CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1583|Reply: 1

Perangi Rasuah Menerusi Kuliah Agama, Khutbah Jumaat, Kata ABIM

[Copy link]
Post time 2-2-2021 09:13 AM | Show all posts |Read mode

Angkatan Belia Islam Malaysia berkata, usaha menyeluruh membabitkan semua pemimpin agama perlu supaya pendidikan agama yang mencegah kemungkaran dan dosa rasuah dapat dipupuk.


FMT

PETALING JAYA: Raja-raja Melayu disaran memanfaatkan kuliah agama dan khutbah Jumaat untuk membantu meningkatkan kesedaran masyarakat dalam usaha menolak rasuah dan salah laku.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, kuliah agama dan khutbah Jumaat berupaya memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesedaran umat Islam untuk menolak gejala negatif itu.

“Isu rasuah ini secara langsung dapat menyentuh aspek pendidikan dan kesedaran untuk semua pihak menyokong cadangan penambahbaikan undang-undang dan penguatkuasaannya dalam membasmi amalan rasuah,” katanya dipetik Sinar Harian.

Beliau berkata, usaha menyeluruh membabitkan semua pemimpin agama perlu diwujudkan supaya pendidikan agama yang mencegah kemungkaran dan dosa rasuah dapat dipupuk sejak kecil lagi.

Katanya, kesedaran itu juga perlu membabitkan semua peringkat, bermula dari kanak-kanak, sekolah rendah, menengah dan golongan dewasa.

“Secara tidak langsung, ia usaha berterusan untuk membentuk nilai bangsa Malaysia sebagai bangsa yang menolak rasuah,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2021 11:08 AM | Show all posts
Pendidikan anti rasuah perlu disemai bermula di peringkat sekolah rendah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.141825 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list