Bermula Dari Ilham, Filem-Filem Ini Membawa Permainan Video Ke Realiti
Permainan video merupakan kegemaran ramai tidak kira usia dan juga jantina. Permainan video diciptakan untuk mewujudkan kegembiraan dan keseronokan pada masa lapang. Namun apa yang lebih menarik, terdapat beberapa permainan video ini telah diadaptasikan dalam filem sebagai dunia nyata agar ia kelihatan lebih realistik.
Berikut adalah senarai filem-filem yang berdasarkan permainan video.
1. Pokémon Detactive Pikachu (2019)
Pengarah: Rob Letterman
Barisan Pelakon: Ryan Reynolds, Hakim Smith dan Kathryn Newton
Selepas kematian bapanya, Tim bergerak ke Ryme City di mana dia menemui Pokemon ayahnya iaitu Pikachu. Mereka berpakat untuk bekerjasama dan cuba menyelesaikan kes misteri ayah Tim.
2. Mortal Combat (1995)
Pengarah: Paul W.S. Anderson
Barisan Pelakon: Christopher Lambert, Robin Shou dan Linden Ashby
Tiga pahlawan seni mempertahankan diri mengembara ke pulau yang misteri untuk bertempur dalam menyelamatkan bumi. Matlamat mereka adalah untuk memastikan kebenaran itu menang dalam memerangi kejahatan.
3. Tomb Raider (2018)
Pengarah: Roar Uthaug
Barisan Pelakon: Alicia Vikander, Dominic West dan Walton Goggins
Lara Croft, seorang wanita muda yang berani dan berdikari telah menetapkan perjalanan yang berbahaya untuk membongkar kebenaran di sebalik kehilangan ayahnya iaitu seorang pengembara di sebuah pulau.
4. Warcraft (2016)
Pengarah: Duncan Jones
Barisan Pelakon: Travis Fimmel, Paula Patton dan Ben Foster
Beberapa pahlawan manusia yang terselamat harus bekerjasama dengan sekumpulan Orc untuk menetang kejahatan Orc yang lain daripada menyerang planet Azeroth melalui portal sihir.
5. Sonic the Hedgehog (2020)
Pengarah: Jeff Fowler
Barisan Pelakon: Ben Schwartz, James Marsden dan Jim Carrey
Sebuah landak dari planet lain ditemui oleh saintis jahat dan merancang untuk menggunakan kuasa-kuasa hebatnya melalui uji kaji demi kepentingannya sendiri.
6. Pixels (2015)
Pengarah: Chris Columbus
Barisan Pelakon: Adam Sandler, Kevin James dan Michelle Monaghan
Pasukan khas permainan arked dikumpul untuk melawan makhluk asing yang misteri dari permainan klasik 80-an. Makhluk asing tersebut menyalahtafsirkan video permainan arked klasik sebagai perisytiharan perang dan mereka menyerang Bumi dalam bentuk permainan video.
I've always been interested in welding, but I've never had the chance to try it myself. Your blog post on creating a cold welding machine has sparked my enthusiasm. The detailed instructions and the explanatory diagrams make it seem less daunting. best welding hood for tig