CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6298|Reply: 28

Isteri Ridzuan Ridzokumura meninggal

[Copy link]
Post time 28-2-2025 12:29 PM | Show all posts |Read mode


Isteri Ridzuan Ridzokumura iaitu Akiko Okumura meninggal dunia pada Jumaat.

Berita duka itu disahkan sendiri oleh Ridzuan atau Abd Ridzuan Abdul Mutalib, 50, yang memaklumkan perkara itu menerusi Instagram miliknya.

Ridzuan dalam hantaran tersebut memberitahu isterinya sudah meninggalkan dia dan anak lelaki mereka buat selama-lamanya.

"Al-Fatihah buat arwah isteri saya Akiko telah pergi meninggalkan saya dan anak selamanya," katanya.

  


Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terkejut mendengar khabar duka itu kerana baharu semalam (Khamis) mereka melihat Ridzuan dan Akiko dalam sesi siaran langsung di TikTok.

"Abang (Ridzuan) baru tengok live Akiko. Betul ke ni Abang Riz?

"Masa live semalam (Khamis) saya Nampak muka Akiko lain sikit. Sembam lain macam. Al-Fatihah. Moga abang sentiasa kuat," tulis netizen.

  


Dalam pada itu, anak saudara kepada Ridzuan iaitu pelakon Zarina Zainuddin turut mengucapkan takziah atas pemergian isteri usahawan berkenaan.

"Isteri pakcik Ridzuan telah meninggal dunia. Semoga Allah tempatkan arwah dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh," ujarnya.

Bagaimanapun punca kematian Allahyarham tidak dijelaskan dan usaha mStar mendapatkan kenyataan Zarina tidak berjaya apabila panggilan yang dibuat tidak dijawab.

  


Untuk rekod, Ridzuan mendirikan rumah tangga dengan Akiko yang juga merupakan seorang wanita asal Jepun pada Februari 2009.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Sky Taizo Okumura yang kini berusia 13 tahun.

  


Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2025 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Xde sape tau ke punca meninggal kenapa? Sb rasanya dari tahun lepas akiko asik warded je kan
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2025 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Terkezut. Maknya baru lgi meninggal.. sakit apa ya? Rasa age mcm muda lagi
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2025 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Alfatihah.

Terkejut! Baru je layan live dia. Memang lately nampak akiko rajin layan live dgn ridzo. Selalu dia taknak join live. Dah takde juadah berbuka sky & ridzo lepas ni. Sgt teratur juadah akiko buat mcm kat restoran. Taktau la nape kita rasa sedih plak plus terkejut
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2025 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainalillahirojiuun. Terkejut betul ni. Baru je teringat kediaorg ni sbb dh nk masuk bulan puasa ni nk tgk masakan Akiko utk family dia.  Puasa thn sll layan live ridz sbb suka tgk menu yg Akiko buat. Dia mmg seorang ibu Dan isteri yg bededikasi. Alfatihah.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2025 12:50 PM | Show all posts
Wey jgn laa. Betui ka ni. Baru nampak dia balik perak ngn akiko. Allah ..Kesiannya sky
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2025 12:50 PM | Show all posts
Al fatihah utk arwah isteri Ridzuan. Terkejut sgt dgr.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2025 12:55 PM | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun

Al Fatihah

aku nampak ridzo dgn sorang lelaki hari Selasa lepas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2025 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Inna lillah hi wainna ilaihi rojiun….. terkejutnya
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2025 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailihirojiun. Semalam mcm lalu kt tiktok dorg live. Mmg terkejut gak. Ye la, bila ajal dh tiba.. takde lewat sesaat pun kan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2025 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dauswq at 28-2-2025 01:59 PM

Mgkn ats permintaan arwah bini dia kot selama ni dia rahsiakan penyakit kritikal yg dialami arwah bini dia sepanjang bermedia sosial. sbb tu aku perasan apa saja komen net yg berbaur lucah, biadap, nakal dia tak berapa melatah tapi balas komen itu dgn sindiran atau nasihat.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2025 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah wa inna ilaihi rojiun.
Mmg xde anyone share kenapa arwah pergi? Meninggal di Malaysia ke di Jepang?
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2025 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun. Takziah buat ridzo dan sky.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2025 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Al Fatihah ..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2025 03:54 PM | Show all posts
nk tahu sgt sakit apa.. sedih nk ramadan ... soo sad..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2025 04:53 PM | Show all posts
yg baca ulser perut ..
tapi kesian sky..mmg rapat betul dgn mak dia ..
masuk hospital pun menangis kena tinggal ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2025 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sangka nya...semalam aku baru lyn live depa
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2025 05:22 PM | Show all posts

Innalillahiwainnailaihirojiun. kesian dekat sky, anak tunggal pulak. suka tengok celoteh ridzo loghat perak. selalu cakap aku hempok nanti time melawak dengan sky. takziah, akiko may Allah grant you highest jannah.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2025 05:29 PM | Show all posts
Terkejut sgt! Suka tgk lauk dorang time berbuka & sahur

Mmg rajin akiko memasak

Hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2025 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah...sedihnya...kesian sky..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.176276 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list