Berita Harian
Oleh Nur Izzati Mohamad - November 13, 2024 @ 2:34pm [email protected]
BUKIT MERTAJAM: Wanita maut manakala seorang lelaki cedera selepas kenderaan dipandu mereka dihempap kontena yang terjatuh daripada sebuah treler dalam kemalangan di Jalan Bukit Tengah, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 9.16 pagi itu, mangsa, Lee Zi Rou, 21 meninggal dunia di lokasi kemalangan ekoran kecederaan parah dialaminya.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Perda, PBK II Mohd Nor Azamuddin Abdullah berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan berhubung nahas berkenaan.
"Kemalangan membabitkan lima kenderaan iaitu tiga kereta dan dua lori termasuk sebuah treler.
"Mangsa lelaki berusia 25 tahun dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba dan dibawa ke hospital untuk rawatan, manakala anggota kita menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa wanita yang tersepit," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohd Nor Azamuddin berkata, bagaimanapun wanita itu tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan yang berada di lokasi.
"Mayat wanita berkenaan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
"Bomba kemudian menjalankan kerja-kerja pengalihan kontena yang terjatuh dengan menggunakan dua kren sebelum menamatkan operasi berkenaan," katanya.
Terdahulu tular video dan beberapa keping gambar di media sosial memaparkan deretan kenderaan yang berada di persimpangan lampu isyarat Jalan Persekutuan di Bukit Tengah di sini dikejutkan dengan insiden kontena yang terjatuh dari sebuah treler sehingga menyebabkan seorang dilaporkan terbunuh manakala seorang lagi cedera.
Menerusi rakaman kamera papan pemuka dari sebuah kenderaan dekat situ mendapati pemandu treler membelok kenderaannya sebelum kontena yang dibawanya telah terbalik dan menimpa beberapa kenderaan yang sedang menunggu di lampu isyarat terbabit.
Difahamkan, mangsa yang maut dalam perjalanan ke tempat kerja dan memandu kenderaan itu seorang diri.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Pemandu lori kontena terbalik hempap kereta direman 4 hari
Oleh Nur Izzati Mohamad - November 14, 2024 @ 11:13am [email protected]
BUKIT MERTAJAM: Pemandu lori kontena terbalik sebelum menghempap kenderaan hingga seorang wanita maut di persimpangan lampu isyarat di Bukit Tengah menghala Kebun Sireh, di sini semalam direman empat hari.
Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan membenarkan reman terhadap lelaki berusia 51 tahun itu bermula hari ini hingga Ahad.
Ia bagi membolehkan pihak polis melakukan siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Terdahulu suspek yang ditahan semalam tiba di mahkamah sekitar jam 8.20 pagi diiringi anggota polis sempat menunjukkan tanda 'peace' ketika pihak media merakamkan wajahnya.
Insiden itu membabitkan lima kereta dan sebuah lori yang sedang berhenti di lampu isyarat menunggu giliran untuk bergerak.
Dalam kejadian 9.15 pagi semalam, wanita berusia 21 tahun maut di lokasi kejadian manakala lelaki berusia 25 tahun cedera dan dirawat di Hospital Bukit Mertajam (HBM).
Tular video dan beberapa keping gambar di media sosial memaparkan deretan kenderaan yang berada di persimpangan lampu isyarat Jalan Persekutuan di Bukit Tengah di sini dikejutkan dengan insiden kontena yang terjatuh dari sebuah treler sehingga menyebabkan seorang dilaporkan terbunuh manakala seorang lagi cedera.
Menerusi rakaman kamera papan pemuka dari sebuah kenderaan dekat situ mendapati pemandu treler membelok kenderaannya sebelum kontena yang dibawanya telah terbalik dan menimpa beberapa kenderaan yang sedang menunggu di lampu isyarat terbabit.
Difahamkan, mangsa yang maut dalam perjalanan ke tempat kerja.
Teringat waktu dulu... lori kontena kat SKVE kawasan susur keluar masuk MAEPS dan Hospital Serdang tak penah yang perlahan. Tambah-tambah kontena yang kontot tu.
Post time 13-11-2024 08:47 PMFrom the mobile phone|Show all posts
kat highway pasir gudang pernah berlaku lori kontena jalan kat jalan lurus tapi kontena tu terlepas dari lori.. abam lori tak perasan yawwwww dia terus bawak laju pastu tak lama lepas tu dia perasan sbb kenapa tekan minyak kuat2 tapi laju semacam je....
nasib baik masa kontena tu jatuh tkde keta kat belakang