Edited by piao at 26-2-2021 10:59 PM
Bukan senang untuk menjadi pekerja di istana Queen Elizabeth ini rupanya. Walaupun dapat berjumpa dengan keluarga kerabat diraja setiap hari, rupanya ada beberapa peraturan yang menarik dan pelik yang mesti diikuti. Dikatakan Queen Elizabeth mempunyai lebih 1,000 pekerja di istana yang mempunyai peraturan yang berbeza-beza.
Tak boleh vakum, hanya sapuWalaupun dunia dah moden, penggunaan vakum masih tak boleh digunakan? Yang sebenarnya, pekerja dilarang menggunakan vakum sebelum pukul 10 pagi supaya kerabat diraja tidak terjaga dari tidur kerana bunyi bising. Jadi pekerja perlu menggunakan penyapu untuk membersihkan karpet walaupun tak dapat nak dipastikan macam mana mereka membersihkannya.
Jangan jalan di tengah permaidani
![](https://himpunanceritalawak.com/app/uploads/2021/02/960x0-4.jpg)
Kredit
Satu-satunya orang yang bebas dibenarkan berjalan ke mana sahaja di dalam istana adalah kerabat diraja. Manakala pekerja istana mestilah berjalan di tepi-tepi laluan dan bukannya di tengah-tengah permaidani. Ini kerana ia boleh meninggalkan jejak pada permaidani dan merosakkan permaidani yang mungkin barang antik di istana. Sudah tentulah harga permaidani yang digunakan juga bukanlah calang-calang.
Kopi mesti dituang dari ‘silver jug’Menjadi ahli kerabat diraja pastinya mempunyai keistimewaan tersendiri seperti kopi yang disajikan di dalam jug perak mewah dan bukannya jug kopi biasa. Seorang pembantu akan ditugaskan untuk menuang kopi dari piring panas ke dalam jug perak mewah. Kemudian, seorang lagi petugas akan membawanya ke dulang dan petugas yang lain akan membawanya kepada Queen Elizabeth.
Simpan bijirin dalam ‘tupperware’
![](https://himpunanceritalawak.com/app/uploads/2021/02/FRANCE-WWII-DDAY.jpg)
KreditSelain daripada minum kopi dari jug perak, Queen Elizabeth juga mahukan bijirinnya disimpan di dalam bekas plastik Tupperware. Ratu itu percaya bijirin yang dimakannya lebih segar begitu dan jenama kegemarannya adalah Special K. Sangat mengejutkan kerana Queen Elizabeth juga penggemar jenama yang terkenal dalam kalangan rakyat dan harganya juga murah.
Uruskan semuanya untuk Prince Charles
Prince Charles dikatakan tidak melakukan banyak perkara untuk dirinya sendiri. Ini termasuklah tuala mandi yang perlu dilipat dan dia hanya perlu duduk di atasnya untuk membungkus dirinya. Pakaiannya juga perlulah dibentangkan dengan stoking yang diletakkan pada bahagian kiri dan kanan. Bahkan ada kakitangan yang melaporkan perlu memicit ubat gigi untuk Putera itu.
Saiz lobak merah
![](https://himpunanceritalawak.com/app/uploads/2021/02/queen-elizabeth-2-1200x800.jpg)
Kredit
Queen Elizabeth sangat mementingkan apa yang dimakan oleh kudanya. Oleh itu, lobak merah yang diberikan pada kuda mereka mestilah dikupas dan dipotong dengan ukuran yang tepat. Jika ada kuda yang menggigit jari Queen Elizabeth semasa dia memberi makan, maksudnya petugas memotongnya dengan saiz yang salah. Secara ringkasnya, pekerja tidak melakukan tugasnya dengan betul ketika memotong lobak merah ini.
|