|
Kroos positif Covid-19

KROOS (kiri) tak dapat bantu Real pada Ahad ini. FOTO AFP
Madrid: Pemain tengah Real Madrid dari Jerman, Toni Kroos diuji positif Covid-19 sekali gus terlepas aksi penting liga terakhir hujung minggu ini.
Real menduduki tangga kedua La Liga, dua mata di belakang pendahulu Atletico Madrid dengan baki satu perlawanan menentang Villarreal pada pagi Ahad.
Kroos tidak beraksi ketika Real menewaskan Athletic Bilbao 1-0 kelmarin susulan protokol kesihatan dan keselamatan selepas dia didapati kontak rapat dengan seseorang sebelum ini.
"Real Madrid mengumumkan pemain kami, Toni Kroos didapati positif Covid-19 selepas menjalani ujian hari ini,'' menurut kenyataan kelab.
"Kroos menjalani kuarantin sejak Jumaat lalu, 14 Mei selepas didapati kontak rapat dengan orang lain yang diuji positif."
Kemenangan Real pada Sabtu lalu membolehkan mereka terus bersaing dengan Atletico dalam perebutan gelaran La Liga.
Kesihatan Kroos turut dipantau jurulatih Jerman, Joachim Low menjelang Euro 2020 bulan depan. Bekas pemain Bayern Munich itu terlepas aksi kelayakan Piala Dunia pada Mac lalu akibat kecederaan.
Sumber:https://www.hmetro.com.my
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|