Sejak dunia dilanda pandemik Covid-19, ke mana juga kita pergi pastinya akan ada termometer untuk scan suhu badan. Ini adalah salah satu standard operation procedure (SOP) bagi mengekang penularan virus. Jika suhu normal, maka pengunjung bolehlah masuk ke premis yang diinginkan itu.
Sama juga di beberapa negara jiran yang turut mengamalkan SOP sebegini. Namun begitu baru-baru ini satu video sebuah kereta yang mahu memasuki satu kawasan diminta penumpang di dalamnya untuk check suhu telah meraih perhatian ramai. Jika kebiasaannya kita lihat orang akan turun dari kereta dan scan suhu di termometer bertiang atau termometer yang dipegang oleh orang lain.
Tapi dalam video yang tular itu lain pula yang jadi. Kelihatan pengawal keselamatan scan suhu pengunjung dengan mengangkat tiang termometer dan mula di letakkan di satu persatu individu dalam kenderaan tersebut. Berikut adalah rakaman telatah pengawal keselamatan scan suhu tersebut:
Siap angkat terus termometer jenis berdiri ini. Jangan main-main tau, bukan calang-calang ni! Perkongsian semula oleh Instagram Era.Je ini telah meraih lebih 322 ribu tontonan dan 38 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:
“Next level dah ni”
SUMBER
ERA JE