"Saya bagi contoh. Lelaki mana suka perempuan bossy, pentingkan diri, dia sahaja betul, perasan cantik, perasan pandai walaupun memang cerdik anugerah dekan setiap semester. Mungkin adalah kot lelaki suka ciri-ciri perempuan yang saya sebutkan tadi.
"Kebanyakkan lelaki Islam, Melayu, Asia suka perempuan yang berperwatakan keibuan, lembut tetapi tegas, hormat pada keluarga dia dan tahu membawa status seorang isteri apabila berkahwin.
"Buat-buat bodoh dan bodoh adalah dua pemahaman yang berbeza.
"Kita bincang dalam konteks 'Asia'.Lain dengan lelaki 'luar'. Cara didikan, agama dan pendedahan mereka berbeza. Nama pun pendapat, tak ada yang betul, tak ada yang Salah.
"Yang salahnya, sosial media digunakan untuk tunjuk perasaan, maki hamun. Lelaki baca pun seram. Defensive sangat. Kalau benda ini pun tak boleh nak bawak bincang, bayangkan kalau kahwin nanti?
"Jadi perempuan kena banyak sabar. Sabar adalah kunci segalanya bagi seorang wanita. Kalau kita rasa kita betul pun, bukan waktu tu jugak kita kena buktikan kita betul. Ada yang keras hati cakap, " Baik tak payah bersuami" - terpulang.
"Bagi saya bersuami adalah ibadah. Yang beragama Islam, kembali kepada apa yang Allah perintah," sambungnya.
Menurut Nurul, dia perlukan suami untuk membimbingnya. Dia tidak menafikan bahawa dalam perkahwinan sememangnya banyak dugaan. Tetapi apa yang perlu ada pada seorang isteri hanyalah kesabaran.
"Nak ikut perasaan memang boleh 'blah'. Tapi buat apa kadang-kadang hal kecik kita nak besarkan, sampai bila nak selesai? Bukan harta, bukan cantik, bukan pangkat yang menjadi kebanggaan seorang wanita tetapi kesabaran adalah kunci bagi perjalanan setiap yang bergelar wanita," tulisnya panjang lebar.
Rata-rata warganet bersetuju dengan Nurul Zahid di Instagram dan meninggalkan komen positif terhadap pendapat yang dikongsikan.
Foto: Instagram Nurul Zahid
Sementara itu, Prof. Datuk Dr. Muhaya telah memberi maklum balas mengenai kenyataan 'Bodoh-bodoh sikit' di sosial medianya pada lewat petang, kelmarin. Diharapkan, penjelasan dan permohonan maaf yang dibuat Prof Muhaya dapat meleraikan perbalahan dan kekecohan yang berlaku dalam kalangan wanita di negara ini. -
CARI
Sumber: Instagram Nurul Zahid dan
Mingguan Wanita