View: 11409|Reply: 9
|
[Tempatan]
Wanita sedih bayinya masuk wad gara-gara termakan najis tikus,netizen mempersoalkan bagaimana insiden tidak diingini itu boleh berlaku.
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 19-12-2024 11:35 PM
Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi kebimbangannya mengenai keadaan bayinya yang termakan najis tikus.
Wanita yang juga pemilik TikTok @yarazaqquntukku dedah kisah mengejutkan tentang anaknya, Dede, yang terpaksa dimasukkan ke wad selama lima hari.
“Tolong doakan baby mama ini. Makan najis tikus. Lima hari dah dekat ward, doakan Dede boleh lawan kuman itu nah,” tulisnya.
Kejadian bermula ketika Yara meletakkan anaknya di katil bayi.
Tak lama selepas itu, dia melihat Dede seperti sedang mengunyah sesuatu.
Alangkah terkejut, apabila mendapati Dede mengunyah najis tikus yang tidak disedari berada di sekitar katil bayi.
Beberapa hari selepas kejadian, Dede mula menunjukkan tanda-tanda awal seperti demam, yang akhirnya memberi kesan kepada kemerosotan fungsi darah, hati, dan buah pinggangnya.
“Mama nak mintak tolong doakan anak mama baby Dede, dia termakan najis tikus.
“Bermula dengan demam, darah, hati, buah pinggang dia semua tak normal lagi. Mama tak kuat. Mama kena kuat untuk anak-anak mama kan,”ujarnya.
Ibu yang ketika itu sedang menjalani latihan di dalam hutan, terus bergegas pulang sebaik sahaja mendapat berita daripada suami mengenai anaknya.
“Papa cakap baby demam dah mama pecut laju dari Bukit Wang ke Sik, waktu itu ada latihan hutan. Demi nyawa anak, mama tak pikir nyawa mama dah. Sampai rumah sejam setengah lebih. Allahuakbar!,”katanya.
Tanpa memberi penjelasan lanjut, ibu kepada lima cahaya mata itu memaklumkan bahawa anak bongsunya perlu menjalani beberapa ujian pemeriksaan.
Bagaimanapun, ketika berita ini ditulis, anak kelima dari adik-beradik sudah dibenarkan keluar dari hospital.
Meninjau ruangan komen, ramai yang tampil memberikan spekulasi dan pandangan mengenai kejadian tersebut, selain mempersoalkan bagaimana insiden tidak diingini itu boleh berlaku.
Tidak melenting dengan komen orang ramai, Yara memaklumkan rumah yang didiami mereka terletak berdekatan kawasan kelapa sawit yang menjadi habitat tikus, menyebabkan najis tikus sukar dibersihkan sepenuhnya.
Dalam masa sama, Yara mengucapkan ribuan terima kasih kepada individu yang mendoakan kesihatan anaknya selain berharap doa itu berbalik kepada mereka. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
memaklumkan rumah yang didiami mereka terletak berdekatan kawasan kelapa sawit yang menjadi habitat tikus, menyebabkan najis tikus sukar dibersihkan sepenuhnya
Invest la sikit panggil pest control. Tikus ni mengundang ular. Dah la duduk kat area kelapa sawit... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by edayildiz at 20-12-2024 12:05 AM
rumah ada tikus?
seramnya..
kalau rumah ada lipas i dh risau..
ssh jgk nk tangkapntikus..kena letak racun kn jd mcm kes aritu pulak..
i rasa kucing skrg bolayan je tikus..
rumah lama kot meh ada tikus...
semoga anknya baikk baik je la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kg saya..keliling kelapa sawit...pastu kebun getah.
Alhamdulillah...tk pernah lg kena berkaitan tikus2.
Pernah la tgk kwn kena gigit tikus kat tgn smpai luka teruk..punca...mkn tk basuh tgn..lap2 gitu ja lenaa..
Semoga baby cepat sembuh...
Hati2..baby tgh melasak...smua ceruk dia bak maduk |
|
|
|
|
|
|
|
raihaneem replied at 20-12-2024 12:45 AM
Kg saya..keliling kelapa sawit...pastu kebun getah.
Alhamdulillah...tk pernah lg kena berkaitan tik ...
Iols tak tau kenapa..takut sgttgk pokok sawit tu..uhuhu..mcm seram gitu..tak dpt bygkan kalau duduk dikelilingi sawit |
|
|
|
|
|
|
|
raihaneem replied at 20-12-2024 12:45 AM
Kg saya..keliling kelapa sawit...pastu kebun getah.
Alhamdulillah...tk pernah lg kena berkaitan tik ...
Makna nya anak nya pon boleh kena gigit dgn tikus juga lah. Dah siap ada najis tikus lagi tu. Risau pasal tikus ni. Sbb barang2 dlm rumah mudah tercemar esp barang2 masakan. Anak nya tu dah la tgk melasak, mesti suka mengutip masuk mulut |
|
|
|
|
|
|
|
Baby dia nampak camm cumell sajork.. walau dari belakang. Pitih gebuss.. |
|
|
|
|
|
|
|
tungkai replied at 19-12-2024 11:41 PM
Invest la sikit panggil pest control. Tikus ni mengundang ular. Dah la duduk kat area kelapa sawit ...
Pest Control nak control tikus dalam kebun sawit???? |
|
|
|
|
|
|
| |
|