CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15164|Reply: 1

[Tempatan] Bufet Ramadan Dah Tiba :Pusat Konvensyen KL tawarkan harga semurah RM205.Anda teruja?

[Copy link]
Post time 17-1-2025 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (Pusat) mengalu-alukan tetamu untuk meraikan bulan Ramadan dengan menikmati bufet Tradisi Semarak Rasa. Bufet yang istimewa ini menampilkan menu masakan Malaysia asli yang pasti memikat selera pengunjung di mana diskaun khas diberikan untuk tempahan awal (early bird), warga emas dan kanak-kanak.

Bufet Ramadan untuk orang awam ini menyajikan hidangan luar biasa yang menggabungkan masakan tradisional dan kontemporari. Antara tarikan kulinari yang disediakan termasuk telur sotong goreng mamak, ayam salai nangka muda, masak lemak cili padi, udang goreng cili dan bawang putih, dan sayur goreng ikan masin. Para tetamu juga boleh menikmati pilihan kuih tradisional seperti onde-onde gula Melaka dan minuman kegemaran ramai seperti teh tarik dan Sirap Bandung. Dalam menyokong sektor pertanian tempatan, , Pusat ini menggunakan 70% daripada produk dan ramuan yang diperlukan daripada sumber tempatan. Selain menyokong pertanian tempatan, ia juga dapat memastikan kualiti dan kesegaran bahan-bahan yang digunakan.

“Menu tahun ini meraikan warisan kulinari Malaysia yang diolah semula dengan sentuhan moden untuk mencipta pengalaman  hidangan yang inovatif dan penuh nostalgia,” kata Chef Hisham Bin Jaafar, Chef Eksekutif Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

“Kami juga menyediakan pilihan hidangan yang lebih sihat dalam memenuhi kehendak ramai yang semakin berkembang. Ini membolehkan pengunjung untuk menikmati hidangan kegemaran mereka disamping mengekalkan keseimbangan. Selain itu, para tetamu yang beragama Islam boleh menikmati hidangan kami dengan penuh ketenangan dan tanpa rasa was-was kerana kami disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Kami teruja untuk menerima orang awam melalui hidangan yang bukan sahaja menyelerakan tetapi juga menyokong masyarakat dan menggalakkan amalan kemampanan.”

Bufet Ramadan ini akan diadakan di Tingkat 4 bermula 8 Mac hingga 26 Mac 2025, pada harga bersih RM205 seorang. Tempahan awal yang dibuat antara 15 Januari dan 13 Mac 2025 akan menikmati kadar istimewa pada harga bersih RM185 seorang. Warga emas berumur 55 tahun ke atas dan kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun menerima diskaun 50%, manakala kanak-kanak dibawah umur 4 tahun adalah percuma. Dengan kapasiti yang terhad tidak lebih daripada 250 tetamu, tempahan awal adalah sangat digalakkan.

Syarikat korporat juga mempunyai pilihan menu khas yang menampilkan hidangan istimewa seperti kerabu taugeh sotong pedas, ikan bilis goreng pedas dan kacang bersambal dan sate. Pilihan menu khas ini didatangkan bersama-sama dengan Chef Action Stations yang menyajikan mee kari sarang teloq dan kambing panggang. Pada harga bersih RM198 seorang, menu syarikat korporat ini juga menampilkan pencuci mulut yang lazat seperti banana and tamar bread butter pudding, kek petit red velvet dan kuih-muih tradisional Melayu. Untuk kemudahan para tetamu, Pusat ini menawarkan kemudahan solat yang lengkap termasuk bilik solat, ruang wuduk, sejadah dan telekung yang disediakan atas permintaan, untuk pengalaman berbuka puasa dan menunaikan solat yang selesa.

Sebagai Healthy Venue pertama di Malaysia yang diperakui oleh Healthy Venues Organisation, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur memperlihatkan komitmennya terhadap kesejahteraan dan kemampanan melalui inisiatif seperti sistem pengurusan sisa makanan Winnow dan memfokuskan untuk menggunakan bahan-bahan daripada sumber tempatan.

Untuk tempahan, hubungi Business Centre di +603-2333 2866 atau e-mel [email protected]. Baucar Bufet Ramadan boleh didapatkan di Parkview Café (Tingkat 1), Café 88 (Aras Bawah) dan TenOnCall (Tingkat 4).

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2025 02:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Buffet ramadhan Kl convex biasanya sedap... dulu2 nescafe tarik dia sedap gila.. but then... lately dah tak sedap...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.259005 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list