Setelah berbulan-bulan menunggu, akhirnya REELS di bawah aplikasi Instagram sudah boleh digunakan di Malaysia.
Hampir menyamai aplikasi TikTok yang mengetengahkan video berdurasi pendek antara 15 saat hingga seminit, Reels juga didakwa mahu menyaingi TikTok yang semakin ramai penggunanya.
Foto : IG
Dengan konsep hampir sama, Reels lebih menarik kerana mempunyai pelbagai elemen dan muzik pilihan berbanding IG Story sebelum ini.
Tidak hairanlah ramai yang menggunakan video sama di TikTok kemudiannya memuat naik di Reels Instagram.
Jom, kita tengok antara artis yang telah menggunakan aplikasi terbaharu ini, antaranya Dato Siti Nurhaliza, Zizan, Diana Danielle dan ramai lagi artis lain.
Katanya, cara menggunakannya juga hampir sama dengan TikTok.
Foto : Google
Adakah Reels boleh mengatasi TikTok? Ada yang sudah cuba menggunakan Reels? - CARI
|