CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2977|Reply: 15

Bakar Piza Dalam Oven Guna Pinggan Plastik Tupperware, “Aku Ingat Tu Cheese…”

[Copy link]
Post time 30-3-2021 09:20 PM | Show all posts |Read mode
Bakar Piza Dalam Oven Guna Pinggan Plastik Tupperware, “Aku Ingat Tu Cheese…”



Piza adalah makanan kegemaran ramai orang, dan biasanya kita akan memesan sahaja piza dari kedai kerana cara pembuatannya yang agak rumit.

Namun kadang kala piza yang dibeli tidak dapat memuaskan tekak kita, jadi tidak hairanlah ada yang lebih gemar membuat piza sendiri di rumah.

Selain itu membuat piza sendiri juga adalah satu cabaran yang memuaskan jika ia berjaya dibuat dengan betul dan sedap.

Itulah yang cuba dilakukan oleh seorang gadis ini yang teruja untuk membuat piza homemadenya sendiri. Namun lain yang jadi apabila pinggan plastik yang digunakan cair di dalam oven.

Melalui perkongsian oleh Aina Farisya di Twitter, dia menggunakan 2 pinggan plastik jenama Tupperware milik ibunya untuk membakar piza di dalam oven.

WEHHH AKUUUU BUATTT PIZZAAA LEPASTUUU AKUUU LETAKKKK ATASSSS PINGGANNNN PASTUUUU PINGGANNN TU CAIRRR DALAMMM OVENNN ASTUU AKUUU INGAT TU CHEESEEE AKU HAPPY SIAKKK LAST LAST AKU BARUUUU INGATT TU PINGGANN BODOO DOOO APA AKU NAK JAWABBB KAT MAK AKUUUU ABISSS PINGGAN TUPPERWARE DIAA pic.twitter.com/v6kpc1goAa

— AinaFarisya (@ainerss) July 8, 2020

Apabila dia kembali dan melihat terdapat cairan berwarna kuning dan oren di dalam ketuhar, dia teruja kerana menyangka ianya keju dari piza yang meleleh.

Namun kemudian baru dia sedar bahawa cairan yang meleleh itu adalah pinggan plastik tersebut yang cair, membuat dia panik.

TAKUTTTTTTTTT DOOOOOOO pic.twitter.com/QiCA073JqF

— AinaFarisya (@ainerss) July 8, 2020

Gadis tersebut juga telah memberitahu bapanya denga teruja bahawa dia memasak piza di rumah namun tidak menyangka perkara itu akan berlaku.

Kerana takut dimarahi ibu gara-gara merosakkan pinggan berharga tersebut, gadis itu berkata dia akan merahsiakan kejadian itu dari ibunya sehinggalah ibunya mendapat tahu sendiri.

Dear mama,
Im really sorry. Saya tau saya bodoh. Tapi saya tetap cantik & comel. Saya tau nanti orang cakap kalau cantik comel tapi bodoh tak guna jugak. Takpe chill lah, hahahahaha. Mamaku tersayang, benda ni saya takkan bagitau sehingga awak yang terperasan sendiri. Forgive me pic.twitter.com/2gnW3J80kT

— AinaFarisya (@ainerss) July 8, 2020

Namun netizen mempunyai pelbagai reaksi terhadap kejadian lucu itu, ada yang menyokong gadis itu untuk tidak memberitahu ibunya, dan ada yang suruh dia berterus terang sahaja. Selain itu ada juga yang menjelaskan bahawa menggunakan ketuhar untuk memanaskan makanan tidak sama seperti microwave.

“Takyah bagitahu…”







SUMBER
TWITTER AINA FARISYA




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2021 09:56 PM | Show all posts
relaks.. not guilty until proven guilty
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2021 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Kau ingat tu microwave oven ke deknon?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2021 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Attention seeker. Bnda simple mcm ni pn x bole pk. Pinggan plastik mmg cair la kalo letak dlm oven
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2021 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti  bau plastik terbakar.. X lama dik.. Mmg mak ko boleh detect.. Baca lah doa tolak bala..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2021 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
epuepy replied at 30-3-2021 10:17 PM
Attention seeker. Bnda simple mcm ni pn x bole pk. Pinggan plastik mmg cair la kalo letak dlm oven { ...

I baru ni pun ada tertengok compilation video orang putih, pun sama je level ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2021 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Dak dak zaman sekarang rasa nak bg penerajang aje lagi2 dgn dak jenie ngn loli bodoh tepu eh
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2021 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Attention seeker detected, acah2 bodoh tak boleh fikir plastik akan cair dalam oven eh?

Iols perasan yang Tupperware selalu jadi mangsa bila orang up status nak trending. Kalau guna bekas plastik Ecoshop, orang baca di angin lalu je, kan

Tapi iols lagi rengsa tengok kesalahan ejaan status kau dek, motif nak repeat huruf banyak2 ooo rrr mmm nnn bbb, dengan capslock semua sekali, annoying af

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2021 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Btw iols xpnh nmpk lg pinggan tupperware warna oren dan kuning
Ada ek?

Rasa yg penah nmpak warna hijau, ungu/pink mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2021 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Sama bodoh dgn jizklongklong. Pasal kau la makin berkurang forumer cari
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2021 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Bbnu punya ayat seriously rengse nk baca.. Siak2 xhbs.. Ingt panggil tok siak ke lg satu huruf asik taip byk kali.. Ingt ni tajwid
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2021 07:04 AM | Show all posts
bangang tahap antarabangsa nama nya
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2021 08:12 AM | Show all posts
twiddeeerrrrrrr

100 thread, 101 pun tak boleh purcaya
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2021 09:54 AM | Show all posts
tak tau lak aku tupperware ada pinggan warna oren dgn kuning...biru ijo merah pepel je selalu aku tgk..
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2021 12:36 PM | Show all posts
Dah atas pizza tu rentung tang mana cheese lelehnya sah2 ler pinggan plastik yang cair.  Apa lagi elok gi beli baru buat ganti sama saiz sama colour saiz jenama.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2021 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
I pergi satu cafe tu, selamba je dia panaskan mee goreng dalam microwave guna pinggan  melamine.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.119743 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list