View: 3068|Reply: 17
|
Contoh wanita yg kuat semangat. 16 tahun dlm hotel dan F&B, kemudian jual tu
[Copy link]
|
|
Nurfatimah kupas 400 biji durian sehari
Kasthuri Jeevendran -
1 July 2021
Peniaga, Norfatimah Embong , 40, mengupas kulit durian untuk melihat kualiti biji durian yang dijual di Damansara, Damai, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 01 JULAI 2021.
KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan penghalang buat Nurfatimah Embong untuk mencari rezeki.
Nurfatimah atau lebih senang disapa dengan panggilan Kak Nur mengakui kesukaran hidup tidak pernah menghalang beliau menjadi kreatif dalam membantu suaminya menyara kehidupan.
Kata wanita berusia 40 itu, beliau pernah menceburi bidang perhotelan dan makanan dan minuman (F&B) lebih 16 tahun sebelum berhenti kerja dan mula menjalankan perniagaan sendiri.
“Pada awalnya saya jual baju serta tudung rekaan saya sendiri, koleksi atas nama Airis SP. Memang minat rekaan serta tudung, jadi duduk rumah saya buat butik sendiri.
“Pada masa sama minat memasak saya pula jadi bisnes, kuih muih seperti ubi kayu, pengat durian, badak berendam yang menjadi kesukaan suami, anak-anak dan ibu akhirnya mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan kawan-kawan.
“Dari situ saya dapat mula dapat tmpahan dari jiran-jiran, kawan-kawan lain. Kemudian saya terus tidak menang tangan, juga dalam kalangan kenalan hotel sebelum ini. Semua itu rezeki. Kadang-kadang itu seperti tidak cukup tangan pula, ada satu masa itu sambal petai saya juga jadi ‘gilaan’. Semua itu pada saya adalah rezeki,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.
Kata Nurfatimah, dari situ beliau mula mencuba perniagaan durian apabila mendapat dorongan daripada kenalannya.
Beliau yang merupakan ‘‘hantu durian’ kemudian mendapat idea untuk menghasilkan makanan-makanan berasaskan daripada buah itu seperti pengat durian dan pulut durian.
“Selain itu saya pula didekati oleh seorang kenalan yang mahu saya tolong jual durian beliau, dari minat sekarang jadi bisnes pula.
“Pada mulanya kawan saya tanya jika saya boleh kopek durian kerana pada hematnya perempuan susah hendak kopek durian.
Nurfatimah berkata, mungkin ada benarnya kerana rata-rata peniaga durian adalah lelaki namun mengupas durian bukannya asing kepadanya kerana beliau akan megupas sendiri buah yang dibelinya sebelum ini.
“Dari situlah saya mula kopek dan jual durian, hasilnya juga Alhamdulillah sebenarnya. Ramai yang datang beli, ada musang king, udang merah, durian kahwin, D24, durian kampung.
“Saya boleh kopek sehingga 400 biji sehari, pada awalnya memang susah sangat sehingga berdarah-darah tangan tapi pada saya cabaran itu saya anggap sebagai motivasi diri sebenarnya,” uajrnya sambil menambah beliau banyak belajar tentang buah itu.
Peniaga, Norfatimah Embong , 40, membantu pengunjung memilih buah durian di Damansara, Damai, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 01 JULAI 2021.
Kata Nurfatimah, bermula dengan perniagaan dari rumah ke rumah, cash on delivery, perniagaan atas talian kini beliau mempunyai gerai untuk menjual buah itu.
Gerai menjual durian milik wanita itu yang turut menawarkan kuih muih lain seperti badak berendam dan pulut durian terletak di sebelahan Season Square, Damansara Damai. -MalaysiaGazette |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hehee teros iols kagum dgn u sis.. 400 biji kot.. pernah try kupas tp ne gelak dgn en somi sbb tarah kt tangkai kohkoh sampai skang i tak pernah try n error dah |
|
|
|
|
|
|
|
Hehe jual durian pun shawl bergaya, i loikeeeee |
|
|
|
|
|
|
|
Salute dgn pompuan2 yg mcm ni… tak pnah berputus asa, sntiasa cari jalan utk tingkatkan ekonomi rumahtangga… semoga dikurniakan rezeki yg melimpah ruah buat semua aamiin |
|
|
|
|
|
|
|
Sedapnya kuih seri muka doyan bakar ... |
|
|
|
|
|
|
|
Syabas kuat semangat tak mahu mudah menyerah kalah |
|
|
|
|
|
|
|
miszclassique replied at 2-7-2021 05:19 PM
Hehe jual durian pun shawl bergaya, i loikeeeee
Kannn...cantik bergaya...walaupon panas penat xde pon pkai tshirt dgn seluar buruk2 jual durian |
|
|
|
|
|
|
|
kan.. terus fight tuk survival. inspiring sgt.
|
|
|
|
|
|
|
|
Hebat ni! macam ni lah yg Dato' Vida maksudkan ni, kerana rajin usaha.
|
|
|
|
|
|
|
|
baca tajuk hengatkan biz mila? tapi ada ke dia jual tudung? |
|
|
|
|
|
|
|
Wanita Malaysia memang hebat |
|
|
|
|
|
|
|
Bgus akk ni.trus kuat kak utk klangsungan hidup |
|
|
|
|
|
|
|
Hengat kan Emma Maembong
Yelah nama akak ni Nurfatimah Embong |
|
|
|
|
|
|
|
Orang mcm ni layak je jadi inspirasi
Bukan influenza atau callgirl yg acah2 berusaha kuat katanya cari duit hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
semoga perniagaan akak ni dipermudahkan. Sedapnya duriann |
|
|
|
|
|
|
|
itulah, betul2 kerja keras. Bukan duduk buat benda pelik2
|
|
|
|
|
|
|
| |
|