View: 4630|Reply: 8
|
3 Zaman Kehidupan Sebelum Nabi Adam
[Copy link]
|
|
3 Zaman Kehidupan Sebelum Nabi Adam
Membahas kehidupan sebelum Nabi Adam memang sesuatu yang amat misteri tetapi tidak ada salahnya kalau kehidupan itu di telusuri dari pelbagai keterangan sebagai sebuah kesimpulan untuk menunjukkan sesuatu kehidupan yang pernah ada sebelumnya.
Kehidupan di mulakan dengan adanya penciptaan Alam yang jelas terakam dalam Al Qur'an Surah Arrum ayat 37 yang maksudnya, "Dan Dialah yang menciptakan (manusia) dari permulaan, kemudian mengembalikan (menghidupkan)nya kembali, dan menghidupkan kembali itu adalah lebih mudah bagi-Nya. Dan bagi-Nya-lah sifat yang Maha Tinggi di langit dan di bumi; dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
Senada dengan ayat ini iaitu QS Yunus:34, QS Al Anbiya:30&104, QS Al Buruuj:13.
Banyak teori Tentang Penciptaan Asal usul Alam diantaranya : Teori "BIG BANG, TEORI BIG CRUNCH, TEORI OSCILLATING INIVERSE.
Ternyata teori ini banyak kemiripan dengan ayat-ayat diatas.
Permulaan Kehidupan
Dari sinilah bermula Kehidupan Alam yang selanjutnya terjadi Proses Penciptaan Makhluk Hidup yang mendiaminya.
Ini boleh di lihat dalam QS Al Baqarah:30 yang maksudnya, "Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
LALU PERTANYAANNYA, SIAPA MAKHLUK CIPTAAN ALLAH SWT YANG PERNAH BERADA DI BUMI SEBELUM NABI ADAM a.s.?
Ada beberpa pendapat sahabat dan Ulama Tafsir dalam menfsirkan ayat di atas.
Dalam kitab Tafsir al-Qur’an al-Adzim jilid I hal 91-93 Ibnu Katsir mengemukakan beberapa pendapat dari Sahabat, Tabiin an para ulama.
Ibnu Abbas berkata, “Yang pertama menempati bumi adalah bangsa jin, lalu mereka berbuat kerosakan dan saling membunuh, lalu Allah mengutus Iblis membunuh mereka dan bangsanya hingga mereka terperosok ke daerah-daerah pegunungan dan laut. Kemudian Allah menciptakan Adam untuk ditempatkan di muka bumi."
Abu Ja’far al-Rozi meriwayatkan dari al-Rabi’ bin Anas dari Abu al-Aliyah saat menafsirkan ayat di atas berkata, “Allah menciptakan malaikat di hari Rabu, meciptakan jin di hari Khamis dan menciptakan manusia di hari Jum’at. Lalu bangsa jin melakukan kerosakan, maka para malaikat turun memerangi mereka. Oleh kerana itu, malaikat mengetahui sifat mereka yang melakukan kerosakan, sehingga ketika Allah akan menciptakan manusia, Malaikat bertanya: “Apakau Engkau akan menciptakan orang yang akan melakukan kerosakan di muka bumi?”
Mujahid dan Abdullah bin Amr berkata, “Jin dan keturunannya tinggal di bumi 2000 tahun sebelum diciptakannya Adam. Mereka melakukan kerosakan di bumi dan saling membunuh, lalu Allah mengutus tentera dari bangsa Malaikat dan memerangi mereka hingga mereka tercampak ke lautan, oleh karena itu malaikat bertanya hal itu saat Allah akan memberitahu akan menciptakan manusia.
Mubarok bin Fadholah dari al-Hasan berkata, “Allah berkata kepada malaikat bahawa Dia akan menciptakan khalifah di atas bumi, lalu Allah memberitahu bahawa sifat manusia yang akan diciptakannya begini dan begini, kemudian Malaikat bertanya, "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" (Pendapat ini juga disokong oleh Qotadah dan Abdurrozak bin Ma’mar).
Ibnu Jarir berkata, “Timbulnya pertanyaan malaikat tersebut setelah Allah memberitahu malaikat tentang sifat manusia dan Allah mengizinkan malaikat untuk bertanya. Lalu Allah menjawab "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”
Bagi umat Islam, kita harus berkeyakinan ini hanyalah pendapat yang diambil dari ahli tafsir, bahawa bangsa Atlantis atau pun Dinasti Rama bukanlah dari ras manusia keturunan Adam.
Dialah yang dinamakan 3 umat terdahulu sebelum Nabi Adam iaitu:
- Banul Jan
- Banul Ban
- Dan Izajil
Perlu dicatat bahwa Makhluk pra-sejarah atau yang sering di sebut manusia purba bukanlah nenek moyang zaman sekarang! Nenek moyang kita adalah Nabi Adam.
Manusia purba adalah makhluk sebelum Nabi Adam namun bukan manusia seperti kita, lebih dekat kita sebut sebagai Primat, mereka mempunyai otak tapi tidak berfikir, melainkan berfungsi seperti haiwan.
Apa itu Banul Jan, Banul Ban dan Azajil?
Sebelum nabi Adam turun ke bumi, diceritakan bahawa yang mendiami bumi ini adalah bangsa jin yang dikelompokkan menjadi Abal Jan dan Banul Jan.
Abu Jaan atau bapa seluruh jin, adalah awal mula dari Banul Jan atau anak jin baik yang sampai ke akhir zaman.
Banul Jan adalah penghuni kedua sebelum bangsa manusia lahir ke bumi. Iblis ketika itu belum lahir ke bumi dan kelahiran Iblis generasi ke empat kenabian dari bangsa jin.
Jin diciptakan dari sejenis api, tubuhnya tidak mampu dilihat oleh seluruh makhluk, kecuali yang di kehendaki oleh Allah SWT.
Jin terbang sesuka hati dan awal kehidupannya di syurga dan sehingga akhirnya hidup dan mati di bumi.
Izajil adalah bangsa Iblis dan dari Jin inilah keturunan Iblis lahir dengan di beri kelebihan serta kepandaian oleh Allah SWT.
2 Kelompok Jin yang berseteru
2 kelompok Jin terus berperang dan tidak pernah bersahabat, lalu akhirnya Allah memerintahkan malaikat yang bernama Azajil memimpin para malaikat Jibril, Mikail, Izroil dan malaikat yang lain, untuk menakluk Abal Jan dan Banul Jan dibumi.
Kemudian, setelah ditakluki akhirnya Allah menciptakan nabi Adam.
Diantara Azajil, Malaikat dan manusia, Adam diberikan ilmu oleh Allah kerana tujuannya untuk dijadikan khalifah dibumi.
Setelah diuji ternyata yang lulus dari ujian tersebut adalah nabi Adam lalu semuanya diperintahkan Allah untuk sujud sebagai memberi tanda penghormatan kepada Adam, namun akhirnya semua sujud kecuali Azajil (bangsa Iblis) kerana mereka sombong dan membangkang perintah Allah SWT.
Manusia tidak diciptakan dibumi, tapi manusia dijadikan khalifah di bumi, sebagai pengganti tentunya ada yang di ganti.
Adam bukan makhluk pertama dibumi dan Allah tidak mengatakan untuk mengganti manusia sebelumnya, tapi pengganti makhluk di bumi, iaitu Abal Jan dan Banul Jan.
Mereka itu adalah penghuni bumi sebelum manusia. Bentuk tak jauh berbeza dengan manusia, maka anda boleh buktikan bahawa makhluk selain manusia, mempunyai badan yang sama seperti manusia, iaitu Banul Jan, keturunan Jin.
Juga Banul Ban anak turun Dedemit, maka ketika bumi rosak oleh mereka, diusir bahkan dibasmi oleh malaikat, hingga mereka berlari mencari tempat yang jauh dari anak Adam.
Ditinjau dari segi Arkeologi
Jika pembaca antara yang percaya kewujudan Dinosaur, anda juga adalah salah seorang antara jutaan manusia yang percaya wujudnya hidupan sebelum Nabi Allah, Adam a.s. Kemungkinan ramai antara pembaca semua tidak sedar hakikat ini bukan?
Persetujuan daripada ahli arkeologi menyatakan bahawa tamadun pertama yang wujud di muka bumi adalah tamadun Mesopotamia iaitu sekitar 4000BC.
Jika sekarang kita berada di tahun 2018, ini bermakna tamadun Mesopotamia adalah berusia; 4000BC+2018AD=6018 tahun
Arkeologi sepakat menyatakan bahawa kepupusan secara besar-besaran Dinosaur adalah pada 65 juta tahun yang lampau.
Kepupusan adalah suatu titik di mana sesuatu spesies lenyap tanpa meninggalkan keturunan. Inilah yang berlaku kepada Dinosaur.
Eskavasi di tapak arkeologi yang menempatkan tulang-tulang Dinosaur kebanyakannya mempunyai tarikh Karbon-12 yang berusia 65 juta tahun yang lalu.
Namun, apa yang mengejutkan sebenarnya adalah tarikh kepupusan iaitu pada 65 juta tahun yang lampau itu, berbanding dengan permulaan tamadun manusia yang hanya bermula 4000BC, ia bagaikan langit dengan bumi berbanding tarikh kepupusan Dinosaur.
Bagaimana pula tarikh permulaan hidupan Dinosaur? Bagaimana pula dengan usia Bumi?
Apabila difikirkan daripada logik akal dan logik nakli, sememangnya terdapat hidupan sebelum turunnya Adam a.s. ke bumi.
HARI-HARI TERAKHIR BUMI SEBELUM TURUNNYA ADAM - MUHAMMAD ISA DAWUD
Cendiakiawan agama terutama Muhammad Isa Dawud (MID) percaya bahawa terdapatnya hidupan sebelum penciptaan Adam.
Dalam buku bertajuk "Siapa penghuni Bumi Sebelum Manusia" karya MID, ada persoalan yang dibangkitkan iaitu bagaimana malaikat tahu bahawa hamba Allah yang bakal dicipta nanti (Adam dan keturunannya) akan membuat ‘kerosakan’ dan ‘menumpah darah’ (berperang).
Ini membuktikan sudah ada kehidupan makhluk lain sebelum manusia yang telah diturunkan syariat Islam, cuma bezanya makhluk sebelum Adam berbeza dari segi jasad dan kemampuan intelektual.
Namun, mereka derhaka kepada Allah SWT selepas Allah melimpahkan kemewahan dunia kepada mereka. Akibat kebiadapan mereka menyekutukan, Allah SWT telah mengazab mereka dengan ‘kiamat’ untuk keseluruhan mereka sehingga tidak tertinggal walau sedikitpun.
Gambar (di atas) Saintis menunjuk uranium-uranium yang terurai (lihat batuan kuning) yang dianggarkan berusia jutaan tahun yang lampau di Oklo, Afrika.
Menurutnya ijtihad MID, perpecahan dan peperangan atom sudah terjadi dan menyaksikan kerosakan bumi yang teruk dan hanya beberapa tempat yang selamat.
Ledakan itu jugalah yang menghancurkan sebahagian besar peninggalan peradaban sebelum Adam.
Beberapa manuskrip dari Sweeden turut dilampirkan sebagai bukti walaupun ia masih dalam perdebatan para cendekiawan.
Adakah selepas tamatnya zaman dinosaur, kemudian muncul pula zaman jin?
JIN PENGHUNI BUMI SEBELUM MANUSIA
Masih lagi berpandukan pada hujah MID dalam bukunya, disini kita boleh merenung serta membahaskan beberapa fakta dan hujah yang dikemukakan oleh beliau. MID menegaskan bahawa, Iblis adalah bangsa Jin yang dididik oleh malaikat sehingga alim seperti malaikat, namun sifat takabburnya telah membuatkan Allah murka dan melaknatnya sehingga akhirat.
Dengan itu, Iblis berikrar akan berusaha menyesatkan anak-anak Adam dan kisah ini diriwayatkan oleh Imam At-Tabari.
Taurat Kuno menyebut sebuah lagenda yang mengatakan semasa penghijrahan Nabi Musa a.s. bersama 70 orang Bani Israel, sebahagian pengikut Musa telah melihat gambar-gambar yang aneh di dasar Sungai Nil.
Dari gambaran penglihatan mereka gambar-gambar itu mengisahkan kehidupan peradaban sebelum kedatangan Adam.
Namun, Nabi Musa melarang mereka untuk melengah-lengahkan perjalanan kerana bimbang tentera Firaun akan sempat mengejar mereka.
Pengikut-pengikut Musa yang telah melihat gambar-gambar itu telah menulisnya di dalam manuskrip-manuskrip dan diwarisi oleh anak cucu mereka.
Fakta serta hujah berkenaan dengan kemampuan jin dalam menghasilkan teknologi atom dan fusion turut dikemukakan oleh MID.
Persoalannya disini ialah, adakah kesan radioaktif yang ditemui di beberapa buah lokasi di dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini merupakan suatu 'peninggalan' dari tamadun spesis makhluk yang disebut sebagai 'jin'?
MID mengakhiri hujah dalam bukunya dengan satu kesimpulan yang kukuh:
“Nabi Adam telah turun ke bumi sejak berjuta-juta tahun yang dahulu dan sebelum turunnya Adam, bumi telah dihuni oleh makhluk mukallaf yang juga diturunkan syariat agama iatu Jin.
"Bangsa Jin telah membangunkan peradaban-peradaban yang moden sehingga menuntut mereka engkar terhadap seruan Allah. Mereka (Jin) bertelagah sesama sendiri sehingga terjadinya ledakan atom yang menghancurkan sebahagian besar peninggalan peradaban mereka.
"Kemudian Adam diturunkan dan dalam masa yang sama Allah memperkenankan doa para Jin yang mahukan diri mereka tidak dapat dilihat oleh manusia.
"Maka Muhammad Isa Dawud ingin memahamkan kita peradaban yang maju yang tersisa hingga sekarang itu ialah peninggalan bangsa Jin kerana hanya golongan jin yang dapat terbang ke langit, hidup di lautan dan berlari sepantas kilat.”
PENEMUAN YANG MENGEJUTKAN
Rangka berusia 10,000 tahun, Young Hol Chan.
Pada tahun 2006, dua orang penyelam Jerman secara tidak sengaja menemui rangka manusia yang mempunyai saiz kanak-kanak.
Dua penyelam ini sebenarnya ingin menjelajah satu Cenote di Mexico, iaitu lubang besar yang ditenggalami air disebabkan oleh luluhawa dan perubahan rupabumi. Rangka kanak-kanak itu ditemui dalam satu gua di dalam Cenote tersebut.
Rangka kanak-kanak ini ditemui di gua bawah tanah dekat Tulum, Mexico, digelar Young Hol Chan, telah diakui oleh pakar-pakar arkeologi sebagai rangka kanak-kanak tertua yang pernah ditemui di benua Amerika. Rangka itu berusia 10,000 ribu tahun!
Berbanding dengan usia tamadun pertama iaitu sekitar 6010 tahun, rangka ini sebenarnya telah membuka kunci rahsia tentang ‘manusia’ sebelum kedatangan Nabi Adam a.s.
Rangka berusia 26,000 tahun, Red Lady.
Pada 1823, seorang professor Geologi di Universiti Oxford, William Buckland telah menemui rangka manusia yang dianggar berusia kira-kira 18,000 tahun di sebuah gua di Goat’s Hole Cave di Pavillon, Gower. Di gua inilah rangka itu dijumpai.
Namun, baru-baru ini para pakar telah sekali lagi membuat kajian mengenai usianya dengan menggunakan alatan terkini dan apa yang mengejutkan adalah usia sebenarnya adalah 4,000 tahun lebih tua daripada yang diketahui dahulu iaitu 26,000 tahun!
Gambar 600 lukisan purba di Lascaux Cave di Dordogne River Valley, Perancis telah direkodkan mempunyai usia 17,000 tahun. Ia ditemui tidak sengaja oleh dua orang remaja pada 1940.
MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI
Manusia telah awal-awal lagi, Allah SWT nyatakan bahawa sebagai wakil Allah SWT di muka bumi, namun makhluk yang dicipta sebelum Nabi Adam adalah makhluk misteri.
Ada kemungkinan menyerupai manusia, ada pula kemungkinan menyerupai haiwan akan tetapi yang pasti adalah mereka telah melakukan kerosakkan di muka bumi. Antara kerosakan yang pernah mereka lakukan adalah peperangan dan perebutan kuasa.
Baru-baru ini, saintis bergitu terkejut dengan penemuaan rangka-rangka manusia yang bergelimpangan di Mohenja-Daro di Lembah Indus.
Apabila diselidik, rangka tersebut telah dicemari dengan radioaktif akibat letusan nuklear. Apakah makhluk purba pernah menggunakan senjata canggih sehingga menghuru-harakan bumi Allah swt ini?
Bagaimana dengan Dinosaur? Dinosour adalah haiwan yang berkemungkinan wujud sebelum wujudnya ‘makhluk’ yang melakukan kerosakan tersebut.
Ini bermakna, sebelum wujudnya Adam a.s. sebagai khalifah di muka bumi, telah wujud berpuluh-puluh makhluk yang Allah SWT wakilkan di muka bumi ini.
Namun sayangnya, mereka semua leka dengan nikmat Allah SWT dan akhirnya musnahlah tamadun mereka diazab Allah.
Akhirnya, manusia adalah wakil terakhir Allah SWT di muka Bumi ini dan kita sebagai umat Muhammad pula adalah khalifah terakhir daripada wakil terakhir Allah SWT di muka bumi sebelum Allah ‘sediakan’ kiamat untuk kita semua.
Sesungguhnya, Adam a.s. bukanlah makhluk pertama tetapi ia adalah manusia pertama di muka bumi.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kalo la adam ni xkena tendang dari syurga dh tentu2 kite umat manusia sedang bersenang lenang di syurga
|
|
|
|
|
|
|
|
bahaya berfikiran mcm tu....
|
|
|
|
|
|
|
|
iols masa study kt uitm dulu ada jumpa buku ttg makhluk bumi sblum adam.tp tak berani baca sampai abis takut terpesong hahahah masa tu kan budak akal tak panjang. ye la kita dr kecil.diajar manusia pertama kat muka bumi ni Nabi Asam.
tapi iols ada pikir gak. kita belajar sejarah kat ada sebut zaman paleolitik, mesolitik.manusia zaman tu kan purba tk tau apa2 cuma reti memburu je.tp zaman nabi Adam dah boleh bercucuk tanam, bela haiwan hingga Allah perintahkan Habil dan Qabil korbankan binatang ternakan |
|
|
|
|
|
|
|
piao replied at 16-2-2021 12:50 PM
bahaya berfikiran mcm tu....
ibarat dia buat onar org lain yg kena tanggung sampai ke hari ini
dh la xbole beri syafaat kepada manusia
nasib baik ada junjungan besar rasulullah saw untuk beri syafaat kepada manusia jaminan syurga |
|
|
|
|
|
|
|
miss_white replied at 16-2-2021 09:14 PM
ibarat dia buat onar org lain yg kena tanggung sampai ke hari ini
dh la xbole beri syafaat kepada ...
tapi kalau cicak boleh je sampai skrg dibunuh sbb keturunan dlu buat hal
tapi benci anjing haiwan yg sama dgn dlm ashabul kahfi hihihi. |
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok replied at 16-2-2021 04:37 PM
tapi kalau cicak boleh je sampai skrg dibunuh sbb keturunan dlu buat hal
tapi benci anjing haiwan ...
cicak sb keturunan dia pengkhianat aniaya nabi
org skrg bunuh cicak xde kaitan dgn keturunan dia rasa nye kot.tu cerita masa zaman nabi
xtahu la membawak sampai ke hari ni
saya xpernah bunuh cicak pun geli oii haha
anjing bukan di benci cuma dia bkn binatang fav umat islam di malaysia berbanding kucing
org malas nk sertu leceh tu je alasan nye.bkn benci ye dan sy juga xbenci anjing
saya benci nabi adam je sb dia menyusah kn umat manusia
|
|
|
|
|
|
|
|
miss_white replied at 17-2-2021 09:30 AM
cicak sb keturunan dia pengkhianat aniaya nabi
org skrg bunuh cicak xde kaitan dgn keturunan dia ...
di dicipta utk mghuni bumi bukan dicipta utk mnghuni syurga
setiap perbuatan bukan semata mata dia nak buat.. tapi mmg dah ditakdirkan/diprogramkn utk buat. |
|
|
|
|
|
|
|
miss_white replied at 16-2-2021 07:33 PM
kalo la adam ni xkena tendang dari syurga dh tentu2 kite umat manusia sedang bersenang lenang di s ...
Sebelum penciptaan Nabi Adam A.S lagi Allah S.W.T dh berfirman yang dia akan menjadikan manusia sebagai khalifah di bumi. So conclusion nya kat sini, kehidupan Nabi Adam A.S kat syurga pada masetu mmg bukan kekal untuk selamanya, dan bersyarat. Kalau tak, macam mana manusia nak dijadikan khalifah kat bumi seperti firman Allah S.W.T tadi?
Kehidupan selepas akhirat itulah yang kekal selamanya.
Dan jangan sesekali nak buat ayat menyalahkan Nabi Adam A.S kononnya anda x dapat hidup di syurga kerana dia. Adakah anda rasa anda lebih mulia dari Baginda? Sedangkan para2 Nabi & Rasul yg lainnya pun tak pernah berkata mcmni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|