CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2918|Reply: 5

PUTERI CHAMPA SANGGUP JADI “MAK LAMPIR” DEMI MENGHIDUPKAN SEMULA KEKASIHNYA

[Copy link]
Post time 2-2-2021 02:19 PM | Show all posts |Read mode
PUTERI CHAMPA SANGGUP JADI “MAK LAMPIR” DEMI MENGHIDUPKAN SEMULA KEKASIHNYA

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan seorang pelakon veteran terkenal, Farida Pasha, telah meninggal dunia pada 16 Januari 2021 akibat COVID-19. Beliau sangat popular dengan watak Mak Lampir dalam drama bersiri Misteri Gunung Berapi pada tahun 1998. Wataknya itu sampai sekarang masih diingati oleh budak-budak 90-an di Indonesia dan tiada siapa yang boleh menggantikannya.

Sebut je pasal Mak Lampir, pasti korang akan teringat dengan seorang wanita hodoh, berambut putih dan mempunyai wajah yang sangat seram. Cerita rakyat atau mitos Mak Lampir ini sangat terkenal di Indonesia sehingga mereka mengadaptasikannya dalam drama bersiri yang berjudul “Misteri Gunung Merapi”.

Disebalik wajah seramnya, terselit satu kisah sedih yang mungkin ramai diantara kita tak tahu kenapa dia menjadi sangat hodoh dan kusut-masai. Oh ye, dengar cerita Mak Lampir sampai sekarang hidup lagi dan menghantui masyarakat lagi-lagi yang sedang hangat bercinta. Takpe takyah pening kepala, kerana kami akan huraikan tentang kisah Mak Lampir ini.

Kalau korang nak tahu, Mak Lampir ini pada usia mudanya ialah seorang….

Puteri jelita dari Kerajaan Champa yang jatuh cinta dengan kumbang




Menurut lagenda, Mak Lampir ialah seorang puteri jelita dari keturunan kerajaan kuno Vietnam Champa atau nama lainnya, “Chiem Tanh“. Nama asal Mak Lampir ketika menjadi gadis jelita ialah Siti Lampir Maemunah. Nama pun sudah cantik apatah lagi dengan sikapnya yang lemah-lembut, bersopan-santun dan sangat pemalu.

Pada usia dewasanya, Siti Lampir mempunyai keinginan untuk jatuh cinta dengan seorang pemuda dan hajatnya dimakbulkan selepas dia berjumpa dengan seorang pengembara, Datuk Panglima Kumbang. Untuk pengetahuan korang, Datuk Panglima Kumbang merupakan seorang bangsawan terkaya pada masa itu.

Rupa-rupanya, dia dan Datuk Panglima Kumbang ni saling suka sama suka, kiranya cinta tak bertepuk sebelah tangan lah! Namun, hangat cinta mereka membara sekejap je kerana ibu bapa Datuk Panglima Kumbang tak merestui mereka untuk berkahwin. Selepas itu, dia merajuk lalu pergi ke Gunung Marapi, Jawa Tengah, Indonesia untuk bertafakur selepas direject oleh orang tua lelaki yang diminatinya.



Kalau korang nak tahu, Gunung Merapi ialah gunung berapi yang masih aktif.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-2-2021 02:19 PM | Show all posts
Semasa Siti Lampir lepak di Gunung itu, dia telah berjumpa dengan seorang mahaguru dan menjadi anak muridnya. Mahaguru itu bernama Nenek Serintil dan dia mempunyai ilmu sakti kebal dari aliran hitam Anggrek Jingga (kategori ilmu sakti haa macam tula).

Dia telah diajarkan oleh mahaguru itu ilmu sakti sehingga dia berjaya menjadi seorang manusia kebal. Haa di sinilah dia dapat nama Mak Lampir kerana penduduk gunung sangat takut dengan kuasa yang dia miliki.

Di sebalik kekuatan Mak Lampir, terselit satu kisah sedih iaitu….
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2021 02:20 PM | Show all posts
Cinta Mak Lampir ditolak oleh Panglima Kumbang kerana muka hodohnya

Walaupun Mak Lampir masih merajuk dengan Datuk Panglima Kumbang, tetapi hangat cintanya masih membara. Jadi, Mak Lampir berhasrat untuk mencari kekasih hatinya di seluruh alam termasuk alam bunian tetapi tidak jumpa.

Namun, hati Mak Lampir luluh selepas mendapat berita tentang kematian Datuk Panglima Kumbang akibat tewas di medan peperangan. Tapi, ada juga yang berkata Mak Lampir dapat bertemu semula dengan Datuk Panglima Kumbang di medan peperangan tetapi belum lagi habis perang, kekasihnya itu telah meninggal dunia.


Ada sebab kenapa muka Mak Lampir menjadi hodoh, meh baca dulu.

Mak Lampir sangat menyayangi Datuk Panglima Kumbang dan dia tidak sanggup melihat orang dicintai pergi buat selamanya. Mendengar berita sedih itu, Nenek Serintil telah memberikan dia satu kuasa sakti iaitu menghidupkan semula kekasihnya dan ahli tenteranya dengan syarat, wajah jelita dia akan berubah menjadi hodoh.


Bayangkan betapa besarnya pengorbanan Mak Lampir.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2021 02:21 PM | Show all posts
Meskipun wajahnya hodoh, Mak Lampir yakin Datuk Panglima Kumbang akan menyukainya dengan hati terbuka. Tapi lain pulak jadinya kerana Datuk Panglima Kubang tidak suka dengan wajah buruknya sehingga menganggap Mak Lampir ni seorang pengganas. Apa lagi, Mak Lampir pun menyimpan dendam tak kesudah dan berjanji dengan dirinya untuk menghapuskan Datuk Pangilma Kubang dan ahli tenteranya itu.

Untuk menentang kekasihnya, dia telah pergi semula ke Gunung Merapi dan berjumpa dengan jin untuk mendapatkan kuasa sakti lebih hebat. Selepas dapat kuasa, apa lagi dia bantailah Datuk Panglima Kumbang dan ahli tenteranya itu sampai meninggal dunia. Pergaduhan pasangan kekasih ini dikenali sebagai “Petempuran Ghaib“.


Mak Lampir ni kira OP la masa lawan dengan Datuk Panglima Kubang ni.

Sejak itu, Mak Lampir sangat ditakuti oleh penduduk sekitar Pulau Jawa kerana dia memiliki kuasa sakti hebat seperti jin. Dia juga bersemayam di sekitar Pulau Jawa untuk mendapatkan lagi kuasa lain supaya menjadi lebih kuat.

Mak Lampir turut menjadikan Gunung Merapi sebagai tempat tinggalnya serta mendirikan kerajaan ghaib yang sangat kebal di situ. Lagenda mengatakan, dia hidup di dunia selama beratus tahun sehingga sekarang dan menganggu pasangan sejoli yang berasmara di sekitar Gunung Merapi.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2021 02:22 PM | Show all posts
Nusantara menyimpan pelbagai legenda yang telah sebati dengan masyarakatnya

Kisah Mak Lampir ni boleh dikatakan sebahagian saja dari banyak lagenda dan mitos yang berlegar di Alam Melayu – Nusantara. Kami juga sebelum ni pernah tulis pasal kisah mistik Nyi Roro Kidul – Sang Penguasa Pantai Selatan Jawa (korang boleh baca di sini).

Malah, Malaysia tak kurang kisahnya di mana kita selalu je dengar pasal legenda Nenek Kebayan, Naga Tasik Chini, Sang Kelembai dan sebagainya. Apa yang pasti, legenda – legenda ini terus memainkan peranan tersendiri dalam perjalanan budaya dan gaya fikir masyarakat setempat. Ia juga kadang-kadang boleh dikomersialkan dalam bentuk drama dan filem, macam Mak Lampir ni.

Cumanya, korang yang baca artikel ni, pernah ke tak tengok drama Mak Lampir?

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 12:21 AM | Show all posts
iol igt ke zuraida mak lampir ni..


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.566355 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list