CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1151|Reply: 3

[Tempatan] Lebih 11 juta data pengguna Facebook di Malaysia bocor, ia termasuk nombor telef

[Copy link]
Post time 5-4-2021 06:29 PM | Show all posts |Read mode
Lebih 11 juta data pengguna Facebook di Malaysia bocor, ia termasuk nombor telefon dan lokasi
By Fatin Amanina 5:46 pm, 5 April 2021

Sebanyak lebih daripada 533 juta data peribadi milik pengguna Facebook dilapor telah bocor di dalam talian. Data tersebut merangkumi maklumat pengguna Facebook dari 106 negara, termasuk lebih dari 32 juta pengguna di AS, 11 juta pengguna di UK, dan 6 juta pengguna di India.

Perkara ini dikogsikan oleh Alon Gal, pengasas bersama syarikat keselamatan siber Israel, Hudson Rock, di Twitternya.

Berdasarkan perkongsian Gal, dia menunjukkan perkara ini terdedah sejak awal tahun 2020 lagi. Di Malaysia sahaja, sebanyak 11,675,894 akaun pengguna mengalami kebocoran maklumat.

Data itu termasuklah nombor telefon, ID Facebook, nama lengkap, lokasi, tarikh lahir dan ada juga yang melibatkan kebocoran maklumat alamat e-mel. Ini bermakna sekiranya anda ada pautkan nombor telefon anda di akaun Facebook, mungkin nombor telefon itu sudah diketahui penggodam.

Jurucakap Facebook memberitahu Insider bahawa data itu dibuang kerana kerentanan yang telah dibaiki pada 2019. Walaupun sudah lama, data-data itu tetap bermakna kepada penjenayah siber untuk menyamar atau melakukan sebarang penipuan melibatkan identiti pengguna Facebook.

Contohnya, nombor telefon ialah satu data yang penting, anda juga terima maklumat di situ seperti nombor TAC atau log masuk pengesahan ke mana-mana akaun. Jadi, jika penggodam dapat nombor telefon anda, banyak lagi maklumat lain mereka boleh dapat.

Selain itu, Gal mengatakan bahawa, dari segi keselamatan, tidak banyak yang dapat dilakukan Facebook untuk membantu pengguna yang sudah mengalami kebocoran data, kerana data mereka sudah terdedah. Tetapi dia tambah bahawa Facebook sekurang-kurangnya boleh bagi peringatan kepada pengguna untuk sentiasa berjaga-jaga.

Nampaknya Facebook belum ada ciri keselamatan yang kuat, jadi sebaiknya anda berhati-hati apabila berkongsi data peribadi anda di aplikasi itu kerana identiti anda mungkin akan disalah guna oleh pihak pengodam.

[Sumber: Insider, TheVerge]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2022 12:47 PM | Show all posts
acik2 flexing di fb tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 01:20 PM | Show all posts
Aku tarak fb
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 01:58 PM | Show all posts
dftar fb gune email lain yg khas utk spam, tulis nama palsu, tkde profil gmbar, tk penah post/like 1 benda dlm fb, tk pnah add friends / family bagai

sekadar silent reader aja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.069881 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list