CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1893|Reply: 7

DIKEMASKINI] Video tular wanita minta perlahankan azan tidak benar

[Copy link]
Post time 21-3-2021 03:42 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHERMUCKER2 at 21-3-2021 03:45 AM

[DIKEMASKINI] Video tular wanita minta perlahankan azan tidak benar
MOHAMMAD KHAIRIL ASHRAF MOHD KHALID | | 20 Mac 2021



Kisah sebenar yang dikongsikan individu berkenaan pada Sabtu.

SHAH ALAM - Seorang individu tampil menceritakan kejadian sebenar berhubung video tular membabitkan seorang wanita yang datang ke surau didakwa untuk meminta memperlahankan bunyi pembesar suara sewaktu azan Asar.
Menurut laman Facebook Penang Kini, dakwaan tular kononnya wanita datang ke surau kawasan Tanjung kerana azan kuat adalah tidak benar.
“Silap info rasanya tuan-tuan, puan-puan. Video ini pun hanya diambil sekerat dan sebelah pihak sahaja...jaga-jaga jari jemari yang menaip penuh hendak minta ampun kalau jatuh fitnah.

“Saya berjiran dengan cikgu ini. Tahulah serba sedikit cerita ini. Perkara ini sudah lama. Cuma video ini baru dirakam,” katanya.
Menurut perkongsian tersebut, bukannya azan yang diminta untuk diperlahankan tetapi wanita berkenaan yang merupakan pensyarah meminta supaya bacaan al-Quran sewaktu Asar diperlahankan kerana pada maktu itu wanita berkenaan perlu mengendalikan kelas secara dalam talian.
“Rumah dia tidak jauh dari surau dan dia duduk di rumah ini dekat 35 tahun.

"Rumah cikgu ini beli dekat sahaja dengan surau satu minit pun tidak sampai dengan berjalan kaki,” kata perkongsian tersebut.
Menurut perkongsian itu lagi, sewaktu kejadian, bacaan al-Quran yang dipasang di surau berkenaan dipasang secara maksimum.

“Sebelum ini tidak ada masalah, cuma sewaktu kejadian itu sahaja yang menjadi masalah disebabkan cikgu ini bekerja,” katanya

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/129451/EDISI/[DIKEMASKINI]-Video-tular-wanita-minta-perlahankan-azan-tidak-benar
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2021 03:57 AM | Show all posts
kesian makcik lecturer ni kena fitnah...
mujur semua orang dah tahu kisah sebenar...
dia datang masuk sendiri pelankan suara je... takde kesalahan apa sebab speaker mengaji tu memang patut pasang pelan2... bukan benda wajib...

tapi kalau kat tempat rumah iols ni iols ok jah pasang kuat2... cuma berbeza situasi makcik ni dia kena mengajar orang jadi memang tak patut ganggu dia...

bukannya dia ada isu pun sebelum pandemik ni...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2021 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Hmm...org2 surau rakam n sebar vid makcik ni? Bagus laaa sgt perangai org2 surau tu ye. Lepas ni tak payah la gi surau, duduk rumah, cuci hati bersih2.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2021 06:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Fitnah tu. Jgn jadi pejuang dalam masa sama memfitnah org..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2021 07:03 AM | Show all posts
hati koyak rajin viralkan rupanya perlahankan mengaji alquran
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2021 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by notM at 21-3-2021 07:40 AM

Tak pasal2 ada 2 thread bila news keluar...satu dalam kongsi tular..satu lagi dalam CI.

Sebab moderator Bidayuh convert sekor tu bangang jenis Tak sabor....patut tunggu 24hrs la sebelum move thread ke Kongsi Tular.

Bangang! bodoh! Sial!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2021 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Otak letak Kat lutut...bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2021 12:08 PM | Show all posts
terlebih arab orang melayu sekarang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.125149 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list