CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1908|Reply: 6

Berat 38kg, Dipanggil Papan, Gadis ‘Penat’ Kena Body Shaming Sejak Dari Zaman Se

[Copy link]
Post time 26-3-2021 11:48 PM | Show all posts |Read mode
Berat 38kg, Dipanggil Papan, Gadis ‘Penat’ Kena Body Shaming Sejak Dari Zaman Sekolah



Tindakan ‘body shaming’ atau memperlekeh dan mengkritik penampilan mahupun rupa paras seseorang bagaikan ‘barah’ dalam masyarakat pada hari ini. Tambahan pula dengan adanya media sosial, makin rancak individu tidak bertanggungjawang ini ‘body shaming’ orang lain.

‘Body shaming’ selalu dihadapi oleh golongan yang sangat kurus serta golongan yang berbadan besar. Hal ini terjadi kerana orang sekeliling yang memandang rendah terhadap fizikal seseorang termasuklah ahli keluarga, rakan-rakan dan kenalan di sosial media.


Dipanggil tiang, doktor kata sihat dan semua okay



Tular di aplikasi TikTok, seorang wanita dikenali sebagai Syiera yang telah menjadi mangsa ‘body shaming’ sejak dari alam persekolahan lagi. Hal ini kerana, ketinggiannya 171cm manakala berat badannya 38kg dan dia dipanggil ‘tiang’, ‘kepeng’, ‘papan’ dan ‘panjang’. Dia telah berjumpa dengan doktor bagi mengetahui tahap kesihatan dirinya. Namun, doktor memberi tahu yang tahap kesihatannya berada dalam keadaan yang baik. Tetapi dia berasa tertekan emosi akibat diejek sampai memikir untuk tidak mahu hidup lagi.

‘Tak makan ke’ padahal makan macam bela saka




Akibat terlalu banyak komen negatif terhadap dirinya, wanita terbabit telah mencuba produk makanan tambahan tertentu. Namun, produk tersebut tidak memberi hasil yang positif. Syiera juga pernah difitnah kononnya mengambil bahan terlarang kerana saiz badannya terlalu kurus dan ‘slim’. Di media sosial mungkin nampak bahagia, seronok dengan kehidupannya sebagai seorang model, tetapi tiada siapa yang tahu ‘struggle’ untuk menempuhi pelbagai tomahan terhadap dirinya.

Sesetengah netizen telah salah anggap mengenai tujuannya membuat video mengenai dirinya menjadi  mangsa ‘body shaming’. Akan tetapi, tujuannya adalah untuk membuka mata orang ramai bahawa orang yang kurus atau ‘slim’ juga tidak terkecuali kena ‘body shaming’.

Video penuh : https://www.tiktok.com/@syiera.e ... 186&refer=embed


Sumber : syiera.eyya



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2021 12:26 PM | Show all posts
kenapa jd cmtu
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2021 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Dl aku pun mcm ni.. Sekali ikut suami outstation ke kelantan seminggu kat sana.. Haa tu dia.. Lps dr tu naik sampai skrg ni.. X makan sgt pun berat 57kg..org ckp beras kelantan tu buatkan bdn kita naik.. Tp btl gak rsnye.. Bl blk ke rumah.. Terasa lain banyak beras nye tu.. Lain kali nk borong beras pulak.. Tp aku suka sbb x kering sgt dah skrg.. Makanan kat kelantan best.. Murah2 lak tu.. Nasi dia banyak.. Aku yg kuat mkn ni pun terpaksa mkn share gan anak atau suamimm
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2021 01:09 PM | Show all posts
org cmni laku utk filem zombie.sbb leh makeup mcm2
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2021 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Standard berat badan kat Korea. Kalau lebih dari 45kg pun diorang dah rasa gemuk.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2021 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Belum sampai masanya dia nak naik badan tu.

Iols dulu masa sunti, masa bujang mmg nak capai 45 kg tu payah sangat, tinggi 5' 3". Pantang nampak iklan utk naikkan badan, kalau ada duit mesti usaha beli. WeightGain, susu FullCream apa2 tu jgn cerita lah, tak putus.

Pastu dah kawin, pastu tak lama kemudian umur cecah 30an je, gradually ada isi. Makan tak makan sekitar 55kg naik turun pun sekilo dua sahaja.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-3-2021 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dulu pn kurus keding ,41 kg je.kakak aku lg la rs nys 36kg mmg nmpk mcm tulang bergerak je..  
kakak aku siap mkn appeton weight gain.x gemuk2 pipi je yg naik mcm belon.

Dah pakat kawin gemuk dh la.tgu kawin n beranak je la.. nnti risau plak berat naik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.045641 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list