View: 12258|Reply: 71
|
Ibu terkilan. Tetamu datang ziarah bayi baru lahir komen anak 'kulit gelap'
[Copy link]
|
|
mstar.com.my
Ibu sedih kenang ‘mulut orang’, datang ziarah bayi baru lahir sempat komen ‘kulit gelap’... selepas anak umur setahun ada komen lain pula!
Sabtu, 12 Jun 2021 7:00 AM
TIDAK dapat bayangkan bagaimana perasaan seorang ibu apabila anak yang dikandungnya selama sembilan bulan menjadi sindiran hanya kerana berkulit gelap ketika dilahirkan.
"Kesian anak ibu, lahir-lahir ja dah kena kena body shaming. Salah ke dilahirkan berkulit gelap? Mulut orang kan, baby pun kena. Kulit gelap atau cerah, ibu tetap sayang," demikian luah seorang wanita menerusi satu perkongsian video di TikTok.
Sehingga kini video tersebut meraih sehingga 274,000 jumlah tontonan.
Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Najwa berkata bayi kedua yang dilahirkannya setahun lalu itu sering dibandingkan dengan anak sulungnya yang berkulit lebih cerah.
"Masa awal-awal anak kedua, Muhammad Ziyyad Aydan lahir, kulitnya agak gelap sedikit jika dibandingkan dengan kakak dia. Adalah segelintir orang sekeliling yang datang ziarah tapi sempat pula sentuh perihal warna kulit.
"Bukan saja orang sekeliling, tapi ada juga rakan di Facebook komen macam tu bila saya upload gambar baby. Siap ada yang bertanya sambil bergurau 'bapa lain-lain ke?'.
"Saya faham walaupun mungkin bergurau, tapi tak wajar rasanya nak komen atau keluarkan kata-kata seperti itu. Mula-mula saya hanya diam tersenyum saja, tapi dalam hati Allah saja tahu perasaan saya.
"Ada kalanya terasa, mengalir juga air mata. Emosi jugalah... lebih-lebih lagi masa tu saya sedang tempoh berpantang, suami pula bekerja jauh. Selain mengadu dengan suami, saya banyakkan dengar ayat Al-Quran dan berzikir," ujar ibu muda berusia 25 tahun ini.
Bagaimanapun menginjak usia setahun, bayi lelaki yang sering menjadi 'bahan usikan' kini membesar dengan sihat malah kulitnya juga lebih cerah berbanding sewaktu dilahirkan.
Menurut ibu kepada dua cahaya mata ini, perubahan tersebut turut mengundang perhatian orang sekeliling.
"Bila kulitnya dah cerah, tetap ada juga kata-kata seperti 'eh dah putih... dah cerah' dan sebagainya. Masa gelap kena, masa kulit cerah pun kena.
Seeloknya jagalah tutur kata masing-masing. Tak perlu nak kritik, tak perlu nak buat perbandingan.
NAJWA
IBU
"Dulu sebelum ada anak, selalu juga dengar kata-kata macam ni kepada anak orang lain. Sekarang dah ada anak sendiri, baru tahu rasanya macam mana," katanya lagi.
Tambah Najwa, dia memuat naik video mengenai kisah anaknya di TikTok kerana sekadar mahu berkongsi pengalaman suka dukanya bergelar seorang ibu.
"Selepas saya share video tersebut, ada juga yang kongsi kisah mereka yang seakan-akan sama dengan kisah saya. Tapi dalam banyak-banyak komen tu, ada juga daripada wanita yang meluahkan rasa sedih kerana mereka turut diperkatakan kerana masih belum menimang cahaya mata.
"Lagilah sedih... bayangkan bagaimana perasaan mereka bila ramai bertanya pasal anak. Kesian sangat.
"Seeloknya jagalah tutur kata masing-masing. Tak perlu nak kritik, tak perlu nak buat perbandingan. Cuba letakkan diri kita dalam situasi orang tu. Daripada bercakap bukan-bukan, sepatutnya doakan yang terbaik untuk orang lain," katanya lagi.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
gambar aku upload kemudian
ada masalah nk upload dlm CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Baby ni kekadang kulit gelap.sebab kurang vitamin d..
Dan yang komen anak orang kulit gelap.tu macam la dia cerah benor...simpan dlm.ati jelah komen tu..kang cucu kau gelap cam.buntut kuali kang..baru tau |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
mcm my mil..compare anak2 i dgn cucu kesayangan dia yg kaya raya..memang terasa hati, seminggu dtg rumah, seminggu cakap bukan2. kadang2 rs seronok pkp, x boleh rentas negeri so dia xdpt dtg rumah i dan menyakitkan hati. 6 tahun sabar dah |
|
|
|
|
|
|
|
gelap cerah ke, kembang kecut ke,
selagi bukan tanda masalah kesihatan yang membimbangkan
tutup je la mulut
cuba kalau orang kata awak tu, kulit je putih lepak,
mulut hauk. sentap ke idok |
|
|
|
|
|
|
|
Baby kan, memang la lain muka baru lahir, sebulan tu lain pulak, dah setahun pun lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Mulut laser ni selalunya hidup tak happy so dorang create and attract attention dengan melaser selagi boleh. Gitu lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Alah aku banyak kali kena dengan anak yang sulung. Kesian dia. Aku dah rasa kebal dah. Tapi anak aku 7 tahun laki ritu masa raya depan tetamu lain boleh plak abang ipar aku cakap " kenapa ko itam?!!". Tibe terang MCM takda topik lain. Anak aku terdiam. Tak tahu nak jawab apa la kan. Bila dah balik tu aku tanya anak aku kenapa abang diam..dia jawab "abang tak tahu nak jawab apa".
Ok pahni ni aku nak ajar menjawab kat orang tua tu. Tanya balik kenapa pakcik tak hensem botak dan pendek. Kenapa anak2 pakcik semua tak hensem. Cucu perempuan pakcik PON botak. Hahahaha. |
|
|
|
|
|
|
|
Ntah apa2 budak2 pun nak dikondem. Apa masa mak bunting kita boleh reka / cipta sendiri ke kejadian anak dlm perut tu?? Nak yg putih2 gebu, nak tembam, nak hidung mancung etc?? Asalkan anak yg keluar tu sempurna cukup sifat sihat pun dah alhamdulillah. |
|
|
|
|
|
|
|
I pon kena masa kecik. Sebab parents I putih, tapi I keluar gelap. Bila besar makin cerah, tapi badan ada 3 tone pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
naina replied at 12-6-2021 09:40 AM
Alah aku banyak kali kena dengan anak yang sulung. Kesian dia. Aku dah rasa kebal dah. Tapi anak aku ...
Hahaha... suruh pakcik tengok cermin dulu sblm tanya soalan tu. Bodoh lahai tnya bebudak soalan mcm tu ken. |
|
|
|
|
|
|
|
Pengalaman I sendiri, masa umur i 8tahun, jiran tanya mak i depan2 muka i “bela dari kecik ka”
Mak i jawab “ye” sbb mak i ingt dia tnya psl kucing yg i tgh main tu. LOL...
Mak i kulit melayu yg koko2, bapak i cerah sikit, i mewarisi kulit nenek sbb nenek i cina masuk islam. |
|
|
|
|
|
|
|
Lepastu bila i dah ada anak sendiri, anak i sorg pun tak ikut muka atau skin color i. Biras i kan, everytime kita jmpa, mesti compare muka i dgn anak2 i. Anak i yg sulung ikut muka husband, so yg tu no query la. Yg no 2 tu xde langsung muka sesapa. Putih gebu pun tidak. Yg tu la selalu jd Topik biras i. Ni pkp dah setahun x jmpa. Legaaa. |
|
|
|
|
|
|
|
apee masalahnye kalau baby tu hitam pun ko tu yg hati hitam. bilal bin rabah pun kulit hitam tp jd org pertama masuk syurga kot |
|
|
|
|
|
|
|
Baik diam je dari bercakap benda sakitkan hati. Tapi dah jadi pendiam, kena bambu pulak ada emas dalam mulut. |
|
|
|
|
|
|
|
spesis obses nak kulit putih.
anak kulit gelap pun sentap. kalau dpt anak OKU dah bunuh diri agaknya mak bodo mcm ni
|
|
|
|
|
|
|
|
MissVixen replied at 12-6-2021 12:00 PM
Baik diam je dari bercakap benda sakitkan hati. Tapi dah jadi pendiam, kena bambu pulak ada emas dal ...
Teghajang kan aje kat muka |
|
|
|
|
|
|
|
sama kes anak aku yg 1st lahir2 kulit gelap
sampai nurse tanya wife aku masa baby checkup, "ayah dia (aku) org apa?"
rupanya anak aku tu ada masalah hati sbb tu kuning lambat turun
so kene selalu checkup HKL bhagian pediatrik
kat sana lagila tgk budak2 lain lagi kesian
ada yg jalan senget, kepala senget, pakai tiub, pendek sgt, susah cakap etc...
tgk anak aku sihat anggota pon dah bersyukur sgt
dah sihat kulit dia jadi cerah
biar anak hitam janji penyejuk hati mak ayah
dari anak putih melepak tapi xpandai hormat org tua |
|
|
|
|
|
|
| |
|