CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7825|Reply: 7

7 Tanah Perkuburan Muslim Paling Unik di Dunia, Salah Satunya Berada di Gombak

[Copy link]
Post time 19-2-2021 08:53 PM | Show all posts |Read mode
7 Tanah Perkuburan Muslim Paling Unik di Dunia, Salah Satunya Berada di Gombak
Tempat bersemadi orang Islam di merata tempat di atas dunia ini punya daya penarik tersendiri. Tanah perkuburan dipelihara rapi dan dihias bunga-bungaan. Di luar negara, banyak perkuburan dikongsi tanpa mengira agama. Jom tengok apa yang unik sangat tu?


1. Gardens of Peace Cemetery - Hainault, England


Dibuka pada 2009 oleh Mohamed Omer, ia menyediakan tanah perkuburan untuk umat Islam bagi 100 tahun akan datang. Namun, 70 peratus ruang telah diguna hanya dalam masa 5 tahun sejak ia dibuka. Hampir 6,000 orang dari pelbagai bangsa dan negara dikebumikan di sini.

2. Haute-borne - Bobigny, Perancis


Tanah perkuburan eksklusif untuk pesakit yang meninggal dunia di Hospital Franco-Muslim. Kebanyakan mereka adalah miskin dan tinggal di kawasan setinggan di luar kota Paris. Oleh kerana mereka tiada keluarga, presiden mengeluarkan arahan agar jenazah disempurnakan mengikut agama Islam sebelum dikebumikan di sini

3. Tanah Perkuburan Taman Raudhatul Sakinah - Gombak


Tanah perkuburan ini dibuka pada 1987 dan menerima jenazah pertama pada 1992. Kedatangan disambut audio alunan ayat-ayat al-Quran yang berkumandang ke setiap pelosok kawasan pusara. Dengan keluasan 32.75 hektar, tanah perkuburan berkonsepkan taman itu terletak di tepi lebuhraya Karak di Taman Selasih, Gombak.

4. Wuppertal - North Rhein-Westphali, Jerman


Pusara pertama orang Islam di Jerman. Kubur orang Islam, Kristian dan Yahudi adalah bersebelahan antara satu dengan yang lain. Ia terletak di kawasan berhutan namun dipelihara dengan baik. Pusara ini melambangkan kehidupan sosial pelbagai agama yang telah wujud di Wuppertal sejak zaman dulu lagi. Kebanyakan jenazah orang Islam berbangsa Syria, Turki, Arab dan lain-lain ada di sini.

5. Perkuburan Besar Potocari - Srebrenica, Bosnia


Pusara Islam terletak berhampiran Yellow Bastion (salah satu tembok pertahanan di Vratnik, dibina pada abad ke18). Untuk sampai ke Yellow Bastion, perlu berjalan kaki mendaki bukit sehingga sampai di pusara orang-orang Islam. Lebih 8,000 penduduk Bosnia dibunuh pada Julai 1995 manakala hampir 30,000 wanita, kanak-kanak dan orang-orang tua diusir atau diseksa.


6. Pusara Abadi Chua Chu Kang Muslim Cemetery - Singapura


Terletak di belakang Masjid Pusara Aman. Kebanyakan pusara asalnya dari tempat lain di sekitar Singapura dan dipindahkan ke situ pada tahun 1970-an dan 1980-an untuk memberi laluan kepada pembangunan rumah, industri dan markas tentera. Seorang sultan yang telah meninggal dunia di Singapura dimakamkan di pusara ini. Berdekatan dengannya adalah pusara seorang ulama yang dipindahkan dari Chai Chee, pusara di timur Singapura.

7. UN Memorial Cemetery - Daerah Nam, Busan




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2021 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat Jerman tu dalam hutan. Memang unik.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2021 05:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus ya Presiden Perancis bagi arahan supaya umat Islam yg miskin disana dikebumi di perkuburan no 2 tu yg khas untuk Muslim.  Cantik dan well maintained.

Teringat pulak seorang puteri Maharaja terakhir Iran, Puteri Leila dikuburkan di Cemetiere de Passy yg merupakan kubur campuran pelbagai agama.

Perkuburan no 3 tu under jawi kan? Pun well maintained & nampak serene. Sesuai dgn namanya Raudhatul Sakinah.

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2021 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts


Kat Terengganu pun tgh buat projek wakaf kubur dlm taman. Netizen pun boleh join sumbang wakaf sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2021 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
I always wonder kenapa kubur org Barat akan cantik. I mean quite symmetry. Plot dia akan selari je. Diaorg pun tanam dalam tanah jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang gombak ni memang lawa kemas tersusun
Orang tua aku pun pernah cakap kalau dah tak ada satu hari nanti dikebumikan disini
Aku cakap macam mana orang johor nak appy bah kita jauh
Lepastu dia gelak je
Sedih bila ingat ingat balik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-6-2024 02:30 AM | Show all posts
Regularly occurring special promotions and events provide visitors with extra opportunities to sky crown casino login win substantial prizes and partake in distinctive experiences. Whether you are an experienced player or a novice, our entertainment centre guarantees a memorable and thrilling experience. Immerse yourself in a realm of excitement and potential, where each game is an opportunity to transform aspirations into actuality.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2024 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
thanks for the info
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 01:22 AM GMT+8 , Processed in 0.052295 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list