CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2339|Reply: 6

Ini Adalah Asal Usul Dan Sejarah Juadah Hari Raya

[Copy link]
Post time 12-5-2021 07:21 AM | Show all posts |Read mode
Ini Adalah Asal Usul Dan Sejarah Juadah Hari Raya



Bulan Syawal ialah bulan yang paling dinanti-nantikan oleh umat Islam setelah berlalunya bulan Ramadan. Jika ditanya, pastinya juadah lebaran sering menjadi perkara yang paling ditunggu oleh orang ramai.

Antara juadah lebaran yang menjadi signifikasi di pagi raya ialah ketupat, lemang, rendang dan juga kuih-muih seperti dodol dan wajik.

Namun begitu, pernahkah terlintas di fikiran anda dari mana asalnya juadah ini?

Ketupat



Ketupat merupakan salah satu hidangan yang wajib ada pada pagi raya. Ketupat bukan sahaja terdapat di Malaysia tetapi juga di beberapa negara di Asia Tenggara seperti di Singapura, Indonesia, Brunei dan Filipina.

Hidangan raya yang ikonik ini sebenarnya berasal dari Jawa, Indonesia setelah kedatangan Islam ke Tanah Jawa. Ketupat mula diperkenalkan oleh Sunan Kalijaga kepada masyarakat Jawa.

Manakala di Malaysia, sejarah terawal ketupat boleh didapati melalui Hikayat Inderaputera yang ditulis pada tahun 1700.

Meskipun begitu, maklumat secara lisan berkaitan ketupat dipercayai bermula lebih awal kerana pada zaman Srivijaya, catatan pendeta Buddha sudah menunjukkan keutamaan ketupat dalam majlis-majlis penting seperti ketika berbuka puasa.

Hidangan ketupat ini juga dikatakan makanan yang dianggap mulia kerana dinobatkan setinggi-tingginya dalam sebuah upacara Hindu.

Terdapat juga sebuah ritual “Perang Ketupat” yang turut dikenali sebagai “Aci Rah Pengangon” yang merupakan sebuah upacara untuk memohon keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta memanjatkan rasa syukur terhadap Sang Hyang Widhi atas hasil tuaian di Bali.

Rendang


Rendang juga sering digandingkan bersama ketupat. Raya tidak akan lengkap tanpa kedua-dua makanan ini.

Asal usul rendang dikatakan telah disediakan oleh orang Minangkabau yang berasal dari Indonesia. Budaya Minangkabau telah dibawa ke Malaysia dan diadaptasi mengikut cara masyarakat setempat.

Justeru itu, budaya serta masakan masyarakat di Malaysia juga sedikit sebanyak telah dipengaruhi.

Lemang


Kewujudan lemang di Malaysia dikatakan berasal dari orang Asli yang terdapat di Malaysia yang menjadikan lemang sebagai sumber makanan utama mereka.

Makanan ini juga dikatakan berasal dari orang Asli di negeri Kelantan atau lebih dikenali sebagai orang Asli Negrito atau orang Asli Semang.

Lemang juga pernah menjadi salah satu makanan utama di Malaysia sejak dari tahun 1864 pada suatu ketika dahulu.

Sebatang lemang mengandungi vitamin A yang bagus untuk tumbesaran, kalsium yang menguatkan tulang serta zat besi sebagai bahan yang memproses protein dalam badan.

Dodol



Dodol bukan sahaja terkenal di Malaysia tetapi juga di Singapura, Brunei, Filipina terutamanya di daerah Luzon dan Mindanao, Sri Lanka dan Myanmar yang dikenali sebagai mont kalama.

Kemunculan dodol yang mengandungi beras di dalamnya merupakan salah satu simbol bagi budaya agraria dari masyarakat Betawi pada masa dahulu.

Kini, dodol muncul dengan pelbagai perasa dan juga warna seperti dodol berwarna kuning yang dipanggil lempuk, lebih terkenal di Kelantan, Terengganu, Thailand dan juga Indonesia.

Makanan-makanan ini menjadi hidangan utama untuk dinikmati yang melengkapi pagi raya kita semua.

Sumber:
OrangKata.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2021 04:32 AM | Show all posts
informative.. nice
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru ku tahu...thanks info
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 10:59 AM | Show all posts
menarik info..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 02:29 PM | Show all posts
Dodol juga sering muncul di forum dgn nama dodolgemok..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2021 08:07 PM | Show all posts
Info yang sangat menarik.
Nice
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2021 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Interesting dan sedap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 09:54 AM GMT+8 , Processed in 0.254865 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list