View: 1208|Reply: 1
|
Bas kena samun di jalan raya, setandan pisang lesap
[Copy link]
|
|
Sebuah video yang tular di Twitter baru-baru ini menunjukkan detik mencemaskan sebuah bas disamun secara terang-terangan di sebuah jalan raya, oleh seekor gajah.
Gajah berkenaan memberhentikan bas itu di tengah jalan untuk mencuri makanan. Rompakan pada waktu siang yang dirakam oleh penumpang di dalam bas di Sri Lanka itu menunjukkan pemandu bas menghampiri seekor gajah besar yang berdiri di tengah jalan untuk menyekat laluan kenderaan terbabit.
Apabila bas tersebut berhenti, haiwan gergasi itu berjalan ke arah kenderaan tersebut dan memasukkan belalainya melalui tingkap pemandu untuk mencari makanan.
Dalam proses itu pemandu bas berkenaan dapat dilihat terhimpit dengan belalainya yang besar, manakala penumpang lain kedengaran cemas dan geli hati menonton adegan tidak diduga tersebut.
Gajah itu menyelongkar bahagian tepi pemandu yang terdapat banyak makanan untuk mengambil setandan pisang dan salah seorang penumpang cuba memberikan pisang tersebut kepada gajah itu sehingga akhirnya dia berjaya mendapatkan pisang itu dan mengeluarkan belalainya. Bas tersebut kemudian dengan segera meninggalkan haiwan tersebut.
Video itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen, ada yang setuju bahawa gajah tersebut menyamun bas, manakala ada yang percaya gajah tersebut sebenarnya terdesak.
“Soalannya siapa yang samun siapa dulu…”
Sumber : twitter
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Harap ia tak ulangi perbuatannya lagi |
|
|
|
|
|
|
| |
|