CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 834|Reply: 1

Ohashi nyaris berhenti berenang kerana kemurungan

[Copy link]
Post time 28-7-2021 10:17 PM | Show all posts |Read mode
Ohashi nyaris berhenti berenang kerana kemurungan

Tokyo: Yui Ohashi merangkul emas berganda buat tuan rumah di Tokyo 2020 apabila menang acara 200 meter (m) rampaian individu wanita, hari ini, kurang dua tahun selepas dia nyaris bersara daripada sukan renang kerana kemurungan.
Ohashi menamatkan renangan gaya bebas dengan bertenaga dengan catatan 2 minit 08.52 saat di depan perenang Amerika Syarikat (AS), Alex Walsh dengan 2:08.65 dan Kate Douglass dengan 2:09.04.
Ia menambah koleksi emas peribadi selepas menang acara 400m rampaian wanita, Ahad lalu, sekali gus atlet wanita Jepun pertama menang dua pingat emas di Sukan Olimpik Musim Panas.
"Saya berenang dengan keyakinan pada diri sendiri dan tidak fikir akan menang emas," katanya.
"Pada peringkat akhir, saya berenang sambil berfikir untuk menang atau kalah. Saya mahu melakukan sesuatu supaya tidak menyesal dan berjaya menang emas."
Keyakinan diri sukar dimiliki Ohashi yang mara ke Tokyo 2020 dengan menduduki ranking ke-18 acara 200m rampaian individu dan keenam 400m rampaian individu, selain berdepan dua masalah kesihatan yang mengancam kariernya.
Pertama, dia mengalami keletihan melampau sebelum dikesan menghidap anaemia (kekurangan darah merah) pada 2015, menyebabkan dia terpaksa merombak diet dan cara latihan.
Kemudian pada 2019, dia mengalami masalah keresahan dan kemurungan dan merasakan prestasinya sudah sampai ke kemuncak selepas menduduki tempat ketiga acara 400m rampaian individu di Kejuaraan Dunia.
Masalah sama turut menjadi perhatian di Tokyo 2020 apabila bintang gimnas Amerika Syarikat, Simone Biles menarik diri daripada dua acara kerana masalah kesihatan mental.
Selain itu, pemain tenis ternama Jepun, Naomi Osaka kembali beraksi selepas terpaksa berehat kerana masalah sama.
sumber : HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-7-2021 10:18 PM | Show all posts

PERENANG Jepun, Yui Ohashi bersama pingat emas acara 200 meter (m) rampaian individu wanita dimenangi hari ini, yang juga emas keduanya di Tokyo 2020. FOTO EPA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 01:48 PM GMT+8 , Processed in 0.287094 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list