View: 9308|Reply: 74
|
Ada Netizen Dakwa Guna Serbuk Coklat Ganti Milo Adalah Normal dlm perniagaan res
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini, seorang usahawan tempatan ada memuat naik satu ciapan menegur peniaga yang menggunakan serbuk coklat selain jenama Milo untuk minuman Milo ais.
Bagaimanapun, seorang netizen mempunyai pendapatnya yang tersendiri berkenaan isu ini. Menurut individu ini, menukar serbuk Milo ke serbuk coklat yang lain adalah normal atas beberapa faktor.
Terangnya dalam satu ciapan, peniaga terpksa berbuat demikian kerana kos barangan yang mahal tidak sepadan dengan harga minuman yang dijual dengan harga RM2.00 ringgit.
Harga bahan mentah dan barang seperti gula, air batu dan cawan juga perlu diambil kira, bukan kos serbuk Milo sahaja. Di akhir ciapan, individu sempat menegur orang ramai agar tidak menutup pintu rezeki para peniaga.
Kenyataan netizen ini bagaimanapun mendapat reaksi kurang senang daripada orang ramai yang rata-ratanya tidak bersetuju.
Menlnjau di ruangan replies, ramai yang mempersoalkan kenyataan individidu ini. Tidak terlepas juga ada yang berkongsi pengalaman mereka dalam isu yang sama.
Hukumnya dilarang dan berdosa
Isu ini pernah tular seketika dahulu, dan sudah pun mendapat perhatian daripada Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Menurut beliau, menukar serbuk Milo dengan serbuk coklat yang lebih murah tanpa pengetahuan pelanggan adalah dilarang dan berdosa.
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ini kerana terdapat unsur penindasan dan kezaliman terhadap hak yang sepatutnya diterima oleh pembeli sebagai imbalan kepada harga pembelian yang dibayar.
Menurutnya, syarat sah jual beli juga ialah, kedua-dua pihak, penjual dan pembeli, mengetahui secara jelas barang yang diniagakan tanpa menyembunyikan apa-apa aib yang ada pada barangan diniagakan itu
Justeru, sekiranya perkara-perkara seperti di atas berlaku, maka penjual dikira telah menipu dan akad pembelian tersebut adalah tidak sah.
“Kami cadangkan kepada pengusaha kedai kopi supaya sentiasa bertekad untuk meraih keberkatan dalam mendapat rezeki sebagaimana yang selalu kita doakan ketika membaca doa Qunut,” katanya.
Katanya, konsep keuntungan dalam Islam bukanlah diperolehi dengan cara menipu atau muslihat, tetapi dengan cara reda-meredai.
“Sekiranya, jual beli berlaku dengan cara yang tidak betul (menipu dan sebagainya), sudah pasti pembeli tidak lagi mahu mengulangi muamalah jual beli dengan penjual yang sama,” katanya.
Beliau berkata, muamalah jual beli di dalam agama Islam adalah harus dan dibolehkan malah Islam juga tidak melarang umatnya untuk mendapatkan keuntungan yang tinggi dalam setiap jual beli yang dijalankan.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/11614/BERITA/Nasional/Berdosa-jual-air-Milo-tukar-serbuk-coklat-Mufti
2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Depa guna serbuk cekelat Wahi ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Benda macam ni pun nak menipu |
|
|
|
|
|
|
|
dah lah aku selalu order milo setiap kali minum kat kedai
harap milo ori lah |
|
|
|
|
|
|
|
Jitu replied at 25-3-2021 01:09 AM
dah lah aku selalu order milo setiap kali minum kat kedai
harap milo ori lah
Kalau chuolss mmg peminum setia milo, blh rasa ada perbezaan. Dgn syarat sedutan pertama tu kna minum penuh penghayatan. Klau minum sambil borak2 mng x perasan |
|
|
|
|
|
|
|
orkidorkido replied at 25-3-2021 12:57 AM
Benda macam ni pun nak menipu
Kedai mamak byk yg buat kerja gini sistur. Menyampah betul |
|
|
|
|
|
|
|
Benda ni dh bertahun2.. Dulu2 lepak kedai2 makan selalu perasan milo rasa lain.. Lagi satu horlicks.. Pon sama, rasa lain mcm. Tapi x tau dorg ganti horlicks tu dgn apa |
|
|
|
|
|
|
|
Lama dh tau..kedai mamak tu pon gna serbuk coklat. Hamjad betul. Kt foodcourt tesco klang tu pon mamak yg ju air guna serbuk koko. |
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha yang geng NGO islamik pulak cuba nak ‘jatuhkan’ Milo & depa hantar spy sebagai pekerja masuk kilang Nestle untuk dapat formulation. Pastu depa kluarkan produk depa sendiri yang kekonon lebih baik dari Milo based on ilmu tak lengkap sebab formulation dah dicampurkan dari origin destination.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tapi sedap ahahha Buat sendiri tak kick sangat rasa. Kalau aku asalkan sedap aku halalkan je |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau order nes tarik pun kadang2 hauk.dapat Indocafe. |
|
|
|
|
|
|
|
Aduiii...matlamat tidak menghalalkan cara ye peniaga2...patut kdg beli milo ada tmpt n kedai mkn buat xsedap...jdnya kedai mkn yg buat air milo dinosaur tu guna serbuk milo betul or serbuk koko selain milo ye... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tulis milo Kena bagi Milo la kalau tak jangan letak Milo atau guna nama Milo |
|
|
|
|
|
|
|
Ternyata bukan Cina China saja suka menipu. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku boleh beza milo dengan coklat. Sebelum order tanya siap2 guna milo ke tak. Klu yg sampai guna coklat aku panggil suruh ambil balik. Jadah apa meniaga menipu. |
|
|
|
|
|
|
|
lamaaaa dah sis
byk kali kena dah
aku tumpah kan je atas meja tu
tak payah mofti bunyi pun tau ko menipu, menipu hukum nya?
peniaga bodo sangkak gila nak kaya je buat macam ni |
|
|
|
|
|
|
|
supermum replied at 25-3-2021 07:41 AM
Tapi sedap ahahha Buat sendiri tak kick sangat rasa. Kalau aku asalkan sedap aku halalkan je
baik nya chuols. kalau ikut ni dah serupa tok bidah menipu yach claim berlian mahal bagai hujung2 ropanya palsu jah? selayaknya diviral dilondehkan macam tok bidah tu kalo kerja nak menipu jah? |
|
|
|
|
|
|
|
Pekena air milo king kong bapak smpi rm 10 segelas. Tp mmg penuh rs milo la. |
|
|
|
|
|
|
|
Nescafe pun sama..kdg diorang terutama kedai tomyam siam diorang pakai Indocafe nak jimat punya pasal..sbg peminum tegar neskafe kita mesti boleh tau beza..
|
|
|
|
|
|
|
|
Memang menipu, that's why aku cakap KALAU AKU. Sebab aku buat sendiri beshe-beshe je. Ntah kenapa kalau kedai letak nama sebenar air coklat, tak sedap pulak aku rasa. Lain rasa dari milo tipu-tipu tu.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|