dikembalikan jawatan asal mereka.

Begitulah kronologi titik hitam yang tidak akan dapat dipadam daripada rekod sejarah sistem kehakiman negara ini.

Pada 17 April 2008, Perdana Menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menyatakan kekesalan kerajaan dan mengumumkan pembayaran ex-gratia kepada Tun Salleh dan 5 Hakim yang terbabit.

Ironinya, si pelaku utama kisah ini iaitu Tun Mahathir tidak pun pernah meminta maaf atas kesilapan itu.

Apa yang beliau tahu, hanyalah menyalahkan pihak lain iaitu pemecatan Tun Salleh atas aduan daripada Yang di-Pertuan Agong ketika itu Almarhum Sultan Iskandar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-1-2021 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah selamat dikebumi.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2021 02:41 PM | Show all posts
Satu kes kesan sampingan akibat suntikan vaksin yang mengakibatkan kelumpuhan telah dibawa ke mahkamah oleh mangsa suntikan vaksin. Lihat keputusan penghakiman oleh Mahkamah Tinggi  Kuala Lumpur:

Malayan Law Journal Unreported/2016/Volume/Muhammad Muhaimin Bin Yauza & Ors v JK Maizatulniza Binti Mat Jais & Ors - [2016] MLJU 333 - 25 February 2016
[2016] MLJU 333


Muhammad Muhaimin Bin Yauza & Ors v JK Maizatulniza Binti Mat Jais & Ors
HIGH COURT (KUALA LUMPUR) DI HADAPAN YANG ARIF DATO' HAJI MOHD YAZID BIN HAJI MUSTAFA JCA

GUAMAN NO: 21NCVC-05-03/2013 25 February 2016

Tun Saleh Abbas for the complainant.
Fathin Najwa binti Idris for the complainant.
Mohd Hafiz Abdul Haris for the complainant.

Azalina binti Mahmud for the respondent.
Puan Zurina Abdul Rahman for the respondent.


...................................................................................


[51] Saya memutuskan pada 03.11.2010 tiada izin diperolehi sama ada daripada Plaintif Pertama atau Plaintif Kedua sebelum Plaintif Pertama disuntik ATT. Ekoran daripada itu, wujudnya kecuaian di pihak sekolah dengan menghantar Plaintif Pertama ke kiinikkesihatan untuk disuntik dengan suntikan ATT. Pihak sekolah sepatutnya menyiasat kenapa Plaintif Pertama menghilangkan diri pada 01 dan 02.11.2010. Defendan Kelima dan Keenam sepatutnya menanyakan Plaintif Pertama tentang keadaan kesihatan beiiau dan mengapakah beiiau pergi ke hospital pada 02.11.2010.

[52] Walaupun pihak sekolah menerima surat bertarikh 22.10.2010 daripada Kiinik Kesihatan, pihak sekolah sepatutnya memastikan Plaintif Pertama adalah sihat untuk membolehkan beiiau disuntik dengan suntikan ATT. Tindakan Plaintif Pertama, yang memprotes dengan menghilangkan diri pada 01.11.2010 dan pergi ke hospital pada 02.11.2010 memerlukan Defendan Keempat membuat siasatan sebelum bertindak mengumpul Plaintif Pertama bersama- sama rakan-rakannya yang beium lagi membuat suntikan ATT untuk dihantar ke kiinik kesihatan.

[53] D6 dan D7 tidak dapat melepaskan tanggungan Defendan Keempat dan Defendan Kelima daripada kecuaian. Saya mendapati surat- surat tersebut bukan merupakan surat izin daripada penjaga Plaintif Pertama yang membenarkan Plaintif Pertama menerima suntikan ATT.

[54] Defendan Kelima pada semua masa yang material adalah sebuah badan berkanun yang
menaungi/mengelola dan mempunyai kuasa pentadbiran terhadap Defendan Keempat dan bertanggungan secara tindakan (vicarious liability) terhadap apa-apa salah laku atau tortious act yang dilakukan oleh Defendan Keempat.

[55] Saya merumuskan Defendan Keempat dan Kelima turut sama bertanggungan (contributed) ke atas kecacatan kekal yang dialami oleh Plaintif Pertama ekoran daripada suntikan ATT atas kadar 50%.

[56] Ekoran daripada itu saya memutuskan liabiliti kedua-dua pihak iaitu Defendan Pertama. Kedua, Ketiga adalah bertangungan 50%. Manakafa Defendan keempat dan Kelima juga bertanggungan 50% ke atas kecacatan yang dialami oleh Plaintif Pertama.

[57] Berdasarkan alasan-alasan di atas, saya memutuskan Defendan-Defendan didapati 100%
bertanggungan ke atas kecederaan kekai yang diaiami oleh Plaintif Pertama. Dengan itu saya membenarkan tuntutan Plaintif-Plaintif ke atas Defendan-Defendan dengan kos sebanyak RM10,000.00 dan memerintahkan gantirugi ditafsirkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

Nota Kaki:

1. Yang Arif Hakim menetapkan pehak defenden membayar kos pengurusan perbicaraan RM10,000.00 kepada pehak plaintif.

2. Yang Arif Hakim telah memerintahkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi menetapkan jumlah gantirugi yang mesti dibayar kepada plintif oleh defenden.


link :

https://themalaysianviral.blogsp ... untikan-vaksin.html

https://www.cljlaw.com/bulletin/?CLJBulletin;2016;39;b;#COTW102


cc Dr @ipes2



Nota:

Tun Salleh Abas, peguam pertama yang urus kes vaksin dan menang.

Kes diambil oleh arwah secara probono, iaitu secara percuma.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2021 03:21 PM | Show all posts
May Day For Justice - Tribut buat Tun Salleh Abas

Razman Abdul Rahim
Januari 16, 2021 14:10 MYT


Bagi Allahyarham Tun Salleh Abas, kisah pemecatan sebagai Ketua Hakim Negara daripada pandangan dan kaca mata adalah satu titik hitam dalam kehidupannya.

TUN Dr Mohamed Salleh Abas merupakan tokoh yang tidak asing lagi dalam dunia perundangan dan akademik.

Beliau dikenali sebagai bekas Ketua Hakim Negara yang banyak menghasilkan penghakiman yang sarat dengan falsafah perundangan dan padat dengan analisis terutama mengenai implikasi sesuatu peruntukan undang-undang kepada masyarakat.

Dalam bidang penulisan pula, beliau dikenali sebagai tokoh akademik dan intelektual yang banyak menghasilkan buku-buku ilmiah termasuk Prinsip Perlembagaan & Pemerintahan di Malaysia, Pilihan Raya Malaysia dan buku terkenal May Day For Justice: The Lord President’s Version (hasil tulisan bersama penulis terkenal, K Das) yang menceritakan kisah pemecatan beliau sebagai Ketua Hakim Negara pada tahun 1988.

Buku May Day For Justice merupakan karya yang perlu dibaca dan difahami oleh masyarakat umum untuk mengetahui mengenai kes pemecatan sebagai Ketua Hakim Negara pada tahun 1988 dari sudut pandangan beliau.

Pertama kali mendengar nama “Tun Salleh Abas” adalah semasa penulis sedang menuntut dalam bidang perundangan di universiti.

Kisah pemecatan beliau sebagai Ketua Hakim Negara merupakan salah satu kisah yang perlu difahami oleh pelajar undang-undang untuk mengetahui perkembangan penting dalam sejarah perundangan Malaysia dan krisis Perlembagaan.

Penulis juga telah memilih untuk melanjutkan pelajaran di University of Wales, Aberystwyth setelah membaca biografi Allahyarham Tun Salleh Abas yang mana beliau juga memperoleh ijazah sarjana muda undang-undang dari universiti tersebut.

Setelah lama mencari buku May Day For Justice, penulis akhirnya “berjaya” mendapatkan senaskhah buku tersebut dari kedai buku terpakai di United Kingdom dan dipos terus ke Malaysia dengan harga yang sangat berpatutan.

Setelah selesai membaca kisah pemecatan Tun Salleh Abas sebagai Ketua Hakim Negara dalam buku May Day For Justice dan juga buku-buku tulisan Tun Salleh Abas yang lain yang dimiliki, terdetik di hati penulis untuk menemui sendiri Tun Salleh Abas bagi mengetahui dengan lebih mendalam mengenai peristiwa pemecatan beliau dan mendapatkan pandangan beliau mengenai perkembangan isu-isu semasa.

Dengan izin Allah SWT, penulis akhirnya berpeluang berjumpa secara bersemuka dengan Tun Salleh Abas dan dijemput ke rumahnya yang terletak di Kuala Lumpur pada bulan Ogos 2017.

Pada hari dan masa yang ditetapkan, penulis disambut oleh pemandu Tun Salleh Abas dan terus dibawa ke dapur oleh sebab Tun Salleh Abas pada masa itu sedang makan tengah hari.

Tanpa berlengah, Tun Salleh Abas menjemput penulis untuk makan bersama dan penulis “ditemu ramah” mengenai latar belakang peribadi oleh beliau.

Setelah selesai makan tengah hari, kami terus berbincang secara mendalam mengenai pelbagai isu termasuk pemecatan beliau sebagai Ketua Hakim Negara, isu perundangan dan isu-isu semasa dalam negara.

Dalam isu pemecatan, beliau banyak menceritakan pengalaman yang dilaluinya dan bagaimana beliau mencorak kembali kehidupan selepas dipecat.

Dalam kesempatan ini, penulis mengambil peluang untuk bertanyakan soalan-soalan bagi beliau memperincikan lagi kes tersebut.

Beliau konsisten dalam mempertahankan kes pemecatan beliau seperti yang dirungkaikan dalam buku May Day For Justice.

Beliau juga menceritakan aktiviti-aktiviti yang dilakukan selepas pemecatan termasuk kembali beraksi semula di mahkamah sebagai peguam bagi meneruskan kehidupan.

Dalam membincangkan isu-isu semasa pula, Tun Salleh Abas terbuka dalam menerima pandangan berbeza daripada orang yang lebih muda yang mana penulis hanya berumur 4 tahun semasa Tun Salleh Abas dipecat sebagai Ketua Hakim Negara pada tahun 1988.

Perbezaan umur dan pengalaman antara kami tidak menghalang beliau dari menjawab semua soalan yang dikemukakan dengan sabar dan penuh berhemah.

Sifat sabar dan berhemah inilah yang ditunjukkan oleh beliau sepanjang perjumpaan kami.

Pada akhir perjumpaan ringkas tersebut, beliau sempat menandatangani buku May Day For Justice milik penulis dengan kata-kata “I hope the reading of this book will benefit for the good of the country and law” [Saya harap pembacaan buku ini dapat memberi manfaat kepada negara dan undang-undang].

Bagi Tun Salleh Abas, kisah pemecatan sebagai Ketua Hakim Negara daripada pandangan dan kaca mata adalah satu titik hitam dalam kehidupannya.

Kes tersebut mendapat pelbagai reaksi dari semua pihak mengikut kefahaman masing-masing.

Hasilnya, terdapat juga buku yang diterbitkan dengan mengemukakan hujah bagi menjustifikasikan pemecatan tersebut seperti buku karangan Sir Peter Alderidge Williams bertajuk “Judicial Misconduct”.

Masyarakat boleh membuat penilaian tersendiri mengenai kes ini berdasarkan buku-buku dan maklumat yang ada.

Sebagai rakyat Malaysia, sama ada kita bersetuju atau tidak dalam isu pemecatan beliau sebagai Ketua Hakim Negara, itu adalah hak dan pandangan individu masing-masing.

Setiap kisah dan isu mempunyai pandangan dan sisi yang berbeza mengikut kefahaman setiap individu.

Pandangan berbeza tidak sepatutnya menjadi penghalang kepada masyarakat berilmu untuk menilai dan mengambil pendirian tersendiri mengikut kefahaman yang dianuti.

Apa yang penting adalah kita meraikan perbezaan pendapat dan kemukakan pandangan yang berbeza dengan penuh hormat dan berhemah berlandaskan nilai-nilai murni.

Walau apapun pendapat kita mengenai kes pemecatan ataupun pandangan beliau tentang isu-isu perundangan, penulis berpendapat, kita semua boleh bersetuju bahawa Tun Salleh Abas telah memberikan banyak sumbangan kepada negara khususnya dalam perkembangan perundangan Malaysia dan telah berusaha menyampaikan ilmu perundangan kepada masyarakat melalui hasil tulisan beliau untuk dibaca dan dihayati oleh setiap lapisan masyarakat.

Diharapkan buku-buku beliau di ulang cetak untuk memastikan ilmu yang disampaikan tidak ditelan zaman.

Sebelum mengakhiri tribut ringkas ini, penulis ingin mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Tun Salleh Abas, semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya.


Al-Fatihah...


* Razman Abdul Rahim merupakan penasihat undang-undang di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur. Beliau merupakan graduan undang-undang dari University of Cambridge dan University of Durham serta memperoleh Bar-at-Law dari Inner Temple, London.
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 06:45 AM | Show all posts
Syd replied at 16-1-2021 02:41 PM
Satu kes kesan sampingan akibat suntikan vaksin yang mengakibatkan kelumpuhan telah dibawa ke mahkam ...

thank you for the tag

vaccine apa dan dimana disuntik nya, ie anatomically

apa2 pun, untuk memberi vaccine:
1) pastikan penerima adlah sihat.. jika  ada flu ke, viral illness walaupun sgt mild: jgn diberi
2) tidak ada history of allergies pada vaccine yg akan diberi atau componentnya
3) wujud consent: no consent = no treatment
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 12:03 PM | Show all posts
Syd replied at 16-1-2021 10:45 AM
Di sebalik penggubalan draf Rukun Negara
August 19, 2020

Al fatihah,

Rukun negara ditulis dgn sgt hebat. Sayang now je org tak peduli pun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.062479 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list