View: 2132|Reply: 15
|
Mamak bancuh air pun korang selera ek?
[Copy link]
|
|
Dirakam ketika bancuh air, netizen terpesona lihat wajah kacak ‘aney’ kedai mamak
Selalunya, kedai mamak merupakan tempat utama kaum lelaki melepak bersama kawan-kawan. Bukan setakat kedai beroperasi 24 jam sahaja, tetapi terdapat perkhidmatan ‘Wi-Fi’ secara percuma serta pelbagai pilihan makanan disediakan.
Malah, para pekerja di restoran juga kebanyakannya jenis mesra pelanggan khususnya terhadap pelanggan tetap. Tak perlu cakap banyak ketika ‘order’, makanan terus dihidang dalam masa beberapa minit sahaja. Hebat, kan?
Baru-baru ini, seorang netizen berkongsi satu video di aplikasi TikTok di mana dia merakam secara senyap-senyap kelibat seorang pekerja di kedai mamak yang dikunjunginya.
Menerusi video tersebut, lelaki bertopi hitam terbabit dilihat sedang sibuk bekerja membancuh air minuman sementara bercakap dengan rakan sekerja lain.
Namun, apa yang menarik perhatian perakam dan juga penonton video berkenaan adalah rupa parasnya yang dikatakan sangat kacak.
“Uishh tergugat iman,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terpesona dengan ketampanan jejaka itu. Malah, ramai yang bertanyakan lokasi kedai mamak tersebut. Iyalah, mana tahu boleh singgah untuk jamu mata, kan?
Lain kali tolong letak lokasi sekali
Ini baru 1%, cuba bayang tampannya wajah nabi Yusuf
Tak suka lepak mamak, tiba2 teringin nak pergi
Sekali dah ada bini anak 3 di negara asal
Sumber: TikTok @irfahane
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Seimbas ingat PU Riz lak... Hahaha tetiber |
|
|
|
|
|
|
|
Apa lah tajuk... Kerja halal kot. Bukannya gambar penjenayah tampan macam yg viral kat Barat . |
|
|
|
|
|
|
|
sukati je ambik gambar orang pastu viralkan
Anak iol kat tadika pun cikgu tadika minta consent bertulis boleh tak share gambar anak dlm instagram diorang. Dah masuk dajah 1 pun pihak skolah tak sesuka hati ambik gambar anak.
Parents dok ambik gambar kat pagar iol ajar anak tutup muka dgn tangan. Nanti tak pepasal masuk dlm gambar orang, post sana sini fb la insta la.
|
|
|
|
|
|
|
|
tngk perempuan2 tu
asyik fikir seks je
dasar gila seks |
|
|
|
|
|
|
|
Hensem juga... Apesal tak pakai mask.. |
|
|
|
|
|
|
|
nsb baik laki aku hensem mcm pelakon bahubali.....
wakakakakakakakakakakakakak |
|
|
|
|
|
|
|
gelenyar |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sarah_ary2 at 13-3-2021 09:14 AM
Heheehhee ai baca komen bawah bawah tu and pelik kenapa suka amik bideo or gambar org lain and upload suka hati kat socia platform |
|
|
|
|
|
|
|
sarah_ary2 replied at 13-3-2021 09:13 AM
Heheehhee ai baca komen bawah bawah tu and pelik kenapa suka amik bideo or gambar org lain and uploa ...
sbb kt msia takde akta blh saman org sebar gambar tanpa consent... kt sesetengah negara, habibi ni boleh report polis dan saman org yg sebar gambar dia ni... |
|
|
|
|
|
|
|
sarahmirza replied at 13-3-2021 09:29 AM
sbb kt msia takde akta blh saman org sebar gambar tanpa consent... kt sesetengah negara, habibi ni ...
Tuelah sepatutnya x eloklah ambik gambar org kat public then post kat fb tik tok lah insta lah, org tue pun x tau dia being digilai hahahhaah |
|
|
|
|
|
|
|
gatal po*en sesuka suki ambil gambar org,dhare pulak tu.Gambar lelaki lagi.Ewwww low standard. |
|
|
|
|
|
|
|
Perangai mookies2 kat twitter ni mmg cenggini. Horny muslimahs gitu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|