CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1015|Reply: 0

PM tiup semangat Harimau Malaya

[Copy link]
Post time 19-5-2021 08:56 PM | Show all posts |Read mode
PM tiup semangat Harimau Malaya


FOTO FB Muhyiddin Yassin



Kuala Lumpur: Selamat berangkat dan berjuang Harimau Malaya. Itu kata-kata semangat Perdana Menteri Tan Seri Muhyiddin Yassin kepada skuad Harimau Malaya yang akan berlepas ke Dubai esok Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi memulakan persiapan dan latihan sebelum saingan sebenar bermula pada 3 Jun depan.

Muhyiddin menerusi kenyataan di Facebooknya memaklumkan bahawa peminat bola sepak tanah air pastinya teruja menunggu aksi pasukan bola sepak negara pada baki saingan kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 Zon Asia.

Menurutnya, seperti peminat di luar sana, beliau juga mengikuti perkembangan skuad kendalian Tan Cheng Hoe yang dimaklumkan akan berlepas ke Dubai esok.

"Saya yakin skuad kebangsaan memiliki segala kebolehan dan ramuan untuk melakar kejayaan pada baki saingan menentang UAE, Vietnam dan Thailand yang diadakan secara berpusat di Dubai nanti.

"Harapan saya, begitu juga seluruh rakyat Malaysia, bermainlah dengan sepenuh hati. Insya-Allah, Harimau Malaya mampu mengaum megah dan melakar sejarah. "Selain aksi di atas padang, saya juga ingin berpesan supaya jagalah kesihatan dan keselamatan masing-masing. Semoga Jalur Gemilang berkibar megah dan anda semua kembali ke tanah air dengan selamat," katanya.

Skuad kendalian Cheng Hoe akan berlepas ke Dubai esok dalam siri perlawanan persahabatan pertama menentang Kuwait.

Selepas menentang Kuwait, skuad kebangsaan berlepas ke Manama untuk berdepan Bahrain pada 28 Mei dalam aksi persahabatan kedua yang juga perlawanan Kelas 1, sebelum kembali ke Dubai bagi menghadapi aksi pembukaan Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Malaysia yang berada di kedudukan kedua akan bertemu UAE pada 3 Jun, diikuti aksi berdepan Vietnam (11 Jun) sebelum menamatkan kempen kelayakan menentang Thailand pada 15 Jun.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.074029 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list