CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3033|Reply: 7

Pesanan dari jirat Cina jam 7.15 malam bukan prank. Memang pengali kubur yang or

[Copy link]
Post time 28-4-2021 05:32 PM | Show all posts |Read mode
Bukan prank, memang pesanan penggali kubur
Redzuan Muharam



MUHAMAD Nur Zulfikar berkongsi pengalamannya menunggu pelanggan selama 30 minit di jirat Cina Tasik Ipoh. FOTO Ihsan Muhamad Nur Zulkifar Azizi

Ipoh: "Memang seram kerana saya datang berseorangan dan perlu menunggu lama di kawasan tanah perkuburan Cina yang sunyi," kata penghantar makanan, Muhamad Nur Zulkifar Azizi.

Muhamad Nur Zulfikar, 26, bapa seorang anak berusia lapan bulan memberi reaksi itu ketika diminta berkongsi pengalamannya menunggu pelanggan selama 30 minit di jirat Cina Tasik Ipoh, di sini.

Kisahnya tular selepas memuat naik video di TikTok yang menunjukkan dia mengeluarkan bungkusan minuman di sebuah kawasan perkuburan.

Muhamad Nur Zulfikar dari Kampung Tersusun Tanah Hitam New Village, Chemor berkata, dia menerima pesanan itu kira-kira 6.46 petang kelmarin dan tiba di tanah perkuburan berkenaan pada 7.15 malam.

Setibanya di situ, Muhamad Nur Zulfikar cuba menghubungi pelanggan terbabit beberapa kali, tetapi tidak dijawab.

"Saya sangka dipermainkan kerana pernah terkena sebelum ini, salah satunya di sebuah kawasan hutan. Namun, saya tunggu juga pelanggan itu walaupun berasa seram kerana hari sudah malam.

"Setengah jam kemudian, baru pelanggan itu muncul dan rupanya dia tidak perasan panggilan saya kerana sibuk menggali kubur," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Muhamad Nur Zulfikar, pelanggan itu memohon maaf kerana kelewatannya mengambil enam minuman yang dipesannya.

Katanya, apa yang berlaku tidak membuatkan dirinya serik kerana menganggap ia sebagai lumrah pekerjaannya.

"Saya sudah memilih pekerjaan ini, jadi perlu kentalkan hati saja untuk menerima cabaran. Lagipun, saya tidak boleh beredar begitu saja tanpa menghantar pesanan kerana ia boleh menjejaskan prestasi kerja.

"Disebabkan itu saya tunggu juga dan mujurlah ia bukan 'prank' atau cubaan jenayah," katanya.

Mengulas mengenai videonya yang tular, Muhamar Nur Zulfikar berkata, ada pihak menganggapnya sebagai kelakar, tetapi tidak kurang juga prihatin kerana bimbang dengan keselamatannya.

"Rata-rata netizen mengingatkan saya supaya berhati-hati dan saya hargai keprihatinan mereka.

"Cuma, cabaran kerja saya ini sukar diduga kerana pernah hampir dirompak ketika dalam perjalanan ke bank untuk memindahkan wang bernilai RM900 pada Ogos lalu, namun terselamat," katanya yang juga aktif memberi makan kepada gelandangan dan petugas barisan hadapan dengan rakan penghantar makanan yang lain.

Disiarkan pada: April 28, 2021 @ 4:59pm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2021 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2021 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Cinta si penggali kubur: Abang dah bagi anak kita panadol dah
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2021 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
.....kisahnya.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2021 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Hihihi..sian abg panda..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2021 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Mujur bukan.prank
Kesian kalau kena prank...
Penggali kubur pung lapar juga..
Naseb ada foodpanda
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2021 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Cer tgk sikit ghoper nye
Hensem x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2021 06:50 PM | Show all posts
betul la tu
kalau kita pun
time lapar masa gali kubur
dah tentu kena panggil foodpanda, grab
lokasi kena bagi betul la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.055040 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list