CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8558|Reply: 64

'Abang sado' oyen digeruni anjing liar

[Copy link]
Post time 24-3-2021 08:48 AM | Show all posts |Read mode
'Abang sado' digeruni anjing liar

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... igeruni-anjing-liar

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Mac 2021 @ 8:33 AM

Zuhainy Zulkiffli
[email protected]


KENNY bersama kucing kampung peliharaannya yang diberi nama Super.  FOTO Zuhainy Zulkiffli

Georgetown: Gelagat kucing kampung seberat 10 kilogram (kg) yang tidur setiap petang di kaki lima sebuah kedai menjual peralatan upacara keagamaan masyarakat Cina di Lebuh Carnavon, di sini, menjadi tumpuan orang ramai.

Kucing jantan diberi nama Super itu turut dikenali sebagai 'Abang Sado' dalam kalangan peniaga di sekitar kawasan berkenaan kerana keberaniannya menghalau anjing liar di situ.

Peniaga, Kenny Lim, 37, berkata dia memelihara Super sejak lebih setahun lalu selepas kucing itu tersesat masuk ke kedainya.

Katanya, kasihan melihat keadaan kucing berkenaan yang lapar, dia memberi makanan dan memutuskan bagi membela haiwan terbabit.

"Waktu itu keadaannya sangat kurus dan saya membawanya ke klinik haiwan bagi mendapatkan rawatan serta memandulkan selepas ia beransur sihat.

"Sejak itu, badannya membesar dan kini beratnya sudah mencecah 10 kg menyebabkan Super turut digeruni anjing liar di kawasan ini," katanya ketika ditemui, di sini.

Memperuntukkan lebih RM200 sebulan bagi membeli makanan kucing dan ikan, Kenny berkata dia juga turut menerima sumbangan makanan daripada peminat Super.

Katanya, kedainya turut dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat termasuk pelancong bagi bermain dengan kucing kesayangannya itu.

"Kini Super sudah macam superstar dan ia ibarat membawa tuah kerana sejak membelanya, kedai saya menjadi tumpuan orang ramai yang mahu bermain dengannya.

"Saya pernah didatangi kereta peronda polis menimbulkan persoalan sama ada berlaku kes jenayah di kawasan ini, rupa-rupanya anggota polis berkenaan hanya singgah sebentar bagi menghantar makanan dan bermain dengan Super, begitulah tarikannya di kedai saya," katanya lagi.

Walaupun badannya yang besar, Super aktif pada waktu malam dan mampu melompat penghadang setinggi lebih dua meter di rumahnya.

"Ada kala apabila ada masa lapang, saya membawa Super bersiar-siar menaiki motosikal di sekitar bandar raya.

"Ramai juga yang menawarkan harga tinggi bagi membeli Super, namun saya tidak sanggup hendak menyerahkannya kepada orang lain kerana sudah menganggap ia seperti ahli keluarga.," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2021 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Sian my oyen. Ingat nk ajar dia jd gagah. Sekali kne kuntau ngan bapak stray
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 09:16 AM | Show all posts
adik gua pun ada sekor yg mcm ni.. warna oren jugak

yg gua bela sendiri pun ada sekor, baka mix maine coon

sbnrnye senang je nak develop kucing jadi macam ni, korang sumbat je dia royal canin fit cukup2.. tapi modal keras skit la
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 09:21 AM | Show all posts
mmg sado betul.....dia nk jadi mcm tuan dia kot
tp betul ke kucing kampung?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
raxief replied at 24-3-2021 01:16 AM
adik gua pun ada sekor yg mcm ni.. warna oren jugak

yg gua bela sendiri pun ada sekor, baka mix m ...

Brand lain tak jadi ke? Kucing i tak nak makan RC ni..
Sedih betul
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Oyen.. Mmg mcm tu.. Samseng tahap jebon.   
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2021 09:29 AM | Show all posts
kucing oyen mmg ganas..

semua yg kat rumah ni kena kutau..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 09:30 AM | Show all posts
Perut boroi cecah tanah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2021 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 24-3-2021 09:25 AM
Brand lain tak jadi ke? Kucing i tak nak makan RC ni..
Sedih betul

Ada.. Masa bela oyen.. Badan dia naik elok... Aku bagi dia makanan jenama Natures murah sikit
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 09:31 AM | Show all posts
nazzse replied at 24-3-2021 09:25 AM
Brand lain tak jadi ke? Kucing i tak nak makan RC ni..
Sedih betul

ntah, setakat ni eksperimen gua semua guna RC fit ni je.. mmg menjadi.. even kucing kampong yg mak gua ternak pun jadi gagah perkasa dek penangan RC fit..

kucing gua tu campur2 juga, RC fit, RC main coon, RC hair and skin pun ada bagi sekali sekala

sis try blackwood la, ada kwn muka pecah rumah tapi sayang kucing cakap dia bagi kucing dia makan blackwood, gemok juga gua nengok
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 10:06 AM | Show all posts
muka cari pasal
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 10:10 AM | Show all posts
raxief replied at 24-3-2021 09:16 AM
adik gua pun ada sekor yg mcm ni.. warna oren jugak

yg gua bela sendiri pun ada sekor, baka mix m ...

kucing kalau sekor memang mampu bagi makan RC, tapi kalau kucing dah berekor2.. kasi makan kibbles brand cikai yer yg termampu..janji tak kasi nasi gaul ikan..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 10:12 AM | Show all posts
Memang kucing warna oren terkenal dengan peel tak serupa kucing
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 10:26 AM | Show all posts
brown_pupil replied at 24-3-2021 10:10 AM
kucing kalau sekor memang mampu bagi makan RC, tapi kalau kucing dah berekor2.. kasi makan kibbles ...

a'ah, mmg bela sekor je.. gua suka kucing, tp suka bela sekor dua je.. mak bapak gua je bela bnyk, siap berkandang bagai.. org pencen takpela, bnyk masa bersihkan itu ini, pastu umah pun umah lama, lot sebijik2 @ lot banglo org skrg cakap ( pdhal rumah kos rendah je ), duit pencen pun tak abis makan
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 11:25 AM | Show all posts
RC mmg bagus..kucing aku umur 11 bulan dan besar gedabak
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 24-3-2021 01:30 AM
Ada.. Masa bela oyen.. Badan dia naik elok... Aku bagi dia makanan jenama Natures murah sikit

Kucing aku taknak makan makanan mahal sarah. Mcm2 brand aku beli, last2 brand power cat tu je dia makan..
Membazir betul beli mahal2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2021 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
raxief replied at 24-3-2021 01:31 AM
ntah, setakat ni eksperimen gua semua guna RC fit ni je.. mmg menjadi.. even kucing kampong yg mak ...

Dah bagi Dormeo, RC campur taknak, Blackwood, Iams semua taknak. Dieorg taknak yg asas ayam. Tuna je makan.
Frust betul
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 24-3-2021 11:29 AM
Kucing aku taknak makan makanan mahal sarah. Mcm2 brand aku beli, last2 brand power cat tu je dia  ...

Cuba beli kecik...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau anjing liar pun dah takut nak dekat mmg something la oren ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
perut tu nak kemane bang oyen oiii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.314644 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list