CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1256|Reply: 1

Ferrari RM8.21 Juta Masih Tak Bertuan

[Copy link]
Post time 22-3-2021 10:44 AM | Show all posts |Read mode

Kes menentukan pemilik sebenar Ferrari ini masih dijalankan. FOTO Agensi


Harian Metro

New York: Ia digelar Ferrari 'paling perlahan' di dunia kerana walaupun hampir dua dekad dicuri, pemilik kenderaan mewah itu sehingga hari ini, masih belum dapat diputuskan.

Kereta mewah bernilai AS$2 juta (RM8.21 juta) ini dicuri di Itali, sebelum ditemui kembali di sempadan Kanada, ketika ia dalam perjalanan untuk dihantar kepada seorang individu di Miami.

Namun, pencarian pemilik sebenar Ferrari berusia 18 tahun ini masih belum dapat diputuskan di mahkamah.

"Bila ini semua berakhir, mungkin ada yang akan buat filem (mengenai kes ini)," kata Alessandra Piras, peguam yang mewakili pemilik asal kenderaan itu, Paolo Provenzi, kepada The Buffalo News, seperti dipetik New York Post.

Ferrari F50 itu dibeli Provenzi di Itali pada 1996 sebelum Provenzi memberikan kenderaan itu kepada seorang saudaranya pada 2003.

Namun, seminggu selepas itu, ia dicuri di parkir di sebuah hotel.

Kemudian, seorang lelaki di Miami, Mohammed Alsaloussi membeli kenderaan itu pada 2019 pada harga AS$1.23 juta (RM5.05 juta) dan ia dihantar dari Kanada.

Bagaimanapun, pada 14 Disember 2019 pihak berkuasa merampasnya di Peace Bridge sempadan Kanada berdekatan sempadan Air Terjun Niagara, menurut Pejabat Peguam Amerika Syarikat dalam satu kenyataan.

Pendakwa raya kemudian memfailkan kes berkenaan untuk membenarkan mahkamah persekutuan memutuskan siapa pemilik sebenar kenderaan itu yang dinilaikan pada harga AS$1.9 juta (RM7.8 juta).

Pejabat pihak berkuasa persekutuan berkata, timbul keraguan besar siapa pemiliknya membuatkan kes itu dibawa ke mahkamah.

Namun, kos penyimpanan kenderaan itu bukan murah kerana ia sudah mencecah AS$9,000 (RM36,968).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2021 10:54 PM | Show all posts
enjin f1

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.191901 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list