CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4322|Reply: 22

Berkemeja masuk dapur, pemuda tular kongsi resepi masakan sambil tersenyum

[Copy link]
Post time 4-3-2021 01:08 PM | Show all posts |Read mode
Berkemeja masuk dapur, pemuda tular kongsi resepi masakan sambil tersenyum

Jika kita merupakan pengguna media sosial yang rajin untuk mencari resepi masakan baru untuk dicuba, pastinya akan perasan video-video seorang pemuda yang tersenyum manis memasak di ruangan dapur.

Pemilik nama Mohd Shafiq Zulkarnain, 28 yang merupakan seorang pegawai forensik di Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya, Selangor sering berkongsi pelbagai video masakan di media sosial terutamanya di TikTok sehingga tular.

Dah belajar masak dari umur 11 tahun
Menerusi Harian Metro, Shafiq memaklumkan bahawa dia sememangnya minat memasak dan belajar memasak dengan ibunya serta menjadikan aktiviti tersebut sebagai hobi.

“Saya memang minat memasak dan sudah menganggapnya sebagai satu hobi dan terapi untuk menghilangkan tekanan kerja.”
“Ilmu memasak dipelajari daripada ibu (Noraini Buang, 62) ketika berusia 11 tahun dan pendedahan awal itu mengajar saya menjadi seorang yang berdikari,” katanya.



Masak tiap kali balik kerja & cuti
Walau bagaimanapun, disebabkan dia masih bujang dan barang keperluan memasak juga terhad, Shafiq hanya menggunakan apa yang ada sahaja mengikut sukatan yang dianggarkan.

“Hobi itu berterusan sehingga kini dan setiap kali pulang daripada kerja atau cuti rehat, saya akan memasak.”
“Cuma, saya masih bujang, jadi kelengkapan di rumah agak terhad dan hanya menggunakan apa saja yang ada, misalnya cawan untuk menyukat bahan dan tunjukkan cara satu persatu cara memasak supaya pengikut yang menonton tidak rasa susah untuk mencubanya sendiri di rumah,” tambahnya.



Ada yang kata sekadar jual muka
Berpenampilan kacak dan kerap memakai kemeja semasa memasak membuatkan pengikutnya di media sosial semakin hari semakin bertambah terutamanya di TikTok.

Namun, dia akui disebalik komen-komen positif ada juga yang meninggalkan tohmahan dengan mendakwa dia hanya menjual muka.

“Ada segelintir warganet meragui kebolehan saya kerana penampilan memakai kemeja ketika memasak selain mengatakan saya hanya ‘menjual’ muka saja di TikTok.”
“Tetapi tuduhan mereka tidak benar kerana ramai sudah mencuba resipi dikongsikan dan percubaan mereka berhasil,” jelasnya.



Setakat ini, TikTok Shafiq yang menggunakan nama @shafiqcute itu telah mendapat lebih daripada 500,000 pengikut . Rata-ratanya seronok melihat dia memasak serta berkongsi resepi makanan mudah yang boleh dicuba pada bila-bila masa.

Sumber: Harian Metro (Redzuan Muharam), Mohd Shafiq

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2021 01:17 PM | Show all posts
@Kurex @Themilo ... iols selalu nampak dia ni kat ig ajet2 cute gitu... heols top or bottom? tengok macam golongan2 gitu jah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2021 01:21 PM | Show all posts
dudaberhias replied at 4-3-2021 01:17 PM
@Kurex @Themilo ... iols selalu nampak dia ni kat ig ajet2 cute gitu... heols top or bottom? tengok  ...

hahahaha adeh
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 4-3-2021 01:17 PM
@Kurex @Themilo ... iols selalu nampak dia ni kat ig ajet2 cute gitu... heols top or bottom? tengok  ...

Iols mengesyaki saingan kurex
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 01:26 PM | Show all posts
tapi hakak suke type daddy2 cam brader Selva Arunasalam tuh..fofuler beliyau di Masak Apa Tak Jadi Hari Ni ..herlok jer muka dier, perangai pun cantik, anak pun chumil

Sorang lagi Daten Teng ke aper, suker presentation masakan kampung dia..siap sia, tikor mengkuang, kole, ulam rebus, sambal bagai..aduhai macam youtuber sri lankan punye ptt..power
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 4-3-2021 01:17 PM
@Kurex @Themilo ... iols selalu nampak dia ni kat ig ajet2 cute gitu... heols top or bottom? tengok  ...

Skrg ni ramai yg sado jadi botem, yg kelempok ajet cute jadi top. Dan ramai straight ratib homo, tak mintak pendapat homo cari ponen / gayah utk serviced dalam diam. Ada jua yg report post2 yg lucah hakikat dia sendiri kaki layan porno. Malah lebih hebat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2021 01:32 PM | Show all posts
dia ni masak aku tak minat tapi kalau khairul ming masak best..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Model ubat gigi sangat dekkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2021 02:55 PM | Show all posts
dudaberhias replied at 4-3-2021 05:17 AM
@Kurex @Themilo ... iols selalu nampak dia ni kat ig ajet2 cute gitu... heols top or bottom? tengok  ...

sudah terang lagi bersuluh chuols.. nak spekuan apa lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 4-3-2021 02:55 PM
sudah terang lagi bersuluh chuols.. nak spekuan apa lagi..

Kiranya ku pun lihat sebelah mata dah tau laut ke darat...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 04:58 PM | Show all posts
ada sekali tu kan..resipi cheese cake, dia potong guna parang besar siang ikan katok ayam
ahahahah
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 05:00 PM | Show all posts
dudaberhias replied at 4-3-2021 01:17 PM
@Kurex @Themilo ... iols selalu nampak dia ni kat ig ajet2 cute gitu... heols top or bottom? tengok  ...

masa mula tengok video dia ...aiiiollsss ingat dia gilaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 05:06 PM | Show all posts
suka tgk dia...senyum je..dgn aku2 sekali senyum tgk video dia
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 01:26 PM | Show all posts
cuba kalau rupa dia mcm ebi yus
ingat nk viral ke
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Redmyvi replied at 4-3-2021 01:32 PM
dia ni masak aku tak minat tapi kalau khairul ming masak best..

Sama la..  yg chef India tu ape nama suka gak tgk dia memasak..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmm geli la tgk dia tersengih2. Nk masak, masak saja laaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2021 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
die mcm copy Ade satu chef negara turki kot, chef turki manjang bler masak senyum je...mungkin cedok idea dari situ kot
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 01:21 PM | Show all posts
KIM.K replied at 4-3-2021 01:26 PM
tapi hakak suke type daddy2 cam brader Selva Arunasalam tuh..fofuler beliyau di Masak Apa Tak Jadi H ...

terima kasih, maam.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
selvalives replied at 6-3-2021 01:21 PM
terima kasih, maam.

Gogo masta @selvalives! Nak more content
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Keje bhgian forensic tu  
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 09:30 AM GMT+8 , Processed in 0.234136 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list